Part✓52

5.5K 147 8
                                    

"Apa kau buat sini Jack?"

Soal Yazzer berkerut kehairanan memandang Zack Zikri yang sudah merenung dia dan Auni agak lama.

"Yang kau tu buat apa kat sini Yaz?"

Soal Jack enggan menjawap soalan Yazzer. Sebaliknya bagi soalan kembali pada Syed Yazzer. Nada Jack agak dingin. Dia risau kalau Yazzer dekat-dekat dengan Auni. Banyak lah benda yang buat dia risau. Kau jangan Yazzer bini aku tu bisik nya resah dalam hati.

"Aku nak ajak dia ni pergi minum. Marilah sekali"

Kata Yazzer selamba tunjuk pada Auni yang mematung. Jack dah pandang Auni lagi. Ni lah kesempatan yang sesuai dia nak berterus terang dengan Yazzer. Jack bagi isyarat pada Auni ikut sahaja. Auni dah faham dia angguk ketika Yazzer tak perasan.

"Okay. dekat-dekat sini je"

Cadang Jack dia takkan lah nak biar isteri dia minum berdua dengan Yazzer. Memang tak lah. Yazzer ni pun satu dah beralih perasaan pada Auni ke sebab kecewa sangat dengan Zalikha.

Yazzer agak-agak lah bini aku tu. Jack dah jadi cuak kalau Yazzer nak try isteri dia pula. Siapa je yang tak sayang isteri. Jack sempat bermonolog dalam hati tatkala pandang keduanya yang beriringan.

Mereka melangkah kedalam sebuah restaurant junk food yang berdekatan sahaja. Meja tengah jadi pilihan mereka.

"Cik Farisha taknak order makan ke?"

Soal Yazzer pada Auni yang duduk diam sahaja depan dia dan Jack. Auni pandang Jack sekilas dan terus mengeleng perlahan. Setiap kali Yazzer bersuara dia jadi serba salah. Takut kalau dia guriskan hati suami dia Zack Zikri.

"Kau tanya dia je. Kau tak tanya aku pun?"

Jack cuba mencelah dia tahu Auni mula tak selesa bila Yazzer tiba-tiba bersikap mesra. Dia tahu Yazzer sekarang memang dah ber ura-ura nak mendekati Auni. tengok dari cara Yazzer dia dah tahu. Bukan dia baru kenal Yazzer.

"Kau orderlah kalau nak makan. Sejak bila abang Jack jadik malu-malu?"

Gurau Yazzer. Jack ukir senyuman nipis. inilah masa yang sesuai dia nak berterus terang dengan Yazzer dia tak nak rasa dibebani bila terus menyembunyikan status dia dengan Auni Farisha daripada Yazzer.

"Ermm..Bro aku ada benda nak cakap ni"

Jack dah atur strategi mahu berterus terang. Tatkala nafas di hela panjang. Yazzer kelihatan tiba-tiba melambai seseorang yang datang dari arah belakang dia. Jack dah berkerut binggung dan terus laju menoleh ke belakang.

"Hai Syed hai Jack. tak sangka jumpa kat sini!"

Tersentak Jack bila dia pandang seorang gadis yang datang menghampiri meja mereka. Dia dah jadi mati kutu. Jack tak jadi nak teruskan niat buat pengakuan pada Yazzer pada waktu tu.

"Hai Nora!"

Yazzer sambut mesra kehadiran gadis itu. Gadis genit satu Uitm dengan mereka dulu dan bekas pakwe dia Zack Zikri yang macam tak senang duduk bila Nora duduk depan dia. Yazzer dah mula gelak kan Jack. Jack telan air liur lagi. wajah Auni sahaja dia berani pandang. Lagi hawau Yazzer sempat jemput Nora duduk bersama mereka pula. Jack dah lah gelabah. Yazzer macam saja pula panggil Nora.

"Kau nak cakap apa tadi bro?"

Soal Yazzer pandang Zack Zikri semula. Rasanya Jack nak bagitahu sesuatu pada dia sebelum Nora datang tadi.

"Er- takdelah"

Jawap Jack tak menentu bila mata mereka berpusat pada dia dalam waktu serentak.
Auni hanya pandang Jack dengan wajah tenang. Dia tak rasa waktu tu sesuai memandang kan kawan universiti Syed Yazzer dan Jack pun ada disitu.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now