Jasmine yang baru keluar dari tandas itu menoleh ke arah Hazrin yang sedang terlena di atas katil itu. Tidak sampai hati pula nak kejut tapi, dia lapar sangat saat ini.
Lelaki itu tidur semula selepas solat subuh tadi. Penat sangat agaknya tu. Akhirnya, Jasmine membuat keputusan untuk mengejut suaminya itu.
"Hazrin. Awak, bangun!"
"Erm!" Sahut Hazrin tanpa membuka matanya.
"Bangun la, dah pukul 8 ni. Kita cari makan jom, saya lapar la!"
Hazrin mengangguk. Tetapi, dia masih belum bangkit dari baringan. Mata pun belum dibuka.
"Hazrin, bangun la!"
"Lima minit, awak pergi siap dulu!" Ujar Hazrin.
"Lima minit ea? Bangun tahu?"
"Ya!" Balas Hazrin.
Jasmine bangun dari sisi Hazrin untuk bersiap seperti yang disuruh oleh Hazrin. Dia kembali selepas siap memakai tudung dan make up ala kadar. Hazrin masih tidak bergerak dari tempatnya.
"Ya Allah, Hazrin! Kenapa tak bangun lagi?" Ujar Jasmine.
Hazrin membuka matanya perlahan. Dia mengambil iPhone di atas meja di sisi katil sebelum bangkit dari baringan.
"Saya siap kejap la!"
Jasmine angguk. Selang beberapa minit kemudian, iPhone milik Hazrin berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Jasmine mencapai iPhone itu. Tertera nama 'Adik' di skrin. Tanpa berfikir panjang, Jasmine terus menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum!"
"Abang!" Terjah Hazwani tiba-tiba.
"Err... Wani, ini akak la!"
Hazwani terdiam seketika di hujung talian.
"Laa... Akak ke? Err... Waalaikumussalam. Akak, abang mana?"
"Abang tengah mandi. Wani nak cakap dengan abang ke?"
"Erm, tak apa la. Nanti Wani call balik." Ujar Hazwani.
"Okey!"
Talian diputuskan oleh Hazwani. Jasmine merenung pelik iPhone itu. Macam tu je?
"Buat apa lagi tu? Tadi kata nak pergi makan?" Soal Hazrin yang sudah siap itu.
Jasmine menoleh.
"Hah, ya!"
🌸🌸🌸
SEMASA mereka sedang berjalan menuju ke ruang makan di hotel itu, mereka terserempak dengan Nik yang baru saja masuk ke lobi hotel.
"Weh, Nik!"
"Rin!"
Mereka bersalaman sejenak.
"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Soal Nik.
"Aku fly ke sini empat hari, aku bawa la Min sekali. Alang-alang kan? Kau pulak buat apa?"
"Aku macam biasa la, aku ada business trip!"
Hazrin angguk.
"Bila sampai?" Soal Hazrin.
"Pagi tadi. Eh, korang have fun la ea? Aku nak kena gerak dah ni." Ujar Nik yang sedang mengejar masa.
"Yelah!" Balas Hazrin sebelum Nik berlalu dari situ.
Hazrin menoleh ke arah Jasmine.
"Jom!"
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Short StoryPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...