Syed Yazzer ralit periksa satu bungkusan yang elok terletak di atas meja dia macam selalu. Wajah nya berkerut sedikit gusar. lantas handphone dikeluarkan dari poket seluar. dia dah nekad. Conversation messenger terus dibuka semula.
Auni Farisha terbangun dari baring. Baca messenger yang baru masuk. Tiba-tiba wajah bertukar cemas.
Yaz{ Assalamualaikum boleh tak kita
jumpa?AFarisha{ Waalaikumusalam Maaf lah
saya busy sangatYaz{ yeke busy? Kenapa ada masa lak
nak hantar hadiah semua kat
saya sampai dua kali seminggu tu
apa?Lama chat Syed Yazzer dibiarkan tergantung tanpa ada rasa nak balas. Takkan dia nak berjumpa dengan Yazzer pula. Mana nak letak muka nanti.
Yaz { Esok pukul 2 jumpa saya nanti saya share location. Kalau awak nak elak dan main main dengan saya. Saya takkan teragak-agak lapor pada polis.
Awak dah buat gangguan pada saya. Awak nak macam tu?Mulut Auni ternganga. Terkesima dia dengan ugutan Yazzer. Dia lupa pula siapa dengan dia berhadapan. Penjawat awam kot. Masalah betul apa yang dia dah buat ada ke patut suka lelaki sampai jadi macam ni. Agak-agak kalau dia di tangkap polis agaknya boleh masuk lokap ke? Haishh mengarut lah. Dia bukan hantar bom ke apa pun benda bahaya pada Syed Yazzer. Just bagi hadiah je kan.
Satu lagi messenger masuk membuatkan lamunan dia terputus.Yaz{Mari jumpa. Saya janji takkan marah. Just ada yang saya kena
clarify pada awak. Tapi kalau awak
tak datang saya memang akan buat
laporan polis. Sebab saya ada banyak
bukti yang awak cuba nak ganggu saya.Auni mengerutu sendiri dan akhirnya dia membalas pendek biarlah dia jumpa sekali sahaja. Baik malu sekarang dari malu kena seret ke balai polis. Mana tahu ini permulaan yang baik untuk dia kenal lebih dekat dengan Syed Yazzer.
Alamak bukan dia nak dijodohkan dengan anak Tuan Hasbullah ke kenapa lah macam-macam pula yang datang dalam hidup dia. Takpe ke kalau dia jumpa Yazzer dulu? Sebelum dia terima anak Tuan Hasbullah."Auni ni semua cari penyakit tau"
Keluh nya agak binggung serta bimbang. dengan diri sendiri. Binggung macamana nak jelaskan pada Syed Yazzer esok. Geram pula pada diri sendiri macam sengaja cari nahas. Tapi dia masih tak percaya yang dia betul-betul kena kahwin dengan anak Tuan Hasbullah.
"Yaz kau ajak aku tunggu dari tadi dekat sini. Kau nak jumpa siapa sebenarnya?"
Akhir Jack menyoal soalan yang patut dia tanya dari tadi pada Syed Yazzer. Hampir sejam mereka menunggu tanpa dia tahu apa sebenarnya motif Syed Yazzer bawa dia ke sebuah restaurant nasi kandar.
"Adalah. Tunggu je"
Wajah Zack zikri kian berubah. Dalam kepalanya sudah dijamu bermacam soalan. Tak pernah-pernah Yazzer bersikap aneh macam ni. Dia takot!
"Kau nak jumpa Zalikha jangan ajak aku"
Kata Zack zikri. Namun Syed Yazzer hanya menguntum senyum membuatkan Jack makin tak faham blur.
"Come on lah. Zalikha kawan kau jugak Tapi aku bukan nak jumpa Zalikha. Aku nak jumpa orang yang bagi hadiah kat aku tu"
"Biar betul kau. Seret aku sekali dah kenapa kau ni?"
Soal Jack tak puas hati namun Yazzer hanya tergelak kecil pandang dia tanpa rasa bersalah.
Sungguh harey pula idea Syed Yazzer ni. Patut nya bagitau dia awal-awal. Dia dah lah patutnya kena balik rumah mama harini.
"Tolong lah. Aku taknak nanti kalau ada sesiapa yang nampak dan sampai ke telinga Zalikha lain pulak cerita"
"Cakap je bende betul. Apa masalah nya? Dalam hubungan tu kena jujur kau kena jujur kat dia. Zalikha pun sama kena jujur baru boleh harmoni"
"Aku curious lah orang single macam kau cakap macam ni"
Syed Yazzer perli dia sambil tahan senyum lihat Jack yang hanya tersenggih. Mati kata sebab dia single sekarang boleh lah Syed Yazzer guna kesempatan tu untuk membahan dia.
Syed Yazzer perhati sekeliling dah panas punggung gadis itu masih tidak kunjung datang. Jangan janji dicapati sudah lah.
Handphone berbunyi tanda ada Messengers yang baru diterima. Wajah Yazzer berkerut baca text dari seseorang.Lambat-lambat dia tunjukan pada Jack sebelum buka. Jack hanya angguk kecil.
AFarisha{Assalamualaikum. Kenapa
bawa member awak? Segan lah saya nanti. Awak janji lain. Tapi buat lain.Syed Yazzer melilau sekeliling tiap pelusuk di perhati dengan tekun sekali. Nampaknya gadis tu dah sampai. Tapi taknak munculkan diri. Sebab segan dengan Jack. Matanya kembali fokus pada chat tersebut. Dia taip sesuatu sambil perhati laluan masuk pintu utama. Namun kosong.
Yaz{Waalaikumusalam. Tak apa anggap
saja member saya ni tak
wujud. Awak kat mana? Ada benda
yang kena saya clarify kan pada
awak. Lepastu awak boleh balik.AFarisha{ Please lah saya taknak
jumpa awak. Kalau member
Awak tu ada kat situ. Saya
balik kalau macamni. Ingatkan
awak betul-betul ikhlas nak
jumpa saya.Syed Yazzer buang keluhan berat. Susah jugak nak kotakan permintaan gadis itu. Takkan dah ajak Jack nak halau dia pula. Jack memang takde masalah. Risau kalau sampai kawan atau saudara Zalikha nampak bukan kah timbul masalah nanti.
"Jack. Kau baca ni. Ada problem lah minah ni. Banyak pula songeh dia"
Ujar Yazzer mula menayangkan paparan conversation antara mereka pada sahabat nya. Jack hanya mengukir senyuman tipis. Dia faham gadis tu mesti segan kalau ada dia.
"Kau jumpala dia. Aku tunggu dalam kereta. Kang sebab aku dia taknak jumpa kau. Lagipun jumpa jelah. Kalau berkenan apa salahnya. Ada kuata kosong lagi kan?"
Usik Jack buat Syed Yazzer sedikit benggang.
"Kau jangan Jack. Aku dah kahwin. Aku ajak dia jumpa ni pun sebab nak jelaskan tentang status aku ni lah"
Jack tergelak kecil bukan main setia lagi Syed Yazzer ni. Zalikha kalau tak bersyukur lagi memang taktahu lah. Mana nak cari lelaki seperti Yazzer di kuala lumpur ni. Semua dah hampir pupus dah.
"Okay kau jumpa dia dulu. Aku pergi tunggu dalam kereta"
Putus Jack bangun dan berlalu. Sekali mata dia perhati sekeliling. Sedikit sebanyak ada jugak perasaan nak melihat secret admirer Syed Yazzer nih. Tapi gadis itu segan kalau dia ada. Jadi taknak lah dia sampai gadis itu batalkan pula niat mahu jumpa Yazzer.
Boleh tahan jugak Syed Yazzer nih terus ajak jumpa. Biasa dipandang ringan je perihal macam ni. Mungkin sebab dah kecoh satu balai. Yazzer risau kot. Risau kalau Zalikha terguris. Kan Yazzer memang utamakan hati isteri dia dari benda lain.
Jack terus melangkah ke kereta. Dapat lelapkan mata sekejap dalam kereta lagi bagus. Nanti adalah Yazzer update apa-apa ke dia.
Syed Yazzer memandang gelisah skrin handphone. Sudah 10 minit Jack beredar namun dia rasa seperti dipermainkan. Tiada siapa yang datang pada nya. Conversation dibuka semula dengan riak tak puas hati. Kalau perempuan tu main-main. Memang siap lah.
"Assalamualaikum"
Suara lembut milik seorang gadis masuk dalam halwa telinga. Seraya itu juga perbuatan Syed Yazzer terhenti dari membuat satu panggilan dia terus angkat wajahnya dan terpaku seketika dia bila pandangan dia beradu dengan seseorang depan dia
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...