Bab 43

110 2 0
                                    

Hazriq ke hulu ke hilir di depan bilik kerja Sumayyah, berkira-kira mahu masuk atau tidak. Tadi dia juga yang beria tanya kepada salah seorang jururawat di mana bilik Sumayyah.

"Ah, masuk jelah!"

Teragak-agak Hazriq mengetuk pintu bilik itu sebelum terdengar suara halus dari dalam menyuruhnya masuk. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam.

"Ya, ada apa?" Soal Sumayyah tanpa mengangkat kepalanya.

"Assalamualaikum, Dr Sumayyah!"

Sumayyah yang terkejut mendengar suara itu pantas mengangkat kepalanya. Terkedu dia memandang wajah Hazriq di hadapannya.

"Hazriq? Wa-waalaikumussalam!"

Hazriq tersenyum nipis.

"Awak buat apa dekat sini? Awak sakit ke?" Soal Sumayyah.

"Nope, saja jumpa awak. Boleh saya duduk?" Ujar Hazriq.

Sumayyah yang masih lagi tergamam itu mengangguk perlahan. Hazriq duduk di hadapan Sumayyah.

"Lama tak jumpa kan? Awak sihat?" Soal Hazriq.

Sumayyah tersenyum kekok.

"Macam yang awak nampak, saya sihat je. Alhamdulillah!"

Hazriq angguk.

"Bagus la!"

Sumayyah tidak membalas. Masih tidak percaya dengan kehadiran lelaki itu.

"Mana awak hilang selama ni?"

Sumayyah tersentak dengan soalan itu. Dia mengerutkan dahinya. Dah kenapa pulak dia tanya macam tu?

"Mana ada saya hilang, saya ada je dekat hospital ni. Tak pergi mana pun!" Jawab Sumayyah.

"Ya ke? Almost a year, saya cuba cari awak. Saya datang hospital ni berkali-kali tapi, awak tak ada. Call pun awak tak jawab and sampai one day, langsung dah tak bersambung. Awak tukar number, kenapa ea? Awak masih marahkan saya?"

Sekali lagi Sumayyah terkedu dengan soalan itu.

"Actually, sekarang ni saya tengah busy siapkan tesis saya."

Hazriq mengerutkan keningnya.

"Tesis?"

"Yup. Saya sambung Master, saya buat part time. Saya tak nak diganggu sebab tu saya tukar number phone dan saya pun tak expect langsung awak akan cari saya."

Hazriq mengangguk perlahan. Doktor ni sambung belajar lagi? Dah la nak jadi doktor kena belajar hampir sepuluh tahun, ini dia sambung lagi? Tak pecah ke otak dia asyik study je oii?

"Awak okey ke?" Soal Sumayyah bila Hazriq tiba-tiba membisu.

Hazriq menoleh ke arah Sumayyah.

"Okey. By the way, where's Sara? Saya tak nampak pun dia?"

Sumayyah terdiam seketika.

"Why?" Soal Hazriq.

"Sara dah kena transfer ke Hospital Besar Terengganu."

Hazriq mengangguk-angguk.

"Mesti awak sedih kan? Awak dengan dia kan rapat sampai awak sanggup buat apa je untuk dia."

Tersentap jantung Sumayyah mendengar kata-kata itu. Dia mula dah nak ungkit!

"Hazriq, awak tolong jangan ungkit pasal benda tu lagi boleh tak? Saya hampir nak lupakan tapi, awak ingatkan saya semula."

"Sorry!"

Sumayyah menggeleng.

"No, awak tak salah. Kenapa awak nak minta maaf? Saya yang patut minta maaf pada awak, Hazriq. I'm sorry!"

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now