Part✓11

3K 97 0
                                    

Auni termenung seketika selepas terima satu panggilan dari seseorang. Dia mengeluh kecil namun dalam waktu yang sama dia lega. Mula dia terima panggilan dari ibu dari kampung. Sejurus lepas tu Puan Khaleeda pula yang telefon dia. Menurut Puan Khaleeda yang kedengaran serba salah. Luqman anak mereka tiba-tiba buat keputusan kembali rujuk dengan bekas isteri. Jadi mereka terpaksa batalkan rancangan untuk menjodohkan Luqman dengan dia. Tipu lah kalau dia tak rasa terkilan. Tak banyak sedikit adalah. Mana taknya.

Masuk kali ni niat Abah nak tengok dia disatukan dengan pilihan Abah semua tak kesampaian. Bukan dia yang kecewa. Tapi Abah yang kecewa dengar berita ni. Kalau taknak dia kenapa nak merisik? Auni mengeluh sendirian tapi bila memikirkan Puan Khaleeda sungguh-sungguh minta maaf dari dia dan keluarga. Auni rasa tak mengapa lah. Mungkin bukan jodoh dia dengan Luqman. Dia pun taknak fikirkan sangat perihal ni. Kalau ada jodoh ada. Kalau takde nak buat macamana.

Auni keluar dari bilik. Dia atur langkah pergi pada Fara yang khusyuk menonton drama di kaca tv. disapa nya sekilas sahaja dia menghenyak punggung di atas sofa.
Matanya cuba tangkap apa yang menarik di kaca tv yang buatkan Fara cukup tekun.

"Cerita apa?"

Soal Auni peluk bantal kusyen.

"The phone. Aku pun baru tengok. Hei babe aku ada benda nak bagitau kau ni"

Langsung Fara pusing kedudukan menghadap fokus pada Auni yang mula buang pandangan pada wajah Fara.

"Bagitahu apa?"

Perlahan nada Auni. Fara yang duduk atas lantai tadi beralih duduk disebelah Auni. Dia pandang Auni dengan wajah suram.

"Maaf ya Auni. Actually aku nak kena transfer mengajar kat johor"

Tergamam Auni seketika. Sebelum ni ada jugak ura-ura pasal ni dia dengar dari Fara. Ingatkan hujung tahun ni baru Fara pindah. tak sangka pula secepat ni. Auni dah tayang muka hening.

"Bila tu? Kau dapat kat sekolah yang kau apply sebelum ni ke?"

Fara gangguk kecil. Kalau itu yang terbaik pada Fara. Siapa dia cakap panjang berjela. Lagipun Fara lama dah minta transfer ke kampung dia sendiri. Alhamdullilah sekarang diluluskan juga permohonan Fara. Namun 5 bulan menyewa bersama tak dinafikan Fara kawan sewa yang cukup baik. Tak banyak cakap. Nanti kalau nak cari roommate lain memang payah nak cari yang macam Fara yang sempoi.

"Hujung bulan ni. Selesai urusan. Aku pindah lah. kau jaga diri tau. Sambil tu kita boleh iklan kalau kau nak cari roommate baru"

Auni geleng pantas. Susah lah nak cari roommate yang macam Fara. Dia takut kalau jumpa roommate yang tak serasi. Jadi dia pilih untuk menyewa sendiri dulu walaupun terpaksa bayar sewa sorang-sorang kelak.

"Kau pun jaga diri. Takpelah buat masa ni. Aku taknak cari roommate. Yang penting kau dah dapat dekat dengan parents kau. Nanti kalau dah kat sana jangan tak contact aku pula"

"Of course lah aku contact kau babe. Aku dah anggap kau macam adik aku. Nanti kau pun jangan tunggu aku je message. Kau free kau message lah aku"

"Ye Fara. Kau tau kan aku mana ada kawan lain selain kau"

"Kau bukan kawan aku. Tapi kau ni aku dah anggap macam adik aku. so taknak tengok kau sedih-sedih"

Rasa sedih pula bila terdengar nada Fara. Auni mahu sebak. Tapi Fara dah cepat-cepat peluk dia dan tenangkan dia.

"Jangan sedih okay. Even aku dah pindah. Kalau aku ada pergi sini. Aku janji akan singgah jumpa kau okay?"

Pujuk Fara lembut. Auni hanya angguk kecil. Dia masih rasa sedih bila fikirkan dia yang akan tinggal sendirian. Dia kenal Fara pun sebab Fara ni adik pada pengurus tempat dia berkerja. Sebab abang Fara tinggal dengan isteri dirumah mertua. Jadi Fara pilih untuk menyewa sendiri. Sepanjang malam mereka berborak. Nanti Kalau Fara dah balik johor. Takde kesempatan lah mereka nak membawang macam ni.





Zalikha dengar pancuran dari dalam bilik mandi. Lama dia pandang pintu bilik mandi yang masih tertutup. Dia termenung sambil fikirkan sesuatu. Mata dia pandang handphone Yazzer yang berada atas meja. Hati dia teringin sangat nak tahu siapa sebenarnya Farisha yang hantar kad yang cukup romantik pada Yazzer.

Dia pergi perlahan ke sisi meja ditepi katil Walau hati bercampur risau dan ragu. Namun dia gagahkan diri capai iPhones milik suami dia. Nasib lah password Syed Yazzer masih pattern yang sama tak berubah. Nampak macam Syed Yazzer tak sembunyikan apa-apa dari dia. Mungkin dia terlampau ikutkan emosi yang terlalu curiga.


Dari whatsApp dan yang lain takde yang luar biasa. Hanya chatting group. Kawan sekerja Yazzer yang memang dia dah sedia tahu lah sebelum ni.

Zalikha buang keluhan halus. Agaknya dia yang banyak sangat berfikir. Sampai dia rasa syak pada Yazzer.

Kebetulan satu Whatsapp masuk ketika dia buka app WhatsApp suami dia. Dari Jack. Mulanya dia rasa nak abaikan. Namun dia tak sengaja terbuka conversation antara Yazzer dan Zack Zikri.


Jack {Assalamualaikum bro. Kunci lokar kau tertinggal tadi kat lobi. Aku dah pass kan PB wafi. Amik kat dia esok. Jangan lupa.



Zalikha ukir senyuman. Dia scroll message Jack dengan Yazzer dari atas semula.

Matanya tertumpu pada satu chat lewat sekilas dipandangan mata dia sekarang.


Jack{ Amacam dah sampai ke awek tu? Aku tunggu dalam kereta ye. Dah settel karang kau pergi belakang bangunan je. Aku parking sana. Bising ah bangla kat depan tadi.

Yazzer{ Okay noted. Dah sampai bro berapa lama aku tunggu baru dia munculkan diri huhu

Jack{ Snap satu pic bro. Aku craving nak tengok secret admirer kawan aku ni haha!

Yazzer {Mampus! Jangan lah bro. Kalau kau nak tengok kau masuk kejap. Aku pun awkward gila nak jumpa dia. Rasa berdosa tau buat benda gini belakang Zal.

Jack{ Pundek lah takut bini ghupanya. Dah tu kenapa jumpa dia?

Yazzer {Aku just nak bagitahu dia. Aku dah kawen dan minta dia jangan ganggu aku dengan hadiah semua tu.

Jack{ Okay then selamat maju jaya. Aku nak lelap jap. Apa-apa kau roger aku.

Mata Zalikha terpaku seketika. Lama dia termenung. Memang tak salah kalau dari message Jack dan Yazzer beberapa hari lalu mereka ada berjumpa seseorang. Dan naluri dia kuat menyatakan yang perempuan tu orang yang sama hantar kad pada Yazzer. Kedengaran pintu bilik mandi dikuak. Zalikha kelam kabut letak iPhone milik Yazzer ditempat asal semula.

Dia baring atas katil. Dia pura-pura macam dah terlelap dan cuba sembunyikan keadaan.

"Sayang dah tidur?"

Zalikha hanya sepikan diri. Dia tak rasa nak bercakap dengan Yazzer sekarang. Ikut hati banyak soalan yang dia nak tanya. Tapi biarlah dulu. Dia taknak ada masalah dengan Yazzer.

Dia teringat kad yang dia jumpa dalam kereta Yazzer tempohari. Nama perempuan tu Farisha dia masih ingat lagi nama yang ditulis bawah kad tersebut. Zalikha cuba menutup mata dia rapat-rapat. Agak nya kalau dia cuba tanya Jack. Jack akan ceritakan atau tak?
Mestilah tak. Yazzer dan Jack kan dah berkawan lama.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now