Auni melangkah masuk selepas pintu dibuka Zalikha yang sudah masuk dahulu dipandang sekilas. Airmuka Zalikha kelihatan ketat tak seperti hari sebelum nya. Mungkin dia ada masalah peribadi. pasal Yazzer ke? Auni mengerutu sendirian. kenapa dia nak sibuk pasal mereka berdua. tu kan rumah tangga mereka. Erm..
"PAP!"
Bunyi fail yang dihempas atas meja membuatkan Auni terkejut dia hanya mampu tergamam. Airliur ditelan kesat. semacam Puan Zalikha hari ni?
"Farisha you copy semua number customer dalam resit ni masuk ke buku baru"
Arah Zalikha.
"Semua puan Zalikha?"
Soal Auni perlahan mahu memastikan dia tak salah dengar. diteliti fail tersebut. macam maklumat pelanggan dari awal tahun lepas. gulp banyaknya!
"Ye semua. dah habis nanti you pergi check kain kat belakang. I nak keluar kejap kalau ada sesiapa cari I suruh cari I esok. Jangan call I"
Arah Zalikha berlalu selepas capai semula handbag. wajahnya cukup dingin.
"Puan. Boleh tak tinggalkan kunci butik?"
Soal Auni bangun. dia tak mahu perkara semalam berulang. Bukan main takut lagi dia melihat sekumpulan lelaki berlegar-legar didepan butik sambil tenung gelagat dia kat dalam.
Zalikha mengeluh sinis. Kunci didalam tas diletak kasar diatas meja Auni. Kemudian dia terus berlalu. wajah Auni hanya berkerut seribu. sungguh dia tak faham kenapa dengan Zalikha. Dia ada buat salah ke? takkan sebab dia tak angkat call semalam. Zalikha marah pada dia. battery handphone dia habis semalam.
"Jack kau nak keluar makan ke?"
Langkah Zack zikri terhenti bila sedar Yazzer mengekori dari belakang.
"Ha.. nak keluar lah. Jomlah sekali"
"Kunci kereta aku kat dalam lah. jap nak amik"
"Aduh. Sekali lah dengan aku bazirkan minyak je nak asing-asing bagai?"
"Boleh. tapi singgah butik Zal kejap nanti. berapa kali call dia tak angkat langsung. Risau pula semalam kata tak sihat"
"La! pulak pergilah ambil kunci kereta kau"
"Bro kau ajak-ajak ayam ke tadi? ayam pun reti kempunan tau. Apa lagi aku?"
Jack tersenggih pada Yazzer yang kian tak puas hati. Dia automatik jadi seriau bila dengar nama Zalikha. takpelah dia boleh tunggu dalam kereta. Takkan dia tak dapat tolong Yazzer kot.
"Takdelah bro nama pun gurau lah gurau. Jom"
"Gurau dengan tak gurau takde beza aku tengok?"
"Eh rileks lah. lapar makan nasi tau jangan makan aku haha"
Gurau Jack tepuk belakang Yazzer seraya mengajak berlalu. Yazzer hanya mampu tersenggih. Akhirnya nya dia mengukir senyuman dan mengikuti sahaja langkah Jack. macam-macam pula Jack ni.
Auni baru sahaja kunci pintu butik untuk keluar mencari alas perut. Bungkus nasi kerabu ke. ke khamis ke jumaat ke. Apa sahaja asal boleh alaskan perut. Dia yang mahu mengorak langkah mula terhenti langkah nya.
Matanya ralit perhati kereta yang berhenti depan dia. baru nak keluar. takkan customer kot. Pandangan dia membeku bila melihat lelaki yang baru keluar dari kereta Ya-allah rasa nak patah balik pun ada. Namun Auni rasa tubuh dipakukan disitu.
Langkah Yazzer yang pantas mula perlahan. Gadis yang berdiri depan butik Zalikha mengundang keresahan. tak mungkin lah dia lupa dan salah orang. Binggung pula dia melihat gadis itu mengengam kunci butik Zalikha. Dia mula rasa tak sedap hati dah. macam-macam persoalan terbit dalam fikiran nya. Lama mereka berpandangan. Auni hanya pamer riak gementar.
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...