Part✓50

5.8K 134 9
                                    

Zack Zikri melangkah ke ruang tamu dia mengukir senyuman melihat Auni peluk bantal sambil layan film animasi adventure abominable di skrin laptop dia.
dia pause sekejap untuk pergi mandi tadi.

Jack labuhkan punggung disebelah Auni yang duduk beralaskan karpet sahaja. Auni dah pandang dia sebab dia duduk dekat-dekat dengan Auni. Jack hanya ukir senyuman.

"Sorry saya tekan play tadi. Sebab tengok kartun ni nampak macam interesting"

"Sokey saya dah tengok pun. film ni kisah dia pasal persahabatan gadis yang nama Yi yang. Jin dan Peng yang berkawan dengan makhluk misteri yang dikategori sebagai haiwan di Everest. Cuma dia takde nama saintifik macam haiwan lain. Dia panggil kawan dia ni Yeti. So movie ni banyak touching part sebab Yi yang ni motif dia nak hantar balik si Yeti ke tempat asal dia. Bila dah close relationship mula lah rasa berat hati nak hadapi perpisahan macam hubungan kita manusia ni"

Auni angguk faham.

"Maaflah dah spoiled alert pasal movies ni. Nanti awak tengok sendiri lah"

Auni mengukir senyuman.
"Takde lah saya tengok separuh tadi. sekarang saya dah dapat tangkap jalan cerita ni"

"Awak boleh tengok dari mula lagi"

Cadang Jack. Auni setuju. Jack tekan icon arrow ke awal film animasi tersebut.

"Zack.."

Auni panggil lelaki itu. Jack dah pandang dia dengan wajah yang berkerut. Entah kenapa dia rasa jangal nak panggil nama suami dia sendiri.

"Panggil bro lah. Atau bahasa melayu nya abang"

Kata Jack cuba mengusik. Auni hanya mampu tersenyum nipis.

"Ermm okay aa.. Abang. tadi Zalikha call dia suruh saya masuk kerja lusa"

Jack pandang Auni lagi.

"Dia tahu awak dah balik?"

Auni angguk macam risau respon lelaki itu bila dengar dia mahu masuk berkerja semula.

"Kalau saya suruh awak berhenti. Awak okay tak?"

"Saya okay. Tapi Puan Zalikha kata kena tunggu hujung bulan ni sebab dia dah bank in gaji saya dan amik masa nak cari orang ganti tempat saya nanti"

"Saya bayar balik. Awak berhenti je lah"

"Tak. duit tu dia transfer terus kat Along. selesaikan hutang Along. Bulan ni pun ada dua minggu je lagi. Kalau awak tak kisah boleh tak saya kerja dulu?"

"Kalau pasal duit untuk Along tu. Saya boleh tolong bayarkan balik ke Zalikha. Nanti saya boleh cover sikit hutang Along tu"

Auni diam dia macam berfikir lama.

"Jangan risau. Walau saya tak keje sekarang ni. Saya masih ada simpanan yang lebih dari cukup untuk kita. Asalkan awak sanggup hidup bersederhana dengan saya?"

"Saya sanggup. Tapi ni bukan pasal duit. Puan Zalikha nak saya bagi masa untuk dia cari pekerja lain. Dia pernah tolong saya masa takde keje. Jadi saya tak sedap hati kalau buat macam tu"

"Dan ingat tak dia tawarkan apa lagi pada awak dulu? Untuk jadi madu dia?"

Soal Jack dah berkira-kira menduga Auni.
Auni diam. Dia rasa serba salah.

"Saya tak marah. Saya cuma takut dia saja kenakan awak. Cuba awak fikir kenapa kita kena tangkap khalwat? bukan saya nak menuduh. Tapi dia paling bermotif nak kenakan awak dengan Yazzer malam tu. Untung saya yang datang kalau tak awak dah jadi madu Zalikha. Awak nak jadi madu?"

Soal Jack membuatkan Auni mengeleng laju..Dia lagi rela dengan Jack meskipun pada awal nya dia pandang sepi je kehadiran Jack ni. Kalau dia tahu Jack yang serba serbi serasi dengan dia. Agak nya dia boleh crush dengan Jack bukan nya pada Syed Yazzer si suami orang kan.

"Zalikha tu sayang sangat kat Yazzer sampai dia sanggup carikan madu untuk Yazzer. Saya betul-betul kagum dengan dia"

Zack Zikri ukir senyuman pahit dengar pujian Auni pada Zalikha.

"Itu yang awak lihat pada zahir nya. Cerita sebenar awak tak tahu. Saya kenal Zalikha lebih awal dari Yazzer kenal dia. Dia tu hipokrit. Suka mengawal orang dengan apa saja. Dia mesti nak dapatkan apa yang dia nak. Tu lah masalah nya sampai Yazzer tu pun boleh stress"

"Oh kira nya awak Yazzer dan Zalikha ni dah kenal lama lah?"

Jack angguk sahaja.

"Macam mana awak kenal mereka?"

"Saya kenal Zalikha sejak dia masuk Uitm dia junior saya masa tu..Course accounting sama dengan saya..Yazzer dia memang kawan saya tapi amik course perundangan. Yazzer saya kenal dari dulu lah. Sejak saya sambung form 5 kat selayang. Sebelum tu saya kat melaka dan bila Yazzer tu kawan saya. Zalikha kawan saya. Maka senang terjodoh lah mereka. Saya kursus sambil keje kat penang masa tu bila dengar diaorang kahwin saya rasa bersyukur lah. Sebab dua-dua kawan saya"

Cerita Jack panjang lebar. Auni menompang dagu nya sambil ukir senyuman manis.

"Awak tak suka Zalikha ke masa tu? dia cantik. Awak pun boleh tahan. Betul ke cuma kawan?"

Duga Auni. Ye lah tengok dari zahir nya dua-dua nampak sepadan. Jack gelak kecil dia tengah fikir nak larikan topik pasal Zalikha. Mereka baru nak merasa manis nya berumah tangga. Dia taknak Auni rasa tawar hati nanti. Benda lepas tu biarlah lepas.

"Awak pun cantik apa. Gigi awak ni macam Agnes monica dengan gigi bunny awak tu. bila saya nampak awak mengigil ketakutan nak turun tangga waktu kes kebakaran yang buat awak jatuh cinta dengan Yazzer tu. Saya tertarik tau. dari dulu sampai sekarang takde beza. Manis sangat"

Ujar Jack renung wajah Auni. Auni dah ternonong sendiri.

"Eh..maksud awak dulu tu apa?"

Zack Zikri hanya mengukir senyuman tak beri jawapan. Auni dah binggung sendiri. Jack paut bahu Auni lalu bawa kepala gadis itu bersandar pada bahu dia.

"Saya bagi awak kerja tapi untuk dua minggu ni je. Tapi kalau ada yang melanggar akta kebenaran saya ni. Awak kena berhenti serta merta. Boleh?"

Auni angguk setuju sambil mengukir senyuman.

dia gengam tangan Auni sambil gadis itu sandar pada bahunya. Auni dah mampu selesakan diri dengan lelaki itu. Malah hati nya rasa bahagia yang tak pernah dia rasa. Jack mainkan semula film animasi abominable di laptop nya. Mata kedua nya sudah leka melayan skrin laptop. Namun tangan masih berpegangan dan jari mereka sudah saling mengepang antara satu sama lain dengan erat.

Auni makin faham apa beza definasi cinta yang di pupuk dan antara cinta pandang pertama yang dia pernah sentuh sebelum ini.


Zalikha melangkah masuk kedalam familymart seksyen 7 shah Alam. Perut yang berkeroncong memaksa dia masuk sahaja. Padahal dia paling tak suka beratur. Tangan nya laju capai dua strawberry sando. Tiba-tiba mata dia bertaut pada seseorang yang baru melalui dia untuk berbaris membeli Oden. Zalikha menguntum senyum. Benarlah kata orang kalau dah jodoh tak kan kemana.

"Hai Jack"

Sapa nya melihat Jack yang tengah leka nak pilih menu Oden. Jack hanya termanggu melihat wajah Zalikha yang senyum menawan pandang dia.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now