Part✓41

4.5K 121 2
                                    

Yazzer menguak pintu. Telefon pintar di periksa. WhatsApp pada Jack langsung tidak dapat balasan. Bluetick memanjang sejak dari pagi tadi.

"Abang baru balik?"

Tegur Zalikha baru keluar dari bilik air.
Tangan nya sibuk mengelap rambut yang basah. Lalu langkah dibawa kemeja solek.

"Ye. Lewat sikit Abang ada kes kecemasan tadi. Abang terpaksa naik grab ambik kereta"

Yazzer mencapai tuala mandi. Zalikha hanya mengerling langkah suami dia yang mahu ke bilik mandi.

"Abang. Jack ada contact abang?"

Langkah Yazzer terhenti dengar soalan Zalikha dipandang nya Zalikha dengan wajah yang sedikit berkerut.

"Kenapa Zal tanya?"

Zalikha teragak-agak. Wajah dia tampak gementar. Cuak juga hati dah setiap kali nampak Yazzer dia ajukan soalan yang sama. Agaknya Yazzer pun dah syak sesuatu.

"Takde lah. Sebab Zal risau kat Farisha. dia pun langsung tak reply text Zal"

"Adalah benda yang mereka kena uruskan. Kita tak payah lah masuk campur"

Yazzer berlalu kebilik air. Zalikha hanya mampu mengeluh berat. Kenapa lah susah sangat Farisha nak balas satu mesej dia. Bukan main runsing lagi dia dari pagi tadi. Takkan lah mereka berdua dah buat keputusan untuk bernikah pula selepas tangkapan tu. Tak masuk akal lah. Jack sudi pula dengan pekerja dia cantik pun taklah sangat. Berpelajaran pun tidak dan dia yang dah cukup sempurna pun Jack tolak mentah-mentah.

Zalikha meraup wajah.
Rasa kesal mula bercambah dalam hati. Kalau bukan dia terlalu terburu-buru merancang sesuatu semua tu tak akan berlaku sampai ke tahap ini.

Dan daripada dia biarkan Farisha berkahwin dengan Jack. Dia lagi rela Farisha berkahwin sahaja dengan pilihan keluarga Farisha daripada dengan Jack.

Lagi senang rancangan dia. Lagipun Yazzer terang-terang takda perasaan pada Farisha. Mungkin dia patut cari seseorang yang Yazzer berkenan. Tapi dia sudah pening kepala mencari solusi untuk masalah yang dia sendiri cari.
Huh stupid! marah Zalikha bila kenangkan balik kesilapan dia dah Jack pula yang tertangkap khalwat dan bukan nya Yazzer.




Zack Zikri melangkah perlahan. Nasib sahaja dia ada bawa pakaian lebih. Jam di dinding sudah mencapai angka 10.48 malam. Tombol bilik Auni dipegang lama. Rasa makin berat hatinya mahu memutar tombol pintu tersebut.

"Zack kenapa tak tidur lagi?"

Suara Hajjah Kamisah menegur dia dari belakang membuatkan Jack tersentak namun masih cuba untuk bertenang.

"Err..bu.."

Jack mengaru kepalanya dan cuba berlagak rileks. Jangan nampak gelojoh. Badri dah pesan. Apa salah nya pratik kan dulu tips dari Abang yang lebih berpegalaman.

"Kenapa tak masuk rehat?"

Soal Hajjah Kamisah memandang menantu nya yang masih tercegat didepan pintu bilik Auni.

"Nak masuk lah ni bu. Ibu pun tak tidur lagi"

Soal Jack membuatkan Hajjah Kamisah mengukir senyuman nipis.

"Ibu nak tidur lah ni. Ibu masuk dulu. Kamu pun tidurlah. Esok boleh bangun solat sama-sama. Subuh nanti kalau abah minta kamu imamkan solat kamu dah sedia tak?"

Jack terkelu seketika.

"Inshallah boleh bu"

Hajjah Kamisah mengukir senyuman. Bukan mahu membuatkan menantu dia cuak. Tapi dia nak menantu dia bersedia dengan apa saja kemungkinan yang dia akan hadapi subuh nanti.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now