Syed Yazzer duduk sambil menukar saluran tv sampai tak sudah. Fikiran nya sudah menerawang entah kemana.
kedengaran pintu di tolak. Jam sudah menunjuk kan angka 10 :23 malam dan Zalikha baru sekarang jumpa jalan balik. darimana dengan siapa pun dia langsung tak tahu."Zal"
Panggil Yazzer membuatkan langkah wanita itu terhenti. Zalikha mengeluh sendiri dia hanya berdiri tak mahu pandang pada Yazzer.
"You dari mana?"
Yazzer bangun dan hampiri isteri dia.
"I dari rumah mama"
Zalikha jawap acuh tak acuh soalan lelaki itu. Perilaku Zalikha agak mengigit kesabaran dia."Kenapa bila I ada kat rumah. You selalu keluar?"
Yazzer renung wajah isterinya dia mencari jawapan dari wajah Zalikha.
"Mana ada. I rasa sunyi jadi I keluar lepak dengan mama I. Salah ke?"
"I ada kat rumah. Kalau you bosan you boleh ajak I keluar. I ada masa je untuk you. You tinggal cakap je"
Kata Yazzer berkerut. Zalikha akhir-akhir ini terlalu jauh dengan nya sampai dia rasa tak diperdulikan. Kalau terus begini bagaimana mereka ada peluang mahu menimang cahaya mata kelak.
"I bosan tau!"
Keluh Zalikha agak rimas.
"Kalau you bosan. Kita usaha dapatkan zuriat. I tak kisah nak ambil anak angkat atau apa pun"
Yazzer cuba pujuk Zalikha dia sedar sifat ego dan saling nak menang tidak akan menyelesai masalah antara mereka.
"Anak! anak! anak! You buat telinga I sakit Yaz. You asik cakap benda yang sama. kalau you nak sangat anak kenapa you tak nak kahwin lain!!"
Zalikha separuh menengking. Yazzer memicit pelipis nya. Api kemarahan mula membahang. Namun dia cuba kawal agar dia tak sakitkan hati Zalikha.
"I tak nak duakan you Zal. I sayangkan you. tapi I nak anak demi hubungan kita ni. You sedar tak Zal. hubungan kita makin jauh?"
Nada Yazzer penuh harapan. Zalikha hanya mengigit bibirnya tangan disilang ke dada.
"Kalau you masih tak faham I dan desak I pasal anak. You akan buat I lebih jauh dari you"
"Anak tu anugerah. Anak tu bakal dekat kan hubungan kita Zal. Anak tu menyeri rumah tangga. tak mungkin anak akan jauhkan kita. Siapa yang tak nak anak I macam lelaki biasa. nakkan zuriat sendiri. Tapi kalau you tak boleh kita ambik anak angkat. Abang tak kisah Zal"
"Kalau you nak anak. Kahwin lain!"
"Zalikha!"
"Kahwin lain jika you rasa tak boleh hidup tanpa anak!"
Zalikha membentak semula. Yazzer diam seketika. Wajahnya tampak sungguh kecewa.
"You jangan cabar I Zal. Kalau suatu hari nanti I bahagikan kasih sayang I pada orang lain you jangan menyesal"
Kata Yazzer renung tajam wajah Zalikha seketika.
Yazzer berlalu. Kunci kereta dicapai kasar. Dia terus hilang setelah menutup pintu dengan kuat. Zalikha hanya berdiri tak bergerak. Bunyi kereta Yazzer pergi meninggalkan perkarangan rumah membuat hati nya kian berperang sendiri.
Auni melangkah ke ruang tamu bawa dua cawan hot chocolate. Zack Zikri yang tengah sambung tengok kartun dalam laptop dipandang seketika.
"Nah air"
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...