Auni Farisha hanya mampu lambai pada Fara yang sudah masuk kedalam perut bas. Dia tunduk bila Fara lambai semula. Dia tiba-tiba jadi sedih bila Fara balas lambaian dia dengan sayu. lama dia tenung bas tu hingga hilang. Semoga dipermudahkan segala urusan Fara. Auni menarik nafas panjang.Langkah kaki di atur keluar dari terminal bas. baru kejap Fara bertolak dia dah rasa sunyi. Bila tengok Fara balik kampung. dia rasa nak balik juga. kerap lah dia call ibu lepasni. sebab dia akan kesunyian kalau takde Fara. Sekali lagi Auni mengeluh berat.
"Excuse me awak ni. cik Farisha kan?"
Satu suara tegur dia dari belakang buatkan Auni terus berpaling pada lelaki itu.
Jantungnya rasa berdegup kencang bila mata dia bertaut tepat pada wajah didepan dia. doa dia tak didengar agaknya. Dia minta sangat yang dia tak terserempak lagi dengan lelaki itu. namun sekarang dia terpaksa tebalkan balik muka dia bila Syed Yazzer berdiri betul-betul depan dia. lama Auni diam sampai wajah Syed Yazzer serba salah mahu senyum atau tak pada dia. Hambar."Buat apa kat sini?"
Soalan Yazzer pura-pura memerhati sekeliling gadis itu yang kian terpinga-pinga sendiri dengan soalan Yazzer. Nampak sangat gadis tu gugup namun cuba berlagak tenang.
"Hantar kawan"
"Oh kebetulan pula saya ada kes kat sini. kecik dunia ni ye?"
Auni rasa Yazzer macam menyindir dia. memang dia pernah tersuka Yazzer. tapi kalau sampai nak mengekori dia. Rasanya tuduhan tu dah cukup tak berasas.
"Saya tak ekori awak encik Yazzer. saya ada banyak lagi kerja lain"
Kata Auni tak senang. memang silap dia sebelum ni. tapi Yazzer tak berhak tuduh dia macam tu.
"Mana ada. saya just kagum dunia ni kecik cik Farisha. And pasal barang yang cik Farisha bagi tu. elok la saya pulangkan balik. tapi coklat tu kawan saya dah makan. Saya ganti cash je nanti"
Kata Syed Yazzer buat Auni diam lagi.
"Takpe lah encik Yazzer. awak simpan tak pun buang. Saya minta maaf dengan ketelanjuran yang dah saya buat. saya balik dulu Assalamualaikum"
Cepat-cepat Auni bawa diri.
"Waalaikumusalam"
Antara dengar tak dengar Auni terus berlalu. kenapa boleh terserempak dengan Yazzer kat situ. biarlah Yazzer ni kalau belakang isteri dia. Berani pula tegur dia. Kalau depan isteri tempohari bukan main pucat lesi lagi muka dia bila mereka bertembung. tapi dia nekad nak buang jauh-jauh kesilapan dia terminat pada suami orang. Kejadian tu cukup memalukan dalam hidup dia untuk dikenang balik.
Yazzer hampiri ruang tamu. dia menghenyak punggung di atas sofa. Zalikha dari tadi asyik main tukar channel tv bila dia perhati dari jauh. Namun fikiran dia seolah berada ditempat lain. dia seperti tengah termenung dan fikirkan sesuatu.
"You okay tak ni?"
Soal Yazzer terus usap jemari isteri dia. Zalikha angguk lemah dan masih fokus pada pada siaran di tv depan mereka.
Syed Yazzer menarik nafas dalam. Zalikha masih lakukan perkara sama. tukar chanel tv dan tak hirau pada Yazzer yang ada disebelah dia. Yazzer ambil perlahan remote dari tangan Zalikha. terus mata Zalikha pandang dia dengan agak tajam. Yazzer diam seketika. dia rasa ni lah masa yang sesuai untuk mereka luangkan masa bersama."Sayang apa kata kalau baki cuti I nanti. kita pergi bercuti?"
Yazzer mula beri cadangan dia dah lama mahu bercuti dengan isteri tersayang. mana tahu dengan lebih banyak masa bersama. mereka boleh menimang cahayamata lepas ni. Mudahan saja kan dengan izin Allah. Zalikha pandang wajah Yazzer sekilas saja. macam tak berminat dengan cadangan suami dia.
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...