Part✓57

8.2K 169 11
                                    

"Zalikha!!!"

Seraya panggilan keras itu memanggil nama Zalikha. Zalikha rasa tubuh nya di serbu dari belakang. Tangan dia laju ditahan dari menikam kepala gadis didepan. zalikha terpinga-pinga. Lelaki itu pegang tangan dia. Mereka bergelut dan gunting itu tercampak jauh dibawah almari. Zalikha berkeras mahu ambil semula gunting itu. Namun lelaki itu pegang bahu dia kasar dan satu tamparan kuat hinggap dipipi dia. Zalikha jatuh menyembah lantai dengan kuat.

"Kau dah gila Zalikha!! Kenapa kau nak cederakan isteri aku?"

Jerkah Jack dengan wajah yang marah campur kecewa. Dia tak sangka hati nya jadi tak tenang bila Arifin WhatsApp dia kata Ibu rindukan Auni. Terus dia bergegas kesitu bila panggilan dia langsung tak dijawap isteri dia.

"Kalau kau benci aku kau bunuh aku!! jangan sentuh isteri aku!"

Jack pandang Zalikha yang masih tunduk. Dia tak mampu angkat wajah yang sudah basah dengan airmata. Tamparan kuat Zack Zikri benar-benar bangun kan dia dari perasaan marah yang menguasai. Pinggir bibirnya terasa pedih. Dia sudah hilang akal bila berdepan dengan perihal melibatkan lelaki itu.

Auni angkat wajah nya. Dia pandang Jack yang berdiri depan Zalikha yang sudah terduduk tak berdaya di atas lantai. Wajah Zalikha tak kelihatan kerana rambut terurai menutupi. Namun jelas dia sedang teresak-esak menanggis. Auni hanya diam dia masih trauma dengan kejadian tadi kalau lah Jack tak datang tepat pada masanya mungkin dia dah tak bernyawa atau sedang cedera terkena tikaman Zalikha.

"Aku dah cukup sabar dengan kau Zalikha! Kau kacau aku. Kau sebabkan aku kena tangkap khalwat dan kena gantung kerja. Lepas tu kau nak tikam isteri aku! Apa lagi yang kau nak sebenarnya Zalikha!!!"

Bentak Jack cukup kecewa dia dah terlalu bosan dengan permainan Zalikha yang melampaui batas waras seorang yang normal.

"Aku sayang kau Jack. Aku sayang kau"

Teresak-esak Zalikha mahu pegang kaki Jack. Namun Jack enggan pandang wajah Zalikha lagi. Dia dah terlalu sakit dengan perbuatan Zalikha.

"Kau tanya diri kau Zalikha. Kalau kau sayang aku. Kau takkan kawin dengan orang lain sebab tak sanggup tunggu aku kursus tiga bulan dan yang tak boleh belah. Kau dah tahu aku dan Yazzer berkawan rapat kenapa kau nak berada di tengah-tengah persahabatan kami? Kau janjikan setia pada aku. Kau janjikan sayang pada Yazzer. Kau ingat aku tak tahu? Kau tamak Zalikha satu pun tak cukup pada kau. Kau kata aku ni playboy? Kau sedar tak kau lebih teruk dari perangai aku. Sebab kau dah tau kau isteri Yazzer. Kenapa kau masih nak bermain dengan hati aku?"

Luah Jack pandang Zalikha yang makin teresak-esak. Dia tak mampu menafikan bila kata-kata Jack itu adalah kenyataan nya. Tujuh tahun yang lalu dia bercinta diam-diam dengan Zack Zikri dan dalam waktu yang sama dia layan Yazzer lebih dari seorang kawan. Sebab dia rasa dua lelaki itu adalah cabaran untuk dia.
Bila sunyi tiada Jack dia cari Yazzer. Bila Yazzer tiada dia pergi pada Jack pula. Airmata Zalikha mengalir laju mengenangkan kesilapan lama dia.

"Aku minta maaf Jack. Tapi cinta sebenar aku cuma kau!"

Jack tersenyum sinis dengar pengakuan Zalikha pada dia.

"Kalau kau kawin dengan aku. Mesti cinta sebenar kau pada Yazzer sekarang kan?Sebab kau tak hargai apa yang ada dengan kau. Kau nak kejar sesuatu yang kau rasa kau boleh cabar diri kau. Dan tunjuk diri kau pada semua yang kau hebat. Itu yang kau cuba nak buktikan dalam hidup kau kan!"

Zalikha tertunduk lagi. Kata-kata Jack menikam hati disudut yang paling dalam.

"Kalau kau ada rasa lagi nak berubah Zalikha. Buang perasaan kau pada aku. Tolong hargai suami kau Syed Yazzer!
aku tak report kau sebab kau isteri kawan aku. Kalau kau masih nak buat benda macam ni. Aku bakal dakwa kau dengan dua pertuduhan. Cuba sabotaj kerja aku dan cubaan membunuh isteri aku. Kau pilih lah Zalikha sementara Allah tutup aib kau depan suami kau. Kau masih sempat minta ampun dari dia. Bahagiakan dia yang dah susah payah untuk kau. Kau ingat dia kawin dengan kau senang ke Zalikha? Dia sanggup buat banyak kerja sebab nak cukupkan hantaran yang keluarga kau minta. Dia sanggup berlapar sebab nak puaskan hati keluarga kau. Kalau kau rasa aku sanggup buat macam tu untuk kau. Kau silap Zalikha. Isteri aku tak dapat hantaran beribu-ribu pun masa kami nikah. Cincin yang dia pakai pun aku tak beli Zal. Mama yang bagi cincin pada isteri aku. Kau ingat jadi isteri aku ni senang Zalikha? Duduk rumah sewa dengan aku yang tak berkerja. Aku tak pernah pun belanja Auni makan restaurant mahal nacam Yazzer selalu buat untuk kau. Kau nak apa lagi Zalikha cuba kau cakap apa yang kau kejar dalam dunia ni sedangkan Azab neraka sedang mengejar kau di akhirat nanti"

Zalikha tersedu-sedu menahan airmata nya. Bibirnya yang mengeletar ditekup kuat. Dalam kepalanya kembali terbayang saat Yazzer lafazkan nikah pada dia. Wajah lelaki itu sangat bahagia cincin yang lelaki sarung pada jari nya hampir berbelas ribu. Semata untuk dia takut dia malu dengan keluarganya yang semua dari golongan berada. Syed Yazzer lakukan banyak pengorbanan untuk dia. Tapi selama ini dia buta. Buta dengan sikap egonya. Buta dengan jiwa yang tidak tahu menghargai dia rasa berdosa pada Yazzer.

Zalikha menekup wajah. Dia menanggis semahunya. Jack hanya diam bila dah selesai sekolahkan Zalikha.

Dia pandang pada Auni yang memeluk lutut sendiri di tepi rak. Dahi dia cedera dan berdarah membuatkan Jack kelam kabut pergi pada isteri dia.

"Sayang! Awak okay?"

Terus nada nya bertukar risau. heish Zalikha ni berani betul buat isteri dia nacam tu. Nasib dia masih pandang pada airmuka Yazzer. Kalau tak dah lama dia buat report dan sumbat Zalikha makan kangkung nasi jawa dalam lokap.

Auni mengeleng perlahan. Kepalanya masih pening sebenarnya. Dia memang tak okay. Darah dah banyak kepala. Nak okay apa?

"Maaf sayang Abang dah buat sayang susah. Lepas ni abang belanja sayang makan kat hotel nak?"

Auni pandang Zack Zikri yang pegang tangan dia. Apa lah time ni pulak nak ajak makan dekat hotel. Dia terus pukul bahu suami dia yang agak lalok.

"Kepala saya sakit tau! Bawak lah saya pergi klinik dulu"

Kata Auni geram. Jack dah tersenggih sebab dah tersilap skrip.

"Hospital lah hospital. klinik saya tak mampu ni. Saya kan penganggur"

Gurau Jack terus pimpin tangan Auni dan bantu isterinya bangun. Mereka mahu melangkah keluar.

Auni pandang Zalikha yang tak bangun lagi. Masih bertekur ditempat yang sama lalu dia sentuh lengan Jack. Dia nak bercakap dengan Zalikha. Namun Jack ma am tak setuju. Namun Auni tetap bagi isyarat yang dia yakin Zalikha takkan cederakan dia lagi. Dia nampak Zalikha dah cukup menyesal dengan perbuatan dia. Akhirnya Jack akur dia ambil langkah bersiap sedia kalau Zalikha berkasar lagi dengan isteri dia.

"Zalikha"

Auni sentuh bahu Zalikha. Zalikha terus pandang dia dengan airmata yang masih bercucuran dipipi. Nampak penyesalan diwajahnya.

"Zal saya ingat awak kata yang awak anggap saya ni macam adik awak dan sekarang saya masih anggap awak kakak saya. Saya tahu awak taknak buat semua ni. Saya tahu awak deppress Zal. Saya tahu sebab doktor pernah cakap pada saya masa Awak pengsan. Bagi diri awak ruang Zal, Saya yakin awak boleh jadi isteri yang terbaik pada Yazzer. Dia pun lelaki yang sangat baik pada awak. Awak tahu tak saya kagum sangat pada Yazzer. Sebab dia setia sangat pada awak. Tak dinafikan dulu saya cemburu tengok bila awak dapat lelaki yang macam Yazzer. Sampai saya pernah rasa nak ambil dia dari awak. Tapi saya tahu perasaan tu cuma sebahagian dari rasa kagum dan bukan nya cinta saya pada dia dan awak tolong lah jaga cinta dia pada awak Zalikha. Dia ibarat satu lelaki dalam seribu yang setia walaupun dalam konflik rumah tangga dia dan awak. Hargai lah dia Zalikha"

Kata Auni lepastu bangun.

"Terima kasih.."

Ucap Zalikha hampir tenggelam suara dia dengan tanggisan. Auni ukir senyuman dan pergi pada Zack Zikri yang tunggu dia dengan wajah yang berkerut.

"Betul awak ada terfikir nak ambil Yazzer dari Zalikha?"

Tanya Jack dengan wajah tak puas hati. Auni tergelak kecil.

"Saya tipu sunatlah. Mana saya sudi jadi isteri kedua"

Bisik Auni cepat-cepat paut tangan Jack dan keluar. Jangan nak cemburu sudah lah. Jack bawa dia ke klinik juga sebab nak amik ubat dan cuci luka. Dia saja kata tak mampu sebab takut spoiled tarbiyyah dia pada Zalikha tadi. Ingat pasal makan kat hotel tak spoiled ke? Auni hanya ukir senyuman. Mujur lah Zack Zikri abang penyelamat dia sampai tepat pada waktu nya.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now