Bab 5

87 4 0
                                    

Segala yang dirancang, dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT. Dengan sekali lafaz, Jasmine Farisha selamat bergelar isteri kepada Zahin Hazrin.

"Ibu tak nak ikut sekali ke?" Soal Jasmine sedih bila terpaksa meninggalkan ibu dan adik-adiknya.

"Mana boleh, adik-adik kan masih sekolah. Ibu mana boleh tinggalkan diorang. Lagipun, Min kan dah kahwin. Min kena la ikut suami Min!"

Jasmine memeluk tubuh ibunya erat. Baru sahaja tiga bulan dia dapat bersama dengan ibunya setelah bertahun-tahun dia berada di negara orang. Kini, dia harus meninggalkan ibunya lagi. Hazrin hanya memerhati perlakuan isterinya itu. Biasa la, perempuan!

"Min, apa ni? Rin tengok tu, buat malu je!" Ujar Puan Liana.

"Biar la, ibu kita!" Balas Jasmine.

Hazrin hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan. Acah comel kau ea?

"Ibu jaga diri okey? Nanti kalau Rin tak busy, kitorang balik tengok ibu!" Ujar Jasmine.

"Ya, ibu tahu. Min pun elok-elok kat rumah orang. Jaga perangai!"

Jasmine mengangguk sebelum melepaskan pelukannya. Tangan ibunya dicium.

"Will miss you, ibu!" Jasmine terasa ingin menangis.

"Ish, dah la tu. Min bukan pergi jauh pun, boleh je telefon ibu kan? Mengada la Min ni!"

"Ya!" Balas Jasmine.

Giliran Hazrin pula yang menyalami tangan Puan Liana.

"Kitorang gerak dulu, ibu. Takut jalan jam pulak!" Ujar Hazrin.

"Yelah, baik-baik bawa kereta."

"Inshaa Allah!" Balas Hazrin.

Jasmine melihat wajah ibunya sekali lagi sebelum masuk ke dalam kereta. Tangannya dilambai ke arah ibunya. Sayu pula hati ingin meninggalkan ibunya. Perasaannya tidak sama saat dia pergi ke Australia dulu.

Setelah menempuh beberapa jam perjalanan, mereka akhirnya tiba di rumah milik keluarga Hazrin. Hazrin menarik brek tangan sebelum menoleh ke arah Jasmine. Wajah gadis itu pucat.

"Are you okay?" Soal Hazrin.

Jasmine menoleh ke arah Hazrin sambil menelan liur yang terasa kesat. Kenapa aku ni?

"Err..." Jasmine tergagap.

Hazrin tergelak kecil.

"Kenapa? Takut?" Soal Hazrin.

Jasmine geram bila ditertawakan oleh lelaki itu. Aku betul-betul ni, dia boleh gelak pulak.

"Relaks la, family saya tu tak pernah lagi makan orang setakat ni. Tapi, tak tahu la lepas diorang jumpa awak kan? Mana tahu tukar selera pulak lepas ni!" Sempat lagi Hazrin buat lawak.

"Hazrin, main-main la awak ni!"

"Tak ada apa la, jom!"

Hazrin mengeluarkan beg dari but kereta. Mereka sama-sama melangkah ke pintu. Belum sempat beri salam pintu sudah dibuka dari dalam.

"Sampai pun korang!" Sambut Puan Sri Hazimah dengan senyuman ceria.

Terus Jasmine menghulur salam kepada ibu mertuanya itu. Salamnya disambut mesra beserta pelukan kecil.

"Mama rindu Lily sangat!" Ucap Puan Sri Hazimah menyentakkan mereka berdua.

Jasmine sudah terpaku di situ. Wajahnya berubah riak.

"Jasmine, ma!" Hazrin membetulkan.

"Ya, Jasmine. Sorry, mama tersasul sebut nama Lily!" Ucap Puan Sri Hazimah.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now