Part✓4

3.5K 111 3
                                    

Syed Yazeer membelek kotak tersebut.
Dia mengeluh berat. fikiran nya bercelaru sedikit. dalam seminggu dua kali dah dia dapatkan hadiah. Motif orang tu pun dia tak pasti. siapa lah yang cuba mempermainkan dia.

Yazzer capai telefon pintarnya. Dia dah malas berbasa basi dengan sesiapa pun. dia cuma inginkan penjelasan. Yazeer buka conversation mesengger.
Dia mahu bersemuka. alang-alang dah text ni. ingat nak terus jumpa. dia tak tahan satu balai asyik usik dia bila nampak hadiah semua tu. Kalau dia bujang tak mengapa juga. ni dah sah dia suami orang. mengarut bukan.

Yaz{ Assalamualaikum.
Saya nak tahu siapa awak ni. boleh tak Kita jumpa sekejap.

Hampir 15 minit berlalu baru lah ada balasan dari orang tersebut. Yazzer kelam kabut capai telefon pintar atas meja.

AFarisha{Waalaikumusalam. Sorry lah Encik Yazzer. Saya kat kampung. Belum berkesempatan lagi nak jumpa awak ni.

Yazeer mengetap bibirnya. dia mengaru kepalanya. macam-macam alasan dia saja taknak jumpa. Berani pula ganggu dia namun cuak pula di ajak bertemu terus.

Yaz{it's okay. Awak cakap je bila awak boleh jumpa saya.

Lama Syed Yazzer tunggu jawapan. namun chat nya tak berbalas lagi. memang sah lah taknak jumpa dia. sebab niat orang tu cuma nak permainkan dia.




Auni duduk sendiri di depan rumah kayu yang sederhana. permandangan sawah dihadapan dipandang sepi. sesekali dia bagai tak keruan berjalan kehulu kehilir. Handphone di tatap nya semula. namun makin buat dia pening kepala.

Baru tadi dia balik ke kampung bukan main ceria lagi hati. sekarang dia dah rasa gelisah balik. sebab apa. sebab dia dah cuak bila Yazzer berani ajak dia berjumpa.

"Bodoh aku ni apahal aku buat benda ni. takkan sebab dia panggil aku Bunny terus aku nak suka dia? Semua tu kebetulan kut"

Bosan kehulu kehilir dia menumbuk geram handphone dekat tapak tangan. macam melepas geram. dah beli guna duit sendiri. Auni kesal dia usap balik screen handphonenya. Risau pecah.

"Oi Apehal dah naik meter sewel ke?"

Suara garau dari belakang mula menyergah buat Auni terkejut. namun setelah menoleh dia dah mula mendengus meluat.

"Sibuk je along ni. sukahati lah nak sewel ke. nak gila ke bukan ada kena mengena dengan along"

Kata Auni malas-malas nak melayan. bengkak hati karang. dah baru sampai. along dia bab mengutuk boleh tahan juga.

"Ye lah sewel tu kawal ye. kalau orang nampak tak jadi lagi orang nak masuk meminang esok nye"

"Hah?"

Auni tergamam wajah along hanya ditatap cari jawapan. along nya menekup mulut sendiri pura-pura seolah sudah terlepas cakap. namun dalam masa yang sama dia tayang muka mengejek.

"Along cakap apa tadi hah!"

Soal Auni sudah bercekak pinggang. Dia paling tak suka kalau orang berbasa basi nih. Boleh emosi dia dibuatnya. Auni mula desak Arifin. Sampai Arifin bukak mulut.

"Cakap lah!"

"Nak cakap mende? Dah lah sewel pakej telinga pekak pulak dah. Memang malang lah orang yang datang esok"
Perli Arifin makin buat Auni binggung.

"Cakap je lah bongok!"

Satu tumbukan dilepaskan kasar pada bahu Arifin. Along nya mengaduh sakit seraya gosok bahu bila Auni masih tumbuk bahu dia berulang kali. Kasar betul Auni ni. Nampak je macam lembut. Tapi sekali dia tumbuk macam jantan yang ada telur.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now