Bab 64

200 8 8
                                    

Jasmine tersenyum memandang Hazrin yang sudah sihat sepenuhnya itu. Dia tidak henti-henti mengucap syukur kepada Allah kerana telah mengembalikan suaminya.

Hazrin yang terasa diperhati, menoleh ke sebelah. Dia melihat senyuman manis si isteri. Turut dibalas senyuman itu.

"Awak kenapa?" Soal Hazrin.

"Saya happy awak dah sihat macam ni."

Hazrin angguk.

"Alhamdulillah, berkat doa awak dan semua jugak."

Jasmine juga angguk.

"Bila kita nak balik Malaysia?" Soal Jasmine perlahan.

"Inshaa Allah, soon. Kita rehat dekat sini dulu ya?"

"Okey!"

Hazrin tidak bersuara. Dia menikmati pemandangan indah di depan mata nya saat ini. Ahli keluarga mereka yang lain sudah pulang ke Malaysia termasuk la Hazriq, Sumayyah dan Azzam. Hanya mereka berdua yang masih berada di bumi Jerman itu.

"Awak masih nak fly ke?"

Hazrin tidak terus menjawab soalan itu. Dia tarik nafas dalam.

"Kalau saya cakap saya masih nak fly, awak okey ke?" Soal Hazrin semula.

Jasmine terdiam seketika.

"Sejujurnya, tak. Tapi, kalau dah itu yang awak nak, takkan la saya nak halang?"

"Langit dengan flight tu dunia saya, Min. Saya tak boleh bayang macam mana hidup saya kalau saya berhenti terbang."

Jasmine angguk lagi.

"It's up to you. Apa pun keputusan awak, saya tetap akan sokong awak."

Hazrin pandang Jasmine.

"Tapi, dunia saya dengan awak dan anak-anak lebih penting, Min. So, I've decided to stop." Ucap Hazrin.

Jasmine memandang wajah suaminya dalam-dalam.

"For real?"

"Yes. Lagipun, papa dengan along dah suruh saya kerja kat syarikat. Mama pun larang saya untuk terbang lagi." Jawab Hazrin.

"Awak tak menyesal?"

Hazrin tersenyum nipis.

"Buat apa saya nak menyesal? Banyak kerja lain saya boleh buat kan? Yang penting sekarang, awak, Adam dan Hawa, sayang. Saya tak boleh nak tinggalkan korang lama-lama lagi. Kita mulakan hidup baru ya?"

Jasmine tersenyum sambil angguk.

"Oh, ya. Saya lupa la. Saya rasa kita dah kena balik minggu ni." Ujar Hazrin.

Jasmine kerut dahi.

"Kenapa?"

"Irah kan nak nikah minggu depan? Takkan la kita tak balik? Dia dah warning saya awal-awal sebelum dia balik hari tu." Balas Hazrin.

"Haah, Kak Irah nak kahwin dah kan?"

Hazrin angguk.

"Jumpa jugak jodoh dia yang dah lama sesat tu."

Jasmine memukul bahu Hazrin perlahan.

"Ish, awak ni. Tak baik la."

Hazrin tergelak. Jasmine tersenyum sambil menggeleng-geleng.

*****

Rumah agam itu sudah riuh rendah dengan suara sanak saudara yang hadir untuk membantu menyiapkan segala persiapan perkahwinan antara Hazirah dengan bakal suaminya.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now