Bab 1

227 8 0
                                    

Di keheningan pagi Jumaat itu, sudah ramai yang berkumpul di rumah kayu itu. Wajah masing-masing kelihatan sayu apatah lagi seorang lelaki yang baru dua bulan bergelar suami. Wajahnya kosong tanpa perasan, langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

"Rin!" Tegur seseorang.

Lelaki itu menoleh lemah.

"Fal!" Terus tubuh sahabat baiknya yang baru tiba dari London itu dipeluk erat.

Naufal menepuk-nepuk perlahan belakang badan lelaki itu.

"Sabar, Rin. Allah lebih sayangkan dia. Aku tahu kau kuat!" Ucap Naufal.

Zahin Hazrin menggeleng perlahan.

"Aku tak kuat, Fal. Cepat sangat dia tinggalkan aku!"

Pelukan dileraikan oleh Naufal.

"Kau tak boleh macam ni, Rin. Kau kena redha!"

Air mata Hazrin mengalir perlahan. Masih tidak boleh menerima pemergian isteri yang baru saja dua bulan dinikahinya itu akibat kanser. Lily Farisha disahkan menghidap kanser hati di tahun akhirnya di universiti. Hampir dua tahun dia menahan kesakitan kini, gadis itu pergi jua.

"Rin, jenazah Lily akan disembahyangkan kejap lagi!" Ujar Nik yang baru keluar dari rumah.

Hazrin mengangguk perlahan. Nik menepuk perlahan bahu Hazrin.

"Sabar, Rin. Kau kena kuat!" Nik pula yang memberi semangat kepada lelaki itu.

Naufal dan Nik merupakan sahabat baik Hazrin sejak kecil lagi, mereka bertiga sangat rapat seperti kembar.
Di dalam suasana hiba itu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis yang menyerupai Lily. Gadis itu terus menuju ke arah jenazah Lily yang akan disembahyangkan sebentar lagi.

"Ly, maafkan aku. Maafkan aku sebab baru balik tengok kau. Aku banyak salah pada kau. Maafkan aku, Ly!" Ucap gadis itu dengan linangan air mata.

Semua mata terpaku kepada gadis itu. Siapa pula gadis misteri ini?
Hazrin sudah terpaku melihat wajah gadis itu. Benar-benar mirip sekali dengan Lily. Takkan la ni kembar Lily? Sejak bila Lily ada kembar? Persoalan itu hanya bermain di benaknya sahaja.

"Minta maaf semua, ini sebenarnya anak saya Jasmine Farisha. Dia kembar kepada anak saya yang meninggal, Lily." Perjelas Puan  Liana, ibu kepada Lily.

Mereka hanya mengangguk.

"Dia sebenarnya dah hampir sepuluh tahun menetap di Australia dengan mak cik dia. Sebab tu ramai yang tak tahu Lily sebenarnya ada kembar."

Mereka mengangguk lagi. Tapi entah kenapa, Hazrin bagai tidak boleh terima hakikat itu. Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau ada kembar, Ly? Kau saja nak permainkan aku ke apa? Astaghfirullahalazim... Apa aku ni?

"Rin, kau tahu ke pasal benda ni?" Soal Naufal tiba-tiba.

Hazrin menggeleng perlahan.

"Lily tak ada cerita dengan kau apa-apa?"

Hazrin menggeleng lagi. Naufal tidak bertanya lagi bila melihat keadaan Hazrin itu. Lemah semacam je. Naufal hanya menepuk perlahan bahu Hazrin. Hanya itu yang mampu dia lakukan saat ini.

"Min!" Tegur seseorang pada malam tahlil arwah Lily.

Jasmine menoleh, kelihatan seorang gadis sedang tersenyum memandangnya. Dia pelik. Ada orang kenal aku ke dekat sini?

"Awak kenal saya?" Soal Jasmine.

"Of course saya kenal, arwah selalu cerita pasal awak dekat saya!"
Jasmine mengangguk perlahan. Ni mesti kawan baik Lily, orang yang paling dia percaya. Kalau tak, takkan la dia boleh cerita pasal aku kat dia? Nampak baik.

"Oh, ya ke?"

"Ya!"

"Nama awak siapa?" Soal Jasmine.

"Saya Aufa, awak Jasmine kan?"

Jasmine mengangguk lagi.

"Awak ni mesti kawan baik Lily kan?"

"Ya, kitorang kawan sejak sekolah menengah lagi!"

Jasmine memandang wajah gadis bertudung kelabu itu. Manis senyumannya. Orangnya pun ayu sahaja. Untung Lily ada kawan baik macam ni. Mesti semua orang sayang Lily dekat sini.

"Awak dah jumpa Hazrin?"

Jasmine mengerutkan dahinya, pelik.

"Hazrin?"

"Awak tak kenal? Hazrin tu suami Lily."

"Oh, ya. Belum lagi, saya tak sempat nak jumpa dia lagi."

Aufa mengangguk perlahan.

"Tapi, nak ke dia jumpa saya?"

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Yelah, saya ni kan kembar Lily yang tiba-tiba je muncul. Awak rasa dia akan terima ke ada orang yang serupa dengan isteri dia yang baru je meninggal?"

"Inshaa Allah, dia boleh terima!"

Jasmine menarik nafas dalam. Ya ke? Ibu pun terkejut aku balik. Apatah lagi orang yang tak pernah kenal aku. Yang tak pernah tahu pun aku wujud. Ly, aku dapat rasa ramai yang sayang kau. Kau memang baik, Ly. Tak hairan la kalau ramai yang suka kau.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now