Part✓27

3.1K 95 0
                                    

Auni sempat ucap terima kasih pada Pakcik kedai dobi sebelah kedai mereka sebab dah susah-susah bantu dia bawa Zalikha ke hospital. Matanya sahaja yang sempat menghantar langkah lelaki yang hampir baya-baya abah dia. Kalau dia seorang memang tak dapat nak bawa Zalikha pergi hospital.

Punggung dilabuhkan atas kerusi depan bilik Zalikha. Nasib lah Zalikha tak apa-apa cuma menurut Doktor wanita itu penat dan terlalu deepress. Auni menatap jam sudah agak lama dia berada disitu. Agaknya Zalikha masih lena tertidur didalam.

"Farisha"

Auni tersentak seketika mendengar suara sayup-sayup panggil nama dia.

"Puan Zalikha?"
Kelam kabut Auni bangun bila pasti suara itu milik Zalikha. Pantas tangan nya menolak daun pintu bilik yang menempatkan Zalikha.

Zalikha yang cuba bangun pantas dihampiri. Dia bantu Zalikha untuk duduk dengan lebih selesa.

"Thanks Farisha"

Ucap Zalikha lembut. Auni hanya mampu sambut dengan senyuman nipis.

"Takpe Puan Zalikha rehat lah. Doktor kata puan penat sangat"

Beritahu Auni perlahan. Zalikha ukir senyuman. Namun senyuman tak lama. Ada perkara yang terlintas difikiran dia. Wajah dia bertukar risau.

"Farisha you ada bawak handphone I tak?
I letak atas meja kerja I tadi"

Soal Zalikha pandang sekitar meja disebelah kemudian pada gadis depan dia semula bila tak nampak barang yang dia cari.

Auni kelihatan binggung sekejap lepas tu ikut cari juga di sekeliling handbag Zalikha yang dia sempat gapai.

"Astagfirullahaladzim saya lupa lah Puan. Sebab saya panik sangat tadi. saya sempat capai handbag Puan Zal je"

Auni rasa bersalah pandang Zalikha. Kenapa dia cuai sangat? Handphone tu benda penting pada wanita tu. Kenapalah boleh tertinggal. Zalikha yang mula mengukir senyuman. Takpe lah dia faham Auni ni jenis cepat gelabah.

"So handphone you ada bawa tak?"

Soal Zalikha lagi buatkan Auni angkat kening. Namun dia periksa juga kedua belah poket jeansnya. Akhirnya dia ukir senyuman bila jumpa telefon pintar yang ada di poket belakang,

"Ada"

Jawap Auni sepatah sambil tunjuk pada Zalikha yang mula angguk-angguk sambil tergelak kecil.

"Boleh I pinjam kejap nak call hubby. I risau kalau dia cari I"

Berubah wajah Auni dengar permintaan Zalikha. Senyuman yang baru terlakar tadi bertukar kelat. Entah apa lagi yang Yazzer akan fikir nanti. Dia bukan jenis yang kebal telinga pun nak hadam semua kata-kata kasar. Memang lah dia orang melaka. Kahau orang label tapi kalau berkaitan hati dia tak kebal.

"Boleh tak pinjam. I nak call kejap je. Nanti I ganti balik prepaid you"

"Eh bukan pasal kredit puan Zal. Saya tak kisah pun. Takpe puan guna lah dulu. Takpayah ganti prepaid pun takpe"

Auni hulurkan juga pada Zalikha telefon pintar miliknya. Nanti Zalikha ingat dia kedekut nak mati pula sampai berkira sangat. Walhal dia risau kejadian semalam berulang. Dia malu kena marah macam tu.

"Thanks a lot Farisha"

Kata Zalikha sekali lagi pamer riak ceria. Auni hanya angguk dia keluar beri laluan pada Zalikha untuk membuatkan panggilan. Rasanya dia nak beredar dahulu sebelum Yazzer sampai jemput Zalikha. Dia boleh ambil grab sekitar situ.

Setelah Zalikha panggil dia semula baru Auni masuk. Dia pun mahu pamit untuk beransur balik.

"Saya nak balik dulu Puan Zal. kunci kereta puan dengan butik saya letak atas ni"

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now