Auni Farisha masih tengelam dalam lamunan nya. Permandangan luar bas tak sedikit pun menarik perhatian. Dia lebih suka termenung daripada menikmati suasana perjalanan macam selalu.
Masih terngiang-ngiang suara Zalikha tempohari. Perkara itu benar-benar memaksa dia untuk bawa diri ke kampung. Dia tak mahu pula Yazzer tersepit dengan emosi seorang isteri yang terluka. Padahal dia tak jangka semua itu akan berlaku sampai begitu sekali. Dia cuma setuju jumpa Zalikha sebab dia nak betulkan keadaan. Bukan keruhkan keadaan macam sekarang.
Tawaran untuk jadi isteri kedua? Dia ingat aku apa sampai nak jadi isteri kedua?keterlaluan ke kalau aku kata dia sewel. Perempuan mana sanggup tengok suami sendiri dengan perempuan lain. Aku rasa dia ni ada penyakit jiwa lah.
Secara dasarnya. Mana ada perempuan yang sampai terfikir nak cari madu untuk diri sendiri. Memang lah besar pahala tapi Zalikha ambil port ke tentang tu semua. Tengok penampilan Zalikha nampak macam tak warak sangat pun. Kurang lebih dia je.
Astagafirruallahalazim itu antara dia dah Allah. Aku tak layak persoalkan warak ke tak dia. Auni Menarik nafas panjang lalu beristighfar. Serabut dia sebab Zalikha ni.
Zalikha melangkah keluar dari butik. Jam sudah hampir 6:00 petang. Masuk sahaja dalam kereta. Dia mula periksa handphone dia. Zalikha mengeluh.
Berminggu-minggu sudah berlalu. gadis itu langsung tak beri jawapan pada tawaran dia. Zalikha termenung sambil berfikir sesuatu. Matanya berkaca tatkala fikiran nya menerawang jauh. Satu keluhan berat jatuh dari bibir kemudian dia mula menanggis sendirian.
"Maafkan I yaz. I dah cuba sedaya upaya lima tahun ni untuk jadi wife yang terbaik untuk you. Tapi I tak dapat tipu diri. I tak dapat hilangkan sikit pun perasaan I. Maafkan I dah jadi isteri yang derhaka pada you dalam diam. You layak dapat orang yang lebih baik Yazzer"
Zalikha menanggis menahan sakit dalam hatinya. Tiada siapa yang dengar rintihan hati dia saban hari dari luaran orang mampu melihat kebahagiaan yang dia nikmati. Tapi hatinya diam-diam simpan perasaan yang tak mampu dia kawal. Ya. Dia hanya manusia biasa yang lemah dengan perasaan.
Puas melepaskan perasaan sendiri Zalikha mula beredar. Kurang 10 minit kereta yang dipandu masuk ke dalam perkarangan. Kereta Yazzer sudah elok terparking depan rumah dipandangan sepi.
Zalikha periksa wajahnya. Dia taknak kesan airmata dia sampai dilihat Yazzer. Selepas sapu sedikit loose powder pada wajah yang sembab. dia mula mengorak langkah kedalam dengan lemah.
"Sayang dah balik?"
Yazzer terus bangun dari sofa sambut dia mesra. Zalikha yang mahu naik tak jadi berbuat demikian bila Yazzer pergi pada dia dengan wajah ceria. dia sengaja bereaksi dingin pada Yazzer kebelakangan ini. Kadang perasaan itu membuat dia rasa tambah bersalah pada Yazzer.
"You dah makan?"
Satu lagi soalan Yazzer buatkan Zalikha hanya mampu mengeleng lemah.
Terasa bahu nya dipegang buatkan Zalikha pandang pada wajah Yazzer dengan pandangan kosong. tanpa perasaan."Sayang siap-siap okay. abang bawak sayang pergi dinner"
"I penat lah you"
Cantas Zalikha agak malas sambil pura-pura picit pelipisnya. wajah Yazzer dipandang sekilas harap Yazzer faham.
"Abang minta maaf pada sayang okay kalau abang dah sakitkan hati sayang. Takpelah kalau sayang penat. abang call Jack. tadi abang dah ajak dia sekali. risau kalau dia tertunggu nanti. abang kalau sayang tak keluar. abang pun tak rasa nak keluar"
Beritahu Yazzer seraya capai telefon pintarnya. Namun Zalikha sempat tahan lengan lalu menghentikan niat suaminya. Yazzer pandang Zalikha dengan wajah berkerut. Hairan.
"Okay kita keluar kejap. tapi lepas dinner tu balik. Lagi pun dah lama betul tak makan kat luar dengan you. I pun tak larat nak masak ni"
Yazzer mengukir senyuman mendengar jawapan Zalikha.
"Macam tu sayang siap dulu lah. abang boleh tunggu"
Zalikha angguk dan balas dengan senyuman tipis. dia berlalu ke tingkat atas. Yazzer hanya perhati langkah Zalikha. dia akhirnya kembali melayan rancangan di skrin LCD sementara tunggu Zalikha bersiap-siap.
Jack mula cari tempat meja. dia pilih meja disudut tepi. Buku menu dicapai lantas diperhati nya dengan khusyuk. pelayan lelaki disebelah dia sudah siap-siap tunggu dia memilih menu.
Biarlah dia order dulu. Yazzer pun dari tadi hilang dari radar. Janji pukul 7:00 lebih. lepas maghrib. nasib dia tak datang awal. Kalau tak memang jadi pishang lah dia terconggok sendirian kat situ.
Selesai order dia keluarkan telefon pintar dari dalam poket jeans. baru nak buka contact Yazzer. mata dia dah tangkap kelibat Yazzer kelihatan di pintu hadapan dan disusuli seseorang dari belakang.
Zalikha?
Jack dah tayang muka grimacing.
"Eh noob. pahal angkut bini sekali ni. mematikan selera betul lah!"
Runggut Jack sendiri. Yazzer tak cakap pun nak bawak Zalikha sekali. ni yang dia malas ada member yang dah berkahwin ni. Nak taknak Jack akur juga bila pasangan itu kelihatan sedang mencari dia.
Jack lambai pada keduanya. Yazzer mengukir senyuman bahu Zalikha dipaut lantas menghampiri meja di tempat Jack tunggu.
"I'm sorry we're a little late Jack"
"Takpe lah bro. aku pun baru sampai SEJAM! yang lalu"
Perli Jack sambil menekan ayat sejam pada Yazzer yang tergelak. dia tunggu Zalikha bersiap dah berapa abad.
"Duduk lah. semput ah tengok korang berdiri nih"
Sambung Jack melihat keduanya masih berdiri.
"Sayang duduk dulu. abang pergi toilet kejab"
Yazzer tarik kerusi untuk Zalikha. Zalikha hanya angguk perlahan.
"Aik pulak? kat rumah toilet hilang ke?"
Mati langkah Yazzer mendengar komen Jack. dia mengukir senyuman.
"20 minit nak drive. apa-apa sempat jadi tu" sahut Yazzer tergesa-gesa.
"Pergilah. Kang terkencing sini. siapa je nak mop"
Kata Jack malas-malas. kelibat Yazzer berlalu dipandang sekilas sebelum mata dia mengamati susunan diatas meja.
"Jack?"
Panggilan Zalikha dipandang kosong. dia amati lagi susunan pingan diatas meja. Lipatan napkin dalam gelas seolah lebih menarik perhatian dia.
"Zack zikri I panggil you!"
Nada Zalikha naik seoktaf hanya di pandang geram. Zalikha pula tajam merenung wajah dia semula.
"Stop it lah! jangan nak panggil nama I. mark my words!"
Jack bangun selepas memberi amaran dengan reaksi dingin. Langkah di atur ke toilet juga kemana sahaja asalkan selamat. sesekali Yazzer sempat berselisih dengan dia.
"Aik nak pergi mana?"
Soal Yazzer pandang Jack yang kelam kabut.
"Nak muntah. masuk angin"
Jack terus berlalu. Yazzer berkerut seribu. tak faham. tadi elok kenakan dia. sekarang masuk angin pula? Kemudian dia kembali pada Zalikha yang duduk sendiri.
"Sayang dah order tak?"
Soal Yazzer lihat Zalikha cuma diam. Zalikha cuma mengeleng fikiran dia bagai sudah ditempat lain. Dia tak fokus pada suaminya. Yazzer mula panggil pelayan semula. dia perasan sikap Zalikha macam hilang mood nak makan malam. dia pun tak pasti kenapa.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...