Part✓44

4.4K 132 2
                                    

Auni kacau ayam masak kunyit berlada. Api ditutup setelah ayam diyakini masak.
Mangkuk dicapai pantas. Semua kerja dia teratur kerana dapur Jack lengkap segala peralatan.

Last sekali masakan sup sayur dengan bebola ayam. Bukak peti ais Zack Zikri ni dah macam pergi tesco macam-macam ada. kagum betul dia dengan Zack zikri.

"Emm. Sedap nya bau. Awak masak apa je tu?"

Suara dari belakang membuatkan Auni tersentak. Dia menoleh pada Jack yang datang menghampiri.

"Masak ala kadar. Asalkan boleh makan"

"Ala kadar pun tetap sedap pada saya. Lagi-lagi kalau isteri yang masak. Air tangan isteri dan ibu adalah masakan dari syurga bagi lelaki"

Kata Jack senyum. Auni yang dah rasa kata-kata Jack tu dah melampau buat dia mengerut kan dahi dan kematian idea mahu menjawap apa.

Masa makan pun Auni banyak diam sahaja. Perut rasa dah kenyang bila memikirkan hidup nya yang berubah 360 darjah.

lelaki depan nya bukan main selera lagi siap tambah nasi. Macam bukan puji kosong betul lah dia jenis orang yang tak suka kecilkan hati orang. Kalau boleh semua kot dia makan sebab nak jaga hati. tolak kayu dan batu je. Auni tersenggih sendiri.

Usai kemas dapur Auni melangkah keruang tamu. Lelaki tu sibuk taip sesuatu di depan laptop.

Auni melabuhkan punggung diatas sofa. Mata gadis itu menatap siaran di kaca tv.

"Kalau nak rehat naik lah kebilik. Saya memang jenis tidur lewat"

Kata Jack. Auni mengangguk perlahan. dia perhati lelaki itu yang sudah siap drafkan satu hasil kerja dia.

"Awak buat surat rayuan ke?"

Soal Auni. Jack tutup laptop. dia pandang Auni seketika.

"Ermm nampak nya macam tu lah. Kalau di luluskan saya dah boleh bertugas dalam masa tiga minggu lagi. Tapi gaji separuh memang kena tahan lah. Tapi saya rasa takde kelonggaran untuk saya waktu pergantungan tugas ni. tunggu selesai kes mahkamah agaknya"

"Susah kan jadi pegawai bomba?"

Auni sengaja nak panjang kan sikit perbualan. Dia pun tak rasa nak tidur awal samgat.

Jack mengukir senyuman.

"Susah tak lah. Senang tak juga. Saya memang dari dulu minat kerja dalam perkhidmatan masyarakat ni. Boleh tolong banyak orang. Berbakti pada negara yang paling penting kerja ni boleh terapkan sifat kerjasama yang jitu dalam diri sebab kami kerja dalam satu team"

"Awak pernah buat keja lain ke?"

"Saya dapat kerja kat bank. Tapi saya tolak. Saya sempat pratikal jugak masa tu sebab saya amik jurusan accounting di Uitm. Papa yang suruh sebab peluang pekerjaan luas dalam bidang tu. Tapi seriously saya tak boleh blah dengan minat saya ni. Terus saya dan Yazzer sama-sama apply kursus kat kolej Saito. Alhamdullilah dapat terus kerja ni cuma saya dulu bertugas kat penang. Lepas tu baru dapat kat sini"

"Kenapa tak terus kerja dalam bank? Lagi senang kot"

"Sebab saya minat kerja Bomba. Awak akan buat benda yang awak boleh dominate"

Auni angguk faham. Macam dia lah. Dia suka memasak tapi rezeki dia takda dalam bidang yang dia minati.

"Awak tau apa maksud Bomba?"
Jack bagi soalan bonus pada Auni.

"Erm..Badan Operasi Menyelamat Bencana Alam mungkin.."

Jack mengukir senyuman.

"That's right! Pandai awak ni patut lah kita ada jodoh"

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now