Bab 28

67 3 0
                                    

Jasmine mendekati meja makan. Semua sudah berada di situ kecuali Hazirah. Entah ke mana kakak iparnya itu.

"Morning!" Sapa Jasmine.

"Morning!" Sahut mereka.

Jasmine mengambil tempat di sisi Hidayah yang duduk berhadapan dengan Hazriq.

"Min pergi kerja naik apa ni?" Soal Puan Sri Hazimah.

"Naik cab kut, ma. Tak pun kejap lagi Min order grab je!" Ujar Jasmine.

Puan Sri Hazimah memandang menantunya itu sambil duduk di sebelah Hazriq.

"Tak payah la, sekali je dengan achik. Achik boleh hantar Min kan?" Soal Puan Sri Hazimah kepada Hazriq yang sedang menyuap mee goreng.

"Eh, tak apa la. Ofis achik dengan ofis Min kan jauh. Susahkan achik je nanti!" Tolak Jasmine.

"Tak apa la, achik boleh hantar. Lagipun, kat area sini susah nak dapat teksi!" Ujar Hazriq.

Jasmine pandang Hazriq.

"Betul ke ni, achik?" Soal Hazrin.

Hazriq ikut menoleh ke arah adik iparnya itu.

"Betul la!" Jawab Hazriq.

Jasmine hanya mengangguk.

🌸🌸🌸

"NANTI Min balik macam mana? Nak achik ambil tak?" Soal Hazriq bila sudah sampai di hadapan bangunan Bumi Hijau Holdings.

"Eh, tak apa achik. Min minta tolong kawan hantar je nanti."

"Okey la kalau macam tu. Kalau kawan Min tu tak boleh nak hantar, call je achik. Nanti achik ambil!"

Jasmine senyum sambil angguk.

"Terima kasih!" Ucap Jasmine.

Hazrin membalas senyuman itu.

"Sama-sama!"

Jasmine keluar dari kereta sebelum melangkah masuk ke dalam Bumi Hijau. Hazriq langsung meninggalkan kawasan itu.

"Morning, dear!" Sapa Syakila kepada Jasmine yang baru masuk itu.

Jasmine tersenyum.

"Morning, Sya!"

"You datang dengan siapa? En Hazrin tak ada kan?" Soal Syakila.

"Abang ipar saya hantar!"

Syakila mengangguk.

"Tak apa la, saya masuk dulu!"

"Okey!"

Jasmine mahu berlalu dari situ tetapi tiba-tiba ditahan oleh Syakila.

"Eh, wait!"

Jasmine toleh.

"Why?"

"You dah breakfast? Ke you nak I buatkan you air?" Soal Syakila.

"Eh, it's okay. Saya dah breakfast dah tadi!" Jawab Jasmine.

"Okey!"

Jasmine berlalu masuk ke dalam biliknya. Manakala, Syakila pula kembali ke tempatnya.

Jasmine tersentak bila tiba-tiba iPhone nya yang berada di atas meja itu berdering. Ditoleh sejenak ke arah skrin iPhone. Tertera nama 'ZH My Love'. Jasmine senyum.

"Assalamualaikum!" Ucap Jasmine.

"Waalaikumussalam!" Jawab Hazrin.

Syakila yang kebetulan lalu di hadapan bilik Jasmine itu tersengih memandang wajah gembira wanita itu. Suami call la tu!

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now