Zack zikri melangkah sambil bersiul siul sendiri. Dia nampak seseorang termenung sendirian di lobi balai. Lalu dia pergi menghampiri. Laju tangannya tepuk bahu Syed Yazzer yang duduk selepas selesai latihan simulasi mereka tadi. Lelaki itu sedikit terperanjat.
"Ya Allah!"
"Fikir apa je kau ni?"
Zack Zikri duduk disisinya. Terdengar keluhan berat dari bibir Yazzer sebelum dia bersuara tangannya melempar malas coklat cudburys dengan ikatan riben merah.
"Benda ni lah bro. Entah siapa main-main dengan aku ni"
Yazeer hempas pula satu kad kecil membuatkan Jack berkerut. Aik masih lagi dengan isu hadiah tu. Kalau dia apa salahnya amik je.
Jack ambik kad dan baca kuat-kuat sambil tahan nak gelak bila wajah Yazzer dah tayang muka ketat tengok dia.
(Siang ku gelap bagai tiada matahari,
Malam ku sepi bagai tiada erti nya sang bulan.Maafkan rindu ini datang menganggu. Sekadar hanya menyapa di angin lalu- AFarisha)"Adoi blushing aku baca bro romantik ya amat dia ni. Patut kecoh satu balai ni. Serious kau ni takde skandle?"
"Mana ada! Kau pun tau Zalikha tu first and my last. Aku tak pernah ada perempuan lain. Bagi aku Zalikha tu most perfect woman dalam hidup aku. titik takda perempuan lain dah"
Beritahu Syed Yazzer jujur tapi Jack masih senyum meleret.
"Jibake konon taknak. Kawin jelah satu lagi. What is the problem man?"
"Isk mengarut kau ni!"
"Hak adui kau lelaki lah. Apa nak risau. Zalikha okay kut. Benda tak luak lar brader"
"Masalahnya sekarang. Aku risau sangat kalau Zalikha tau. media social aku semua dia add tau. mesengger. instagram. Facebook. Nasib WhatsApp takde. Kalau ada memang masak aku"
Beritahu Yazzer binggung.
"Uik macam tu pulak. profile kosong ke tu?
That's the point kat sini problem kau.
lain kali post la gambar kau dengan Zalikha. kot dia sangka kau masih bujang lagi. Dalam masa yang sama kau dah kasi fake hope tau kat dia. Kesian dia"Kata-kata Jack buatkan Syed Yazzer berfikir lama. Jangan kata gambar Zalikha. Gambar dia sendiri pun dia tak pernah Post melainkan profile dia. Dia mahukan privacy untuk keselamatan Zalikha isteri dia adalah anak jutawan yang bergelar Dato. Lagipun Zalikha memang tak suka dia post gambar mereka dimedia social macam tu.
"Takpe lah bro. Kau rileks je dulu. nanti kau slow talk dengan perempuan ni. Bagitau yang kau dah kawin"
"Ye lah nanti aku text dia. mula nak ignore je dia. Tapi kau tengok lah. Dah kecoh satu balai pasal hadiah yang dia bagi tiap minggu ni. Dalam lokar aku tu dah macam funfair tau"
Jack gelak halus dengar kata-kata Yazzer.
"Yang tukang sapu semua si tua Abang Zul kan. Mati lah kalau ada minyak senyoyong ke apa. Tak memasal abang Zul tu. Nasib aku tak join. Aku bukan suka komitmen. Tengok lah along aku tu. Bercerai berai"
Yazzer hanya mampu tersenggih. Jack ni bukan takda teman wanita rupa pun ada tapi tak pernah nak serious. Dari zaman mereka menuntut lagi dia takde girlfriend tetap. Asyik bertukar je. Tapi dia tahu Jack ni jujur. Mereka dah kenal lama. Sejak dari dia dari tingkatan 5 lagi sampai dah berumur 29 tahun sekarang ni.
"Kau makan lah coklat ni. Takpe lah kan kalau lekat. Kau kata Along kau dah ada calon. So bila Along kau dah kawin nanti kau kahwin lah dua tiga sampai empat"
Syed Yazzer gelak pandang Jack yang dah berkerut kening nya.
"Parah kau ni gatal aku ni takdelah nak kawin banyak tu. Kau ingat aku ni nafsu kuda ke apa?"
"Dah kau pun suruh aku kahwin lagi. Kau pergi tanya Along kau. Kahwin ni susah ke senang"
"Bukan susah pun. Bagi je makan. Malam service. Mana ade susah. Tapi sekarang Along aku ni. Dia ada text aku. Dia tak suka lah pasal kahwin ni. Kau tau lah pasal perkahwinan Along yang first tu.
Kata Jack serious pula. Yazzer hanya mengangguk kecil. Dia tahu kisah Along Jack. yang masih tak move on lagi dengan perkahwinan pertama yang gagal.
"Biasalah tu kan. Dia macam aku bro. Bila sayang. Sayang habis. Sebab tu yang payah nak move on"
"Hadui melting siak kau ni nak muntah edan. Jom lah makan"
Ajak Jack menatap jam hampir waktu lunch. Yazeer hanya mengangguk.
"Jangan lupa text secret admirer kau tu. Ajak dia keluar minum ke. Be a man lah bro"
Pesan Jack sambil tergelak kecil. Yazeer hanya mengerut kan dahi nya. Nanti nanti lah dia uruskan masalah dia. Tak sure tu perempuan ke tak. Nanti kena prank dengan budak budak yang nakal tak ke haru.
Dalam kelekaan wanita itu memasak didapur terasa pinggang dia dipeluk dari belakang. Zalikha hanya ukir senyuman.
"You ni terkejut Zal tau mau tumpah nanti. Dua-dua kita tak makan. Dah ni je lauk yang Zal masak"
Zalikha teruskan kerja mengacau kari yang menjadi makanan favourite suami dia Syed Yazzer.
"Dah sayang ni seksi sangat,abang nak lah peluk. Bukan main sedap lagi bau sayang masak"
Puji Yazzer sambil memerhati Zalikha yang mula menuang santan dalam masakan nya. Zalikha mula mengelak. Namun bibir nya masih tersenyum nipis.
"You pergi lah mandi dulu nanti kita makan sama-sama. You sendiri tau I jarang dapat masak untuk you. Appreciate lah"
"Lah sekejap lah. Abang nak peluk lagi"
Yazeer meletak dagu atas bahu Zalikha yang mula tergelak kecil. Dia rindu isterinya.
"Mandi lah dulu. Dah lah Zal dah mandi nanti lekat lagi bau you yang tak mandi tu pada Zal"
"Apa susah nye kita mandi lah sama-sama."
Zalikha mengeluh halus. Pantas tangannya leraikan pelukan Yazzer dipinggang dia.
"Mandi dulu"
Suruh Zalikha mula pusing kan badan dan menatap suaminya. Yazeer sikit lagi mahu peluk Zalikha semula namun isteri dia lagi pantas mengelak.
"Okay I mandi dulu. Sayang tak sudi kan"
Yazeer pura-pura merajuk pantas tangan Zalikha cuit hidung nya. Yazzer masih pamer muka merajuk. Zalikha gelak melihat gelagat suaminya.
Ada-ada je lah sahaja Syed Yazzer ni. Dia bukan suka suka nak melayan pun.
Akhir nya Yazzer mengalah bila Zalikha beria dorong tubuh dia. Yazzer menurut dan berlalu ke tingkat atas untuk membersihkan diri.Auni tersenyum sendiri Erm gila kan apa yang dia sedang buat. Tangan masih lagi sibuk membaluti satu kotak yang berisi minyak wangi. Siap sahaja di balut kemas dia mula merenung hadiah tersebut kalau mahu dekati lelaki itu mungkin dia takkan berani.
Hanya itu sahaja cara dia meluahkan isihati. Namun lelaki itu langsung tidak merespon dan diam saja bila dia cuba messenger lelaki iu. Auni capai telefon pintar.
Dia menaip sesuatu. Namun dia bagai ragu mahu menghantar text itu. Risau kalau jadi macam sebelum ni. Langsung tak dilayan. Laju tangan nya padam semula.
Ah biarlah aku suka kau dari jauh je Syed Yazeer bisiknya yang mula diselubungi rasa ragu. Kenapa ada sesuatu perasaan yang ingin tahu sangat dia pada lelaki itu.=BERSAMBUNG=
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomantikAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...