Part✓9

2.9K 94 0
                                    

Zalikha memeriksa handphone. dia menunggu whatsApp dari seseorang namun hampa.
Satu persatu chat diperiksa dengan penuh harap. sesekali keluhan dibuang seketika dia menongkat dagu sendiri. wajahnya muram namun tak lama kemudian.
Satu lagi iPhone dari tas nya dikeluarkan.
mesej dari Syed Yazzer dipandang lemah.

Abang{ Sayang you makan dulu petang nanti. I balik lambat sikit.

Sekali lagi mesej itu dibiarkan tanpa niat untuk balas. Kertas di meja diperiksa dengan malas. akhir-akhir ini kewangan peniagaan butik dia agak bermasalah. belum lagi tempahan yang lewat di siapkan. Ramai customer yang sudah ambil semula kain dan lari pada service butik yang lain.

Apa dah jadi lah hidup nya serba tak kena? pekerja dia ada yang kerja tak sampai sebulan dah cabut lari sebab tak tahan dengan mood nya yang pasang surut.
Siapa tak marah kalau hasil kerja langsung takde kualiti. kadang naik pening juga dia.
Pengalaman bagai nak rak. sampai dua tiga tahun tapi masih jugak tak kena lagi dengan citarasa dia. mana dia tak marah kalau semua dia nak kena ajar balik.






Syed Yazzer angkat wajah bila seseorang memberi salam. dia terkedu seketika pandang seseorang berdiri depan dia.

"Waalaikumusalam"

Wajah gadis didepan dia ditatap seketika. Sah! memang dia tak pernah kenal lagi dengan gadis itu. Syed Yazzer hanya mampu berlagak janggal dan jemput duduk. nasib bukan lelaki yang saja nak mainkan dia. kalau tak memang lagi awkward dia. tapi ni masalah juga. dia sibuk perhati sekeliling risau jika ada pula mata yang terlihat dia disitu bersama gadis lain. Kalau cerita tu sampai kat Zalikha dia tak tau nak jelaskan macamana.

Auni tarik nafas nya. tak tahu darimana mahu mulakan bicara. waitress datang ambil pesanan minuman dan terus beredar membuatkan keadaan sambung jadi bungkam antara dia dan lelaki didepan dia sekarang.

Hati dah berdebar-debar pandang wajah lelaki yang duduk tak selesa depan dia. Entah darimana dia dapat keyakinan mahu bersemuka terus dengan Syed Yazzer hari ni.

Dia curi pandang Yazzer sekilas dia tunduk pandang atas meja. wajah biasa namun lelaki itu cukup menarik. ada sepasang mata yang memukau. Orangnya nampak sederhana dan baik dari pandangan luarannya. Auni mula melorek senyuman kecil. dia dah rasa semacam. mereka hanya diam sampai minuman pun sempat di hidang di atas meja semula.

"Let's be honest. seriously saya tak kenal langsung awak ni. tapi kenapa awak hantar hadiah macam-macam kat saya?
dah kecoh satu balai sebab perbuatan awak ni. Apa sebenarnya motif awak?"

Soalan Syed Yazzer tegas rasa mengigit hati gadis itu. tak dapat dia nak sembunyi kan perasaan gugup. tapi konon sebab dah practice semalam. level confident nya dah di upgrade. Jadi dia memilih untuk tetap berlagak santai. bukan apa sangat kena tolak. wajarlah tu.

Bongok! ayat itu sekadar elok untuk sedapkan hati sendiri. padahal sakit dan teramat malu juga kalau ditolak depan- depan macam ni.

Auni menarik nafas dalam semula. dia cari kekuatan. wajah Syed Yazzer dipandang sekilas. lelaki itu tekun tunggu dia bersuara tambah gusar pula hati Auni melihat anak mata Yazzer yang tunak.

"Sebenarnya encik Yaz. saya jumpa awak masa awak bertugas selamatkan saya dekat flat melawati tu bulan lepas?"

Wajah Syed Yazzer berkerut bagai cuba ingat kembali. Kemudian dia mengangguk padahal dia tak berapa nak ingat sebenarnya kejadian yang dimaksudkan gadis itu.

"Then kenapa awak bagi saya hadiah semua tu. hanya sebab saya pernah selamat kan awak ke?"

Auni Farisha diam bukan tu maksud dia. Kalau setakat berterima kasih. dia takkan buang banyak masa. Lelaki depan dia tak faham ke. kalau pasal selamatkan dia malam tu ada dua orang yang selamatkan dia. tapi dia cuma tertarik pada pandangan lelaki didepan dia sekarang saja.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now