Jasmine hanya mendiamkan diri selepas makan malam. Hazrin yang baru masuk ke dalam bilik pelik melihat kebisuan isterinya itu.
"Min, awak kenapa ni?" Soal Hazrin.
Jasmine menggeleng perlahan.
"Awak ada apa-apa nak bagitahu saya ke?" Soal Hazrin lagi.
"Tak ada!"
"Dah tu, kenapa awak lain macam hari ni? Saya ada buat salah ke? Kalau ada cakap la. Jangan la diam je macam ni!"
Jasmine memandang wajah suaminya itu.
"Hazrin, betul ke awak kahwin dengan saya sebab muka saya sama macam Lily je?" Soal Jasmine tiba-tiba.
Hazrin tersentak dengan soalan itu.
"Kenapa awak tiba-tiba tanya macam tu?" Balas Hazrin.
"Sebab saya baru terfikir kenapa dengan mudah awak nak kahwin dengan saya even masa tu Lily baru je meninggal. Sebab rupa kami sama kan?"
"Min, awak cakap apa ni?"
"Awak mengaku jelah, Hazrin. Saya dah tahu semuanya."
"Siapa yang cakap dengan awak semua ni?" Soal Hazrin tiba-tiba.
Jasmine terkedu.
"Tak ada siapa la!"
"Tipu. Kalau tak, takkan la tiba-tiba awak tanya saya macam ni? Baik awak jujur dengan saya, siapa yang cakap dengan awak semua tu?"
Jasmine tidak jawab.
"Irah?" Tebak Hazrin.
Jelas wajah Jasmine berubah. Hazrin mengangguk. Sah la tu, memang tak ada orang lain lagi!
"Awak nak pergi mana tu?" Soal Jasmine bila melihat Hazrin sudah bangun menuju ke pintu bilik.
"Ada hal sikit!"
Belum sempat Hazrin membuka pintu, tangannya cepat dihalang oleh Jasmine.
"Awak nak pergi jumpa Kak Irah kan?"
"Irah dah melampau, Min. Dia tak patut cakap dengan awak macam tu."
Jasmine terdiam.
"Awak percaya cakap dia?" Soal Hazrin.
"Ada logiknya apa yang dia cakap tu!"
Giliran Hazrin pula yang terdiam.
"Kalau awak nak tahu sangat tujuan sebenar saya kahwin dengan awak, kenapa awak tak tanya saya sendiri je? Saya kan suami awak?"
Jasmine menoleh ke arah Hazrin yang sedang memandangnya itu.
"Kalau saya tanya pun, awak nak jawab ke?" Balas Jasmine.
"Soalan mana yang saya rasa logik, saya akan jawab. Tolong la, lepas ni jangan mudah percaya dengan cakap orang lain walaupun orang tu family saya sendiri. Apa-apa pun, saya nak awak tanya saya dulu. Minta kepastian dari saya. Boleh?"
Jasmine mengangguk perlahan.
🌸🌸🌸
Hazrin menahan langkah Hazirah yang baru saja turun dari tingkat atas pagi itu.
"Apa kau ni?" Marah Hazirah.
"Kau cakap apa dengan Min?" Soal Hazrin.
Hazirah menoleh ke arah Hazrin.
"Aku cakap apa?"
"Kau tak payah pura-pura tak tahu la, Rah." Hazrin geram.
"Aku cuma cakap benda yang betul. Aku nak dia sedar diri je!"
Hazrin menggeleng-geleng.
"Apa yang betul?"
"Kau kahwin dengan dia memang sebab rupa dia sama macam arwah Lily kan? Mengaku jelah, Rin."
"Rah, kau melampau kan? Kau tak patut cakap macam tu dengan Min. Apa lagi yang kau cakap dengan dia?"
"Rin, kau baru je kenal dia tak lama. Kau lagi percayakan dia dari aku ke? Kau kenal aku lagi lama, Rin. I'm your sister okey?"
"Sebab aku kenal kau la, aku tanya macam ni, Rah. Kau tu sejak dari dulu lagi sibuk sangat nak uruskan hidup aku."
"Eh Rin, kau tu adik aku tahu? Walaupun kau dah kahwin, kau tetap adik aku!"
Hazrin tersenyum sinis.
"Tak payah nak mengaku adik la kalau perangai kau sendiri pun tak menunjukkan kau tu seorang kakak!"
Hazirah sudah terdiam. Kurang ajar betul!
"Buat jelah macam selalu, Rah. Tak payah nak tunjuk baik dengan aku. Tak payah nak acah-acah jadi kakak mithali. Geli aku tahu tak? Kau ingat dengan kau buat macam ni, aku nak terharu ke? Tolong la, aku makin menyampah dengan kau ada la!" Ucap Hazrin sebelum berlalu ke dapur.
Hazirah mengetap bibir geram. Sebab kau la Hazrin berani kurang ajar dengan aku, perempuan. Siap kau, aku takkan lepaskan kau, Jasmine!
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Short StoryPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...