Yazzer hanya berdiri memerhati Zack Zikri yang tunduk menyembam wajah di atas meja di balai. Dari tadi dia berkeadaan begitu bercakap apa-apa pun tidak. Dia menekur atas meja disebelah gadis yang tunduk wajah kebawah juga.
Gadis tu juga sama masih diam tak berkata-apa hanya airmata yang mengalir di pipi. Yazzer hampiri Zack Zikri. Dia patut pujuk sebab kalau bukan sebab dia yang minta tolong Jack semua ini tak akan berlaku.
"Bro sorry bro. aku nak bercakap dengan kau kejab"
Yazzer menyentuh bahu Jack yang agak lama tak memberi respon.
Jack mengangkat wajah. kalau mengenangkan bukan kawan dah lama dia lepaskan kemarahan pada Yazzer. tumbuk sekali pun jadi lah. Apa yang dia nak buat kalau sampai dia dikenakan kesalahan tatatertib sampaikan dibuang kerja. Yazzer tak fikir ke!
"Aku nak cakap sekejap bro"
Pinta Yazzer. Jack hanya bangun mengikuti Yazzer. matanya sempat menjeling kosong gadis itu yang tertunduk menghadap lantai. Memang lah dia niat nak kahwin dengan Auni. tapi bukan cara begini.
Mereka berdiri di satu sudut. Jack hanya tunduk bersandar ditepi dinding. wajah nya masih malu mahu diangkat. dia pegawai badan beruniform patut bagi contoh yang baik pada masyarakat. Sekarang tengok lah apa yang dah berlaku.
"Sorry bro. aku tak tau benda macam ni akan berlaku"
Yazzer sentuh bahu Jack lagi. namun Jack menepis kasar. bukan niat dia mahu melepaskan kemarahan pada Yazzer. tapi hati dia dah kacau bilau bila dibawa kebalai.
"Bro kau minta maaf sekali pun. Aku dah kat sini bro. Aku boleh didakwa atas akta enakmen jenayah syariah membawa denda maksimum rm3000 dan penjara dua tahun. Yang lagi haru aku boleh kena buang kerja bro. Apa aku nak jawap kat family aku bro?"
Yazzer diam dia tahu Zack Zikri memang akan berdepan tindakan tatatertib kerana melanggar disiplin sebagai pegawai awam.
"Aku punca kau kat sini. kalau aku tak suruh kau pergi sana. mungkin aku yang ditempat kau sekarang bro. Aku kan cuba buat surat rayuan pada ketua jabatan. aku tak nak kau kena buang kerja bro. kau bukan setakat kawan aku. kau aku dah anggap macam keluarga aku. aku takkan biar kau susah bro"
Ujar Yazzer jujur. dia pandang Jack yang masih lesu menatap lantai.
"Aku tak tau bro. kalau aku kena buang kerja. apa yang aku nak buat? lagi perempuan tu apa aku nak jawap kat mak bapak dia?"
Zack Zikri kematian kata-kata nya bila pandang sekilas gadis itu yang masih duduk dihujung sana.
"Ni semua musibat la"
Jack mengeluh berat sambil meraup wajah nya. agaknya kalau dia tak pergi kesitu gadis tu akan ditangkap khalwat dengan Yazzer kan. dan niat dia mahu masuk meminang anak Haji Saini pasti akan terbatal. Allah dah rancang sesuatu untuk mereka. tapi dengan cara begitu dia tak boleh terima. Dia malu!
"Semua ni memang tak okay bro. aku dah ikat jamin korang. denda semua nanti aku cuba tolong settle kan"
"Aku dah buntu bro. diaorang jumpa alat pelindung tu dalam bilik dia. aku bangun je aku dah kat sofa. ada orang bagi salam. Aku yang tengah mamai masa tu terus bukak je pintu. tengok ada jais datang. aku taktau perempuan tu ada dalam bilik tengah tidur mati"
Cerita Jack panjang lebar. dia rasa benda tu berlaku pantas sangat. Dia taktau kenapa dia kena pukul sampai pengsan. dan bila bangun dia dah berduaan dengan Auni dalam rumah sewa tersebut. Yazzer mengangguk kecil.
"Mungkin orang kat situ yang buat report sebab syak kau buat sesuatu dengan dia. Erm.. kau- kau memang tak buat apa-apa kan dengan dia?"
Soal Yazzer berkerut. wajah dia campur curiga pandang Jack yang mundar-mandir.
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...