Part✓33

3.3K 96 0
                                    

Mata nya ralit memerhati siling di atas bagai mencerna sesuatu didalam pemikiran nya. dalam beberapa minit berkeadaan begitu. dia mula capai telefon pintar nya. Jack tekan skrin handphone dalam keadaan yang cukup teragak-agak.

"Hello Assalamualaikum mama"

"Waalaikumusalam ye angah? angah sihat? lama tak singgah rumah sejak pindah rumah sewa. Angah sibuk sangat ke?"

"Alhamdullilah mama angah sihat. Mama dan semua sihat? angah sibuk lah. tapi ada je angah chat dalam group family. mama tak aktif pun"

"Alhamdulilah sihat. mama malas lah menyampuk kamu adik beradik sembang petir guruh tu. Nanti sabtu ni balik makan sini tau. along. alang. andak semua ada kat rumah weekend nanti"

"Inshallah mama. tapi mama angah call ni. sebab ada benda nak bincang"

"Haaa ada apa tu angah. cakap jelah mama free je ni"

"Dulu kita ada turun melaka kan pergi rumah pak Haji Saini tu?"

"Haah ye lah. kenapa pulak angah tanya?"

"Boleh tak mama ajak andak ke alang Badri turun melaka lepas jumaat ni? bagi tau dulu kat pak Haji Saini sebab nak datang"

"Sebab apa angah?"

"Pinangkan anak gadis Haji Saini sekali lagi boleh kan ma?"

Lama talian sunyi. hanya kedengaran omelan kecil mama dia.

"Kamu merepek ke angah? Along kamu tu dah rujuk dengan Anita. mereka pun dalam proses nak dapatkan zuriat. Nak pinangkan anak Pak Haji Saini lagi? kamu dah gila ke! Kamu tau tak pasal along dulu tolak anak gadis dia pun mama dan papa dah cukup malu. Nasib Haji Saini boleh terima. kalau tak memang putus silaturahim seumur hidup" bebel puan Khaleeda buat wajah Jack berkerut.

"Maksud angah bukan untuk along ma"

"Habis?"

Soalan mama dia buatkan Zack Zikri terdiam seketika. Berat pula bibir mahu menutur bicara. memang masak dia jadi bahan dalam group whatsApp family Paklah sebentar lagi.




Zalikha naik ketingkat empat langkah di atur kemas sebelah tangan menjijit sedikit lauk untuk seseorang. dia terus ketuk pintu perlahan. Agak lama dia berdiri menunggu respon dari dalam. pintu dikuak. wajah Auni terpacul kelihatan tak bermaya. Benar-benar pucat.

"You okay ke?"

Auni angguk lemah lalu Zalikha dijemput masuk.

"I ada beli lauk tadi. sup ayam herba and nasi ayam paprik. You makan nanti"

Kata Zalikha. Auni angguk sahaja. badan masih terasa seram sejuk. Bila dah jarang sakit. Kalau dah sakit memang payah menghadap mahu seminggu juga baru nak kebah. Apa lagi dia tiada sesiapa disini. Airmata kadang-kadang berjurai juga bila teringat pada ibu dikampung. Rasa nak balik sekarang pun ada.

Zalikha memanas kan lauk. sambil tu tangan dia memeriksa handphone yang diambil dari purse.
Ig @broJack di scroll. Bukan main meriah lagi komen Jack dengan seorang perempuan. Tu yang kata gay nampak sangat cuba nak mengelak dari dia. Zalikha mengumam geram dengan perangai Jack.

"Jack you ingat I tak tau ke you tipu I? You saje taknak lukakan hati Yazzer. Sebab tu you jauhkan diri dari I?"

Bisik Zalikha termenung seketika. Air muka Zack Zikri yang tak menentu bila di ajukan perihal kenapa tak kahwin tu buat dia yakin. Jack masih ada perasaan pada dia.

Auni separuh baring lemah atas sofa panjang dari ikea. Badan dia masih terasa layu mahu melayan Zalikha. Dia pun serba salah melihat Zalikha panas kan lauk untuk dia. Tetamu pula yang kena layan dia. Tapi dia tak larat sungguh tak larat.

Hari tu dia berjalan tak berapa nak jauh dari kedai serbaneka. Sampai kat bus stop hujan deras pula. Mungkin sebab hujan panas pada hari tersebut dia mula rasa tak sedap badan pula dan akhirnya terus demam melarat.

Ringtone lagu Senorita memekak kan suasana. Sampai Zalikha pun sempat jenguk pada dia diruang tamu dan kembali sambung buat kerja memanaskan sup dan mengeluarkan nasi ayam paprik kedalam pingan.

"Assalamualaikum ibu. err sihat.. Adik sihat"

Auni serba salah mahu berbohong yang dia sihat pada ibu tatkala Zalikha datang menatang makanan dan meletak cermat mangkuk depan dia. Wajah Zalikha dipandang sekilas mencuri reaksi wanita itu bila dengar dia cuba berbohong pada ibu nya padahal dia tak sihat. Dia cuma tak mahu ibu risau pasal dia.

Zalikha hanya mengukir senyuman dan duduk depan Auni sambung scroll ig sementara menunggu Auni selesai bercakap dengan ibu dia.

"Adik. Ibu ada nak benda cakap ni"
Suara Hajjah Kamisah kedengaran ceria nak sampaikan sesuatu pada anak gadis dia.

"Apadia ibu?"

Auni sempat memicit dahi nya. Dengar begitu sahaja kata-kata ibu. Padahal dia lebih melayan lemau seluruh tubuh nya. bibir dia pun terasa berkupas kemungkinan badan nya kekurangan sumber air. Mana tak asyik melayan cookie frappe sejuk dari familymart. Jalan balik lalu family mart. Tu yang buat dia kerap singgah.

"Makcik Khaleeda kata nak datang jumaat ni"

Wajah Auni terus berkerut. Kenapa ye kalau Puan Khaleeda nak datang? Datang je lah. Kenapa ibu excited semacam ni? Auni cuma mampu berbahas sendiri.

"Habis kenapa ibu? Diaorang nak melawat Ibu dan Abah ke? Macam baru je dia orang datang"

"Tak. Diaorang datang bawa hajat"

Suara ibu nya bertukar semakin seram pula. Auni lama mendiamkan diri. Bila dia diam. Ibu diam. Siapa nak bercakap pula. Auni dah jadi pening.

"Hajat apa pulak?"

Auni perasaan pada Zalikha yang kerling pada dia seperti dah dengar juga perbualan dia dan ibu nya. Cepat-cepat dia kurang nada bicara. Nak bangun tak larat.

"Adik rasa hajat apa?"

"Mana Adik tahu!"

Auni malas-malas mahu meneka. Dia rasa demamnya lebih hebat lagi menguasai diri sampai dia rasa lemah. Ibu ketawa ceria dihujung talian. Auni jadi tak faham pula pe'el ibu dia.

"Dia nak merisik kamu!"

Mata Auni terus membulat. Terkejut dia.

"Apa merisik!"

Tak sedar nada dia naik seoktaf. Hingga Zalikha pun lebih dari dengar suara Auni menjerit. Silap gayanya jiran sebelah pun boleh tangkap rasanya. Bukan demam yang rasa nak kebah. nyawa dia pun rasa nak rebah. Auni blank sekejap gagal dia nak memahami kata-kata ibu.

"Bukan dia kata anak lelaki dia nak rujuk balik dengan bekas isteri ke? Kenapa nak risik adik lagi. Nak Adik jadi isteri kedua? Memang tak lah. Adik taknak kalau jadi isteri Luqman!"

Kata Auni kuat hingga terlupa Zalikha pun dapat dengar jelas kata-kata Auni. Dia mula menikus bila kerlingan mata Zalikha tajam pandang dia. Dia bukan niat nak menyindir Zalikha bab isteri kedua ni.
Aiseh nak mati terlajak kata pula. Auni serba tak kena.

"Bukan untuk Luqman. Tapi untuk Adik dia yang hari tu datang dengan Makcik khaleeda kamu. Zack nama dia"

Okay dia tak tahu. Dia tak nampak pun siapa bakal adik ipar dia yang tak jadi tu. Auni tak kuasa nak tahu sebab demam dah kembali dan dua kali ganda lebih hebat lagi. kepala terasa berdenyut-denyut Auni akur dengan cadangan Ibu. Dia tahu Abah lebih tau apa yang terbaik untuk dia.

"Adik ikut Ibu ngan Abah je. Adik malas nak fikir. Ibu dan Abah bukan serik kena riject. Adik yang malu tau. Adik ada benda nak buat. Assalamualaikum ibu. Jaga diri. kirim salam Abah dengan Along. Bye!"

Talian dimatikan. Auni bersandar. pening kepala dia. Zalikha hanya diam memerhati Auni. kemudian fikiran nya proses sesuatu. dia kerling Auni lagi. Akhirnya dia merenggus sendiri dia dapat tangkap semua perbualan tadi. Ada orang yang nak masuk merisik Auni. Dan semua akan berakhir tanpa menghasil kan sesuatu. Zalikha dah pamer reaksi kecewa.

"Shit I need to do something"
Desis nya. bibirnya diketap rapat sambil kerling Auni yang dah mula suap makanan kedalam mulut.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now