Zalikha seperti biasa dia menaiki lift untuk naik ketingkat empat. Pintu rumah itu diketuk beberapa kali. Pintu dibuka. Hari ini tiada koyok yang tertampal di sisi urat saraf dikepala Auni seperti hari sebelum nya
"Masuk lah Puan Zal"
Jemput Auni. Dia semakin sihat hari ni. Rasa sengal badannya sudah mulai berkurangan.
"You dah okay sikit?"
"Kepala je yang masih pening sikit. Rasa seram sejuk tu dah okay sikit"
Kata Auni perlahan. Zalikha mengangguk sahaja.
"Oh I ada beli sup mushroom's tadi. I panaskan. Ni baik untuk you"
Ujar Zalikha. Auni bangun juga mahu mengekori langkah Zalikha.
"Saya dah makan Puan Zal. Saya order foodpanda tadi"
Zalikha berpaling memandang dia.
"Tapi I dah beli ni. Nak buang ke?"
"Eh jangan Puan. Takpe takat sup je. Saya boleh habiskan"
Kata Auni agar Zalikha tak rasa kecil hati. Padahal selera dia tak pulih lagi. Semua makanan rasa tawar sikit.
"I panaskan untuk you"
Zalikha mengukir senyuman manis.
Auni angguk sahaja dengan perasaan yang serba salah membiarkan Zalikha buat semua untuk dia. Zalikha melayan dia dengan baik. Entah kenapa dia macam janggal sangat nak terima kebaikan Zalikha.Zalikha sempat mengeluarkan satu botol cecair secara sembunyi. Sesekali dia menjenguk ke arah Auni. Gadis tu leka bermain telefon pintarnya. Zalikha laju sambung kerja dengan pantas. Risau Auni curiga dengan perilaku dia.
Sambil kacau sup mushroom's tersebut hingga sebati. Dia sempat termenung layan perasaan."Maafkan I Farisha. I nak cari kebahagiaan I. You adalah orang yang sepatutnya bersama dengan Yaz. Biar I buat sesuatu yang kita sama-sama nak. You dengan yaz. Dan I dengan Jack"
Namun lamunan nya tergangu dek kerana bau yang kurang menyenangkan.
"Shit! Kenapa kuat sangat bau ni"
Denggus Zalikha agak risau jika Auni menyedari perbuatan nya dek kerana bau cecair itu yang agak berbau obsesif di hidung dia. Shima ni agak nya tak setuju langsung dengan apa yang dia nak buat. Shima sengaja bagi ubat yang agak kuat dan boleh menimbul kan syak wasangka pada Auni kelak.
Selesai semua Zalikha mula bawa sup pada Auni yang masih leka.
"Okay sup dah siap!"
Zalikha cuba menceriakan suasana. Auni mengukir senyuman nipis. posisi duduk nya diperbetul kan sambil tangan dia lincah mengalih barangan yang berada atas meja kecil untuk mudahkan Zalikha letak mangkuk sup.
"Makan lah"
Kata Zalikha melihat Auni nampak teragak-agak. Dia risau Auni curiga pada dia.
"Macam kuat pulak bau mushroom's ni?"
Wajah Zalikha berubah serta merta. terpinga-pinga dia dengan komen gadis itu.
"Biasa je I hidu. Memang bau dia kuat sikit. Biasalah tadi I order sup khas untuk orang demam"
Tipu Zalikha. Tingkah Auni serba tak kena. bau tu kuat. Tapi Auni tak berani nak komen. Mungkin memang rasa dia begitu.
Dihirup nya juga sampai sudu yang terakhir. Rasa nak mual tekak pun ada. Nak muntah depan Zalikha pun juga. Dia serba salah macam tak appreciate pula dengan apa yang Zalikha buat. Auni cuba menahan tekaknya.
"Sedap tak?"
Auni cepat-cepat angguk. Padahal tak sedap langsung. Dia tak tahu Zalikha meraban apa sampai kata sup tu sedap. Tapi dia tak berani nak cakap tak sedap. Sebab Zalikha majikan dia.
Zalikha ajak Auni berborak kosong. Lama kelamaan gadis itu sudah menguap beberapa kali. Namun dia tetap layan kan sahaja cerita Zalikha tentang kesibukan Zalikha tanpa ada dia dibutik.
Auni memisat mata. Mata dia terasa berat. kepalanya terangguk angguk menahan mengantuk.
"Takpe sehari dua lagi. Saya dah boleh kerje"
Suara Auni kedengaran meleret. Dipaksa mata untuk kekal celik. Zalikha menguntum senyum melihat gadis itu gerak kan kepalanya seolah mahu membangunkan diri dari kesan kuat pil sedatif itu.
"You okay tak?"
Soal Zalikha pura-pura mangerak bahu nya. Auni hanya mamai. pandangan kabur tak pernah-pernah dia rasa begitu mengantuk jam begini. Dia mengangguk dalam separuh sedar.
"Entah kenapa saya macam mengantuk sangat malam ni"
"You ada amik ubat tak hari ni?"
Auni mengangguk perlahan.
"Effect dari ubat yang you amik kut"
Auni tak bersuara dia bersandar di sofa. melayankan matanya yang kian memberat. Zalikha melebarkan senyumanya.
"I cuci ni dulu. you rehat lah"
Saran Zalikha. Auni tidak mampu menjawap mata terasa bagai ditarik rapat.
Zalikha terus mengambil mangkuk lalu diberes semua bukti. Dia lihat Auni sudah berdengkur halus. Dia ukir senyuman puas. Lalu dia capai handphone nya dan hubungi seseorang."Baik Puan. cctv kami dah uruskan. Jangan risau lah Puan. Kami ni professional dah biasa buat kerja ni. Kami takkan cederakan suami Puan. Tapi bayaran tu settle cepat Puan. Baru semangat nak buat kerja"
Kata lelaki itu berbual di telefon.
"I dah transfer 50% lagi separuh I transfer lepas kerja you berdua selesai okay. Jangan ada sesiapa yang nampak!"
"Laa ni benda senang Puan. Kami tak pernah gagal kalau bab pedajal orang ni"
Lelaki itu melirik kawan yang sudah mengukir senyuman. Habuan cukup lumayan bakal menanti mereka seketika panggilan di akhiri selepas mencapai kata sepakat.
"Bodoh! punya perempuan. Aku mintak dua puluh ribu buat kerja gampang macam ni pun dia setuju"
Herdik lelaki itu ketawa besar.
"Cepat lah bos kita settle kerja ni. Aku dah lama tak pergi zouk ni"
Ujar lelaki yang satu lagi yang beria-ria hampiri bos dia yang mula menyedut rokok nya sambil menikmati asap rokok yang dihembus berkepul-kepul.
"Kita tunggu lelaki itu sampai je kat sini"
Dia hisap rokok nya dalam-dalam kemudian puntung rokok yang tinggal separuh di pijak dengan tapak depan kasutnya hingga hancur.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...