Part✓39

4.4K 114 15
                                    

             Beautiful cover by bunnyaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             Beautiful cover by bunnyaf







Zalikha memandang kosong whatsApp Auni yang mengatakan dia akan bercuti dahulu selama dua minggu.
Zalikha memeluk tubuh sendiri. akhirnya dia mendenggus kasar. Lain yang dia mahu. Lain pula yang berlaku. Yazzer pun agak dingin dengan dia. seolah dah syak dia adalah dalang semua ini. tapi itu lah kenyataannya. Zalikha mengigit bibir. dia dengar perbualan Yazzer dan Jack subuh tadi. Jack dah digantung kerja serta merta separuh gaji dan semua kemudahan elaun turut di tahan.

Bukan dia mahu menyusahkan Zack Zikri. dia yakin sangat rancangan dia berjaya malam itu. tapi dia lupa yang dua sahabat itu terlalu akrab. apa sahaja Jack sudi lakukan untuk Yazzer. Zalikha mengeluh berat sambil pelipis nya di picit lagi. Pening kepala mahu berfikir tentang apa yang telah berlaku. tapi perasaan pada Zack Zikri makin mendalam apa lagi. jika sampai Jack terpaksa bernikah dengan Farisha. Dia tak sanggup nak bayangkan.
dia masih sayangkan Zack zikri.





Zack Zikri memandu kereta dia ditemani tuan Hasbullah. Perjalanan ke melaka cukup buatkan hati dia runsing. Dia satu kereta dengan papa nya dan
manakala alang Badri. mama nya dan Auni satu kereta. selepas sesi kaunseling dipejabat agama tadi mereka ambil keputusan untuk terus ke melaka. Uruskan apa yang patut dengan keluarga Auni.

Auni pun mendiamkan diri sahaja bila berdepan dengan dia. langsung tidak bercakap kecuali dengan mama nya. dari cara gadis itu sahaja dia dah tahu. gadis tu benci pada dia.


"Angah dah bersedia nak terima apa saja kemungkinan?"

Soal tuan Hasbullah melihat wajah anak lelaki nya yang tidak bermaya sejak tadi.

"Nak buat macam mana pa. Lawyer pun dah sarankan kami mengaku bersalah. pastu buat rayuan. lagipun bukti semua tak ada angah di sabotaj CCTV semua tak berfungsi sehari sebelum kejadian tu angah takde peluang nak bela diri"

"Sebab apa bukti yang kukuh angah. diaorang ada jumpa tu dalam bilik budak Auni tu. Angah tak boleh elak sebab bukti tu saja"

"Kami takde guna pun kondom tu pa. lagipun kami tak buat lah benda terkutuk tu"

Kata Jack cuba membela diri. tuan Hasbullah tersenyum nipis.
Ya. dia percaya. tapi semua tu tak dapat di elak kan untuk berlaku.

"Angah tau hadis Riwayat Muslim 1341?"

Jack mengangguk laju.

"Maksud nya tak boleh berduaan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Sebab nya Angah boleh rujuk hadis Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/109),Hikmah daripada larangan ini adalah. Supaya perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina atau mukadimah zina permulaan dapat dielakkan. Ini kerana. perbuatan khalwat berdua-duan itu sendiri merupakan suatu ruang yang besar untuk dimasuki oleh syaitan dalam usaha merosakkan anak Adam serta menimbulkan fitnah yang besar pada diri mereka"

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now