Bab 26

74 4 0
                                    

Jasmine hanya bersiap ala kadar dengan hanya berbaju kurung cotton berwarna krim dilengkapi dengan tudung bawal berona sama serta make up yang tidak terlalu tebal. Yelah, nanti dikata mengalahkan pengantin pula kan?

"Dah siap?" Soal Hazrin.

Jasmine menoleh ke arah suaminya itu. Dia membetulkan sedikit tudung bawalnya sebelum mengambil beg tangannya di atas meja solek.

"Dah!" Jawab Jasmine.

"Jom, kita gerak sekarang!"

Jasmine angguk. Mereka sama-sama turun ke tingkat bawah. Jasmine mengenakan kasut tumit tinggi dua setengah inci. Dia kena la pakai kasut tumit tinggi, baru la nampak sepadan dengan suaminya yang macam galah ni!

Sementara itu, Hazrin memanaskan enjin keretanya. Jasmine masuk ke sebelah tempat duduk pemandu.

"Jom la gerak!" Ujar Jasmine sambil menarik seat belt.

"Sabar, sayang. Panaskan enjin dulu!" Balas Hazrin.

"Oh ea? Sorry!" Ucap Jasmine.

Beberapa minit kemudian, Hazrin mula memandu keluar dari rumah itu menuju ke jalan besar.

"Naufal balik ke?" Soal Jasmine dalam perjalanan ke Pacific Hotel, tempat di mana majlis perkahwinan Nik dan Rose diadakan.

Hazrin menoleh sejenak.

"Balik kut. Entah la, saya tak sempat pulak nak call dia tanya dia balik ke tak!" Jawab Hazrin.

Jasmine angguk.

"Saya nak jumpa Aufa. Mesti perut dia dah besar kan sekarang? Kalau baby kita masih ada, mesti saya dah jadi macam Aufa!" Ujar Jasmine sayu.

Hazrin terkedu. Dia memegang tangan Jasmine.

"It's okay, sayang. Belum rezeki kita lagi, sabar ya?"

Jasmine pandang Hazrin. Dia senyum sambil mengangguk perlahan.

🌸🌸🌸

SEMASA mereka sampai, ballroom Pacific Hotel itu sudah dipenuhi dengan orang ramai. Memang tak la mereka boleh mencari Naufal di tengah orang ramai ini kan? Tiba-tiba...

"Rin!"

Serentak, Hazrin dan Jasmine menoleh ke arah suara itu. Terlihat Naufal sedang melambai dari jauh.

"Tu Naufal, jom la!" Ajak Hazrin.

Mereka mendekati meja yang sudah dikhaskan oleh Nik untuk mereka berempat, siap ada nama lagi. Wow, macam VVIP!

"Ini memang meja kita ke?" Soal Hazrin sambil duduk di hadapan Naufal selepas bersalaman dengan lelaki itu.

"Yelah. Awal-awal aku dah warning si Nik tu. Kalau dia nak aku balik, dia kena sediakan meja khas untuk kita!" Ujar Naufal.

Hazrin tergelak kecil.

"Betul-betul dia buat ek? Takut betul budak tu!" Balas Hazrin.

Naufal mengangguk sambil turut bergelak tawa dengan Hazrin. Aufa dan Jasmine hanya menggeleng-geleng melihat dua lelaki itu. Suka sangat menyakat budak dua orang ni!

"Eh, by the way bila kau sampai?" Soal Hazrin.

"Aku dah sampai dari semalam lagi. Saja je tak nak bagitahu kau!"

"Wah... Punya sampai hati kau!"

Naufal tergelak.

"Sorry la, weh. Aku bukan sengaja tak nak bagitahu tapi, masa sampai tu aku penat gila. Lepas tu, aku terus lupa nak bagitahu kau. Mem ni pun tak nak ingatkan aku!" Ujar Naufal.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now