Bab 15

74 4 0
                                    

Sedang Jasmine mengemas semua pakaian milik arwah kembarnya, bahunya ditepuk perlahan dari belakang. Pantas dia beristighfar. Terkejut weh! Dia menoleh. Kelihatan seorang lelaki yang amat dirinduinya itu sedang tersenyum di belakang.

"Awak! Terkejut saya tahu tak?" Ujar Jasmine.

Hazrin tersenyum nipis. Jasmine menghulurkan tangannya. Hazrin menyambut lalu Jasmine tunduk mencium tangan suaminya itu.

"Busy ke?" Soal Hazrin sambil duduk di katil membelakangkan isterinya. Penat. Turun saja dari pesawat, dia terus memandu ke sini. Tak sempat nak singgah rumah pun. Tukar baju pun di R&R.

Jasmine menoleh ke arah Hazrin.

"Tak ada la, kemas sikit je ni!"

"Ya ke? Saya tengok awak macam busy je sampai saya masuk pun awak tak sedar!"

Jasmine tersenyum.

"Bila awak sampai?" Soal Jasmine.

"Baru je, sempat jugak la saya berbual dengan ibu kat luar tadi!"

"Tipu!"

"Eh, betul la. Buat apa saya tipu?"

Jasmine mengecilkan matanya. Hazrin tersenyum.

"Okey, saya tipu je. Saya tak sempat pun nak jumpa ibu. Yana yang buka pintu tadi, dia kata awak ada kat dalam bilik so saya masuk jelah!"

Jasmine mengangguk-angguk.

"Ibu tak ada ke?" Soal Jasmine.

"Mana la saya tahu, saya baru je sampai ni!"

Jasmine tersengih. Ya tak ya jugak ek? Aku yang dekat rumah ni pun tak tahu ibu ada ke tak. Lagikan dia yang baru sampai.

"Awak nak air? Saya buatkan!"

"Boleh juga!" Balas Hazrin.

"Okey, kejap!" Jasmine bangun lalu keluar menuju ke dapur.

Puan Liana masuk ke pintu dapur semasa Jasmine sedang membuat air.

"Laa... Ibu keluar ke?" Soal Jasmine.

"Haah. Ibu pergi kedai kejap, beli garam."

"Kenapa tak suruh Fariz je yang pergi? Ibu ni!" Bebel Jasmine.

"Dekat aja pun kedai tu, bukannya jauh mana. Ni kenapa Min buat air? Ada orang datang ke?"

"Tak ada la, ibu. Min buat air untuk Hazrin. Dia baru je sampai tu!"

"Hazrin dah balik? Bila dia sampai sini?"

"Dah, ada kat dalam tu. Tak ada la pulak Min tanya bila dia sampai sini. Nampak macam penat je, nanti la Min tanya!"

Puan Liana angguk.

"Yelah. Suruh la Hazrin tu rehat dulu, ibu nak masak kejap!"

"Okey, kejap lagi Min datang tolong ibu masak!"

"Tak payah, Min teman je suami Min tu. Panggil Yana suruh tolong ibu!"

Jasmine memandang ibunya.

"Serius la ibu ni?"

"Ya, dah pergi!"

Jasmine hanya mengangguk sebelum berlalu dari dapur.

"Yana, pergi tolong ibu kat dapur tu!" Ujar Jasmine semasa melalui ruang tamu.

Yana menoleh ke arah kakaknya.

"Yelah!" Sahut Yana perlahan.

Selepas melihat adiknya sudah bangun menuju ke dapur, baru la Jasmine melangkah masuk ke dalam bilik. Kelihatan Hazrin sudah terlena di atas katil. Jasmine tersenyum. Penat sangat agaknya tu!

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now