Part✓28

3.3K 95 5
                                    

Yazzer sempat mengucup dahi Zalikha. comforter di tubuh Zalikha ditarik keatas. dan di rapi hingga dia pastikan Zalikha selesa. Zalikha sudah terlena.
Bibir Yazzer hanya mampu mengukir senyuman. kemudian dia mengatur langkah turun.

Mata nya memerhati air kopi yang belum di teguk didepan mertua dia Datin Umairah.

"Mama kenapa tak minum dulu. sejuk kopi tu nanti"

Yazzer duduk di sofa di hadapan Datin Umairah.

"Aku datang sini bukan nak minum atau berborak ke. Aku cuma nak tengok anak aku"

Datin Umairah menyilang kedua belah lengan ke badan sendiri. Yazzer diam di ukir nya juga satu senyuman nipis.
Mata Datin Umairah masih ralit menjeling tajam ke ruangan tamu sekilas pada Yazzer.

"Zal sakit sebab duduk tempat macam ni lah. kamu Yazzer tak reti ke bagi isteri kamu duduk tempat selesa sikit? Beli banglo ke"

Sinis kata-kata Datin Umairah memandang Yazzer yang masih ukir senyuman. namun cukup pahit. Dia sedar menantu dia yang tak mampu.

"Inshallah ma. kalau dah cukup simpanan saya usahakan. Saya dah tengok area kajang"

"Anak pun kamu tak mampu bagi. nak bagi banglo konon"

Sindir Datin Umairah terang-terang. Yazzer hanya diam menampakan wajah tenang. Dia dah biasa dengan sindiran pedas Datin Umairah.

"Setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing di dunia ini. Insha-Allah rezeki saya ada dimana-mana"

"Tapi jangan lupa usaha tu penting juga. Entah-entah Zalikha tak dapat mengandung sebab kau tak bagi dia makanan berkhasiat?"

Herdik Datin Umairah jeling sinis pada Yazzer yang sudah kematian kata-kata.

"Mairah!"

Suara tinggi seoktaf itu menengking dari arah hadapan pintu buatkan wajah Datin Umairah berubah pucat. Dato Hamdan datang buka kasut dan mula masuk. Dia berkejar ke rumah anak menantu nya bila dengar khabar Zalikha telah jatuh pengsan.

"Papa err. masuk lah jemput duduk"

Perlawa Yazzer bangun melihat Dato Hamdan datang. Dato Hamdan angguk kecil. Namun matanya masih mencerlung kearah isteri dia dengan tajam.

"Mairah kalau datang rumah orang. tak kira menantu ke anak. Jangan lupa adab kita sebagai tetamu"

Datin Umairah mendecit geram. Yazzer mula tak senang duduk melihat reaksi Datin Umairah yang dia sendiri pun tak berani nak pandang.

"Papa duduk lah dulu. biar Yaz buat kopi dulu"

Pamit Yazzer mencari alasan untuk memboloskan diri dari situasi itu. masa didapur dia dengar juga. Dato Hamdan bagi kaunseling pada Datin Umairah. bahkan masa dia kembali menyertai mereka masih lagi Dato Hamdan menasihati isterinya. Wajah Datin Umairah dah masam muncung panjang bila pandang menantu sekilas.

Ni lah salah satu sebab dia nak anak nak sangat dia buktikan pada Datin Umairah dia mampu dan dia sendiri pun dah lebih dari sedia nak jadi seorang ayah. tapi Zalikha..ermmm Yazzer mengeluh berat. biarlah dia tebalkan sahaja telinga nya. Daripada menghiris perasaan Zalikha.





Selepas menjemput Zack Zikri. Yazzer terus memandu ke jalan utama.

"Bro kau nak bawak aku pergi mana ni?"

Soal Jack dengan muka yang berkerut seribu.

"Teman aku jap. nak hantarkan kunci kat pekerja Zal ni"

"Hak adui kenapa tak tutup je butik tu?"

Keluh Jack pandang keluar tingkap. baru je dia enak mahu merasa bangun lambat sikit. Dah minggu pertama shif malam. memang noob betul Yazzer ni. Jumpa perempuan pun takut.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now