Part✓30

4K 97 1
                                    

"Aku tak tau kemana lah Zalikha pergi petang semalam. Aku call dia tak angkat. Aku cari dia kat butik Farisha kata dia dah balik awal"

Jack terkelu menutup lokar milik nya. Dia lihat Yazzer muram. Sahaja lah dia bertanya tak sangka itu pula jawapan dia. Petang semalam kan Zalikha. Ha iye iye je otak nya malas nak pening benda dah jelas Zalikha pergi kerumah sewa cari dia petang semalam.

Jack melabuhkan punggung didepan Yazzer. Satu keluhan yang benar-benar berat di lepaskan. Air botol mineral diteguk sedikit.

"Kau apehal pulak ni mengeluh sakan?"

Soal Yazzer memandang Jack yang termanggut-manggut.

"Takdelah. Aku tengok rumit betul kehidupan orang yang dah berumah tangga ni"

Ulas Jack. Yazzer tersenggih seketika. Betul lah kata Jack. Tapi rumah tangga tu tak rumit yang rumit nya perempuan. Teringat dia semalam ketika dia bertanya Zalikha kemana.

isteri nya sibuk pula mahu buka topik apa pandangan dia pada Farisha. Ah Farisha lagi. Naik seram dia bila di ajukkan nama Farisha. Farisha sendiri takde pun beria-ria sangat. Dia pun perasaan Farisha dah macam tak kisah pasal dia. Tapi Zalikha tak habis-habis puji Farisha depan dia. siap nak satukan dia dengan Farisha.

"Kau tahu Jack. Dia nak aku kahwin dengan pekerja dia tu. Sebab dia nak aku dengan perempuan tu ada anak sendiri. Aku tak tau apa masalah dia. Aku tengok Farisha sendiri dah move on pun"

Yazzer tersenyum kelat. Jack diam termanggu matanya pandang wajah Yazzer yang bagai dipaksa mahu menceriakan situasi.

"Kenapa dia nak buat macam tu. Kau dengan dia sihat je kan. Maaf aku cakap. dua-dua tak de masalah kesuburan kan?"

Soal Jack berkerut. Ye lah dia tak faham. Zalikha bukan main sedap mulut lagi kata nak hidup dengan dia nak ada anak dengan dia konon. takkan mandul kot? Atau jangan-jangan Arh haram jadah kalau apa yang Zalikha rancang tu ada kena mengena dengan dia pula.

"Dulu kami ada buat ujian. Dua-dua takde masalah. Tapi baru-baru ni dia ada tunjuk pada aku pasal laporan dia tak boleh mengandung dalam tu disebabkan secondary dysmenorrhea yang dia selalu kena masa period"

"Yeke kalau secondary dysmenorrhea kronik tu. Tak silap aku bukan dia boleh sebabkan pelvic inflammatory ke. Kau tak perasaan ke kalau dengan dia ada bau apa-apa ke kepam. Busuk ke?"

Soal Jack tersenggih. Yazzer mengerut dahi. Dia rasa Jack ni macam mencarut.

"Apa bende kau ni?"

"Yelah kalau dia kena tu memang boleh kuarkan bau tak enak semua tu. Besar kemungkinan boleh sebabkan masalah kesuburan. Tapi masih boleh dirawat. Pergi je kat klinik sakit puan buat ujian scan pelvis"

"Biase je. Lagi pun dia dingin lah atas ranjang"

"Adui pulak? Baik jangan cerita lah benda tu. hal ni peribadi sangat"

Cantas Jack pantas. Yazzer mengeluh panjang. Zalikha kalau bab anak macam ni memang susah nak sentuh cepat sensitive. Jangan kata nak ajak berubat.

"Jom lah balik"

Ajak Jack mula tepuk bahu Yazzer yang masih termenung. Dia taknak lah Yazzer terlalu banyak berfikir namun jauh sedalam dalam lubuk hati dia dah rasa berdosa pula pada Yazzer.

Sebab tak sanggup nak berterus terang tentang perkara sebenarnya. Selagi dia tak melayan perangai bebal Zalikha. Semua nya boleh dikawal. Itu lah pendirian dia. ibarat menarik rambut didalam tepung. rambut tak putus. Tepung tak berselerak.

Atau pun peribahasa tu boleh bertukar jadi. Bila terhantuk baru nak terngadah.
Jack mengeluh berat. Otak dia pun sendiri pun dah lagging nak proses perangai Zalikha yang tak masuk akal.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now