Bab 18

64 3 0
                                    

Hazrin masuk ke dalam wad isterinya itu. Kelihatan Jasmine sedang berbual bersama mamanya dan juga Hazriq. Jasmine menoleh ke arahnya sambil melemparkan senyuman manis meskipun wajahnya terlihat pucat. Hazrin membalas senyuman itu sebelum langkah kakinya dibawa mendekati mereka.

"Awak okey?" Soal Hazrin sambil mengelus perlahan pipi Jasmine.

Jasmine angguk.

"Hek'elleh, nak buat drama pulak kat sini!" Ucap Hazriq.

Hazrin menoleh ke arah Hazriq.

"Asal? Kau jealous? Pergi kahwin sana!" Balas Hazrin.

Jasmine hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan. Tak cukup nak gaduh dengan kakak dia, ni nak gaduh dengan abang dia pulak? Hazrin... Hazrin...

"Hesh, korang berdua ni. Asyik nak bertekak je. Achik, jom la kita balik. Hari dah lewat malam ni!"

"Hah, pergi balik!" Ujar Hazrin kepada abangnya.

"Ya!" Balas Hazriq.

Puan Sri Hazimah memegang tangan menantunya.

"Min, mama balik dulu ya? Inshaa Allah, esok mama datang lagi dengan Kak Dayah."

Jasmine tersenyum.

"Ya, ma!" Balas Jasmine sambil mengucup tangan Puan Sri Hazimah.

"Mama balik dulu, Rin. Jaga menantu mama ni baik-baik!"

"Ya, ma!" Sahut Hazrin.

Selepas Puan Sri Hazimah dan Hazriq berlalu, Hazrin duduk di sisi Jasmine di atas katil itu. Direnung wajah isterinya.

"Awak kenapa?" Soal Jasmine.

Hazrin menggeleng.

"Tak ada apa, saja nak tengok muka awak!"

"Pelik-pelik la awak ni!" Komen Jasmine.

Hazrin terdiam sejenak. Jasmine semakin tidak mengerti. Dah kenapa dengan suaminya ini? Pelik semacam je?

"Saya takut tahu tak tadi?" Ujar Hazrin tiba-tiba.

Jasmine mengerutkan dahinya.

"Kenapa?"

Hazrin memandang wajah Jasmine.

"Awak tolong jangan buat macam tu lagi!" Ucap Hazrin.

"Maksud awak?"

"Lepas ni kalau awak sakit ke apa, awak tolong bagitahu saya. Jangan diam je, awak buat saya panik tahu tak masa awak pengsan tadi?"

Jasmine terdiam seketika.

"I'm sorry, saya ingatkan saya sakit kepala biasa je. Sebab tu saya tak bagitahu awak."

"Biasa ke tak biasa ke, awak bagitahu je saya. Awak buat saya takut!"

Jasmine memegang tangan suaminya itu.

"Okey, saya takkan buat lagi. Lepas ni, saya akan bagitahu awak apa je!"

"Promise?"

"Ya, promise!"

Hazrin mengangguk perlahan.

"Saya dah pernah kehilangan dua orang yang saya sayang dalam dunia ni. Saya tak nak rasa kehilangan yang ketiga pulak!" Ucap Hazrin perlahan.

Jasmine tersenyum.

"Inshaa Allah yang ketiga ni akan sentiasa ada bersama dengan awak, Hazrin." Balas Jasmine.

Hazrin membalas senyuman itu.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now