Part✓54

5.7K 140 2
                                    

Zalikha melangkah kedalam butik. wajah dia sunggul tak bermaya. Yazzer pagi-pagi sudah keluar dari rumah dan tak tahu kemana. Mereka tak bercakap akhir-akhir ini. Dia pandang Auni sekilas yang sibuk sendiri. Tiada ucapan selamat pagi seperti biasa yang menyambut dia setiap hari.

4 hari lagi gadis itu bakal berhenti dia tak tahu samada gaji yang dia bagi tu kurang atau pun gadis itu ada perancangan lain Dia dah tak ambil pusing dah pasal Auni.

Auni hanya kerling Zalikha dia rasa nak marah. Tapi dia bersabar dulu. Mana tidak Zalikha dah bersuami tapi masih nak kejar lelaki lain. Lagi-lagi suami dia pula Zalikha nak. selama ni dia sangat kagum dengan Zalikha.

Tapi sekarang perasaan itu dah jadi sebaliknya. Namun siapalah dia nak simpan dendam pada Zalikha. Entah apa agak respon Zalikha kalau tahu Jack dan dia dah pun bernikah. Semalam Jack dah jelas kan apa hubungan dia dan Zalikha Auni pun dah faham. Sesiapa sahaja ada masa lalu nya. Ada yang hitam dan ada yang putih. Asalkan ada niat nak berubah dia tak kisah dan terima siapa adanya Zack Zikri. Dia cuma kesal pada Zalikha yang masih ganggu Zack zikri.



Yazzer dan Zack Zikri melangkah bersama. Yaz pun dah boleh terima apa yang berlaku. Dia faham apa yang berlaku semua ada hikmah nya. Kalau dia ditempat Jack pun. Dia setuju pernikahan adalah penyelesaian bagi menutup aib kedua belah pihak.

"Aku ingat lagi kau kata jodoh aku dengan Farisha tu kuat. Tapi kau tengok lah jodoh kau dengan dia lagi kuat"

Kata Yazzer tersenggih mengenangkan semula kata-kata Jack mengusik dia dulu.

"Aku tak expect benda ni bro. Kau nak tahu aku lah yang hantar rombongan merisik Farisha sebelum kami ditangkap tu"

Yazzer berkerut tak faham pandang Jack.

"Jadi kau lah jodoh yang Zal maksudkan tu?"

Soal Yazzer meneka. Jack mengangguk kecil sambil mengukir senyuman.

"Hairan kenapa kau boleh sembunyikan dari aku semua ni. Even tak pernah-pernah kau nak ambil tindakan macam tu. Kenapa kau boleh terpikat pula pada Farisha? Sedangkan ramai je perempuan yang lebih lawa kau jumpa sebelum ni?"

"Perasaan aku pada Auni Farisha tu berbeza. Aku ada sesuatu tentang dia. Benda tu dah lama Yaz. Sebelum aku kenal kau dan sebelum dia jadi pekerja Zalikha. Cuma aku keliru dan tak cam dia"

Yazzer dah mula binggung.

"Kau dah kenal dia sebelum ni?"

Jack ukir senyuman penuh makna pada Yazzer. tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang baru keluar dari pusat beli nombor ekor.

"Woi Zam!!"

Panggil Zack Zikri dengan wajah yang berbahang marah. Kejab lagi.. habis lah lelaki itu dia kerjakan.

Lelaki itu terus melarikan diri bila lihat Zack Zikri belakang dia. Yazzer terpana bila Jack mula kejar lelaki didepan mereka. Berlaku aksi kejar mengejar membuatkan Yazzer ikut berlari sama mengejar Jack yang sudah pantas. Yazzer tercungap-cungap bila sampai dijalan mati. Dia hampiri Jack yang sudah mengunci tangan lelaki itu yang tersembam rapat di dinding tembok. Lelaki itu mengerang kesakitan bila Jack tekan belakang dia dan ketatkan skil kunci pada lelaki itu. Dia selalu main macam ni dengan Badri dulu. Kadang sampai terseliuh Badri dia buat.

"Apahal Jack?"

"Dia ni yang pedajal aku malam tu. Dia yang buat aku kena lempang dengan Mama sebab aku kena tangkap khalwat. dia juga sebabkan aku kena gantung kerja. Pundek kau Zam!"

Maki Jack macam nak terajang lelaki tu.

"Kau pasti ke Jack. Kau jangan tangkap muat Jack. Aku cuak kes kau tu masih dalam proses"

Kata Yazzer berkerut. Dia risau kalau Jack salah orang dan menambah hukuman yang sudah sedia ada.

"Aku pasti lah dia yang cuba pukul aku. Tapi aku sempat elak. Ni Azam skema lah Yaz. Kawan sebilik aku masa dekat Uitm dulu. Nampak je skema budak ni. Tapi berapa kali pengaruh aku tengok cerita blue dengan dia. Kecik taknak mampus budak ni. Dah besar berani buat jenayah!"

Jack dah naik angin. Kepala Azam dia lepuk macam mana mama dia lepuk dia kat balai masa dia dan Auni kena tangkap khalwat.

"Maaf bro Aku tak sengaja. Orang upah aku!"

Azam dah menikus bila Jack piat telinga dia pula. Nampak betul-betul nak balas dendam Jack ni. Yazzer hanya tersenggih melihat Jack kepal penumbuk dan sua betul-betul pada muka lelaki itu yang berpeluh-peluh.

"Bro! bro acik hang lah hanjing. Cakap siapa yang upah kau? Sebelum perut kau yang boroi ni aku buat sate perut!"

Ugut Jack tekan pinggang lelaki itu yang sudah mengerang kesakitan. Apa lah agak nasib dia kalau sampai jadi sate nanti.

"Isteri kau yang suruh!"

"Fuck you lah! Aku tak kahwin lagi sebelum kau kahwinkan aku sebab kejadian kau pedajal aku tu"

Herdik Jack songgol lagi kepala Azam guna siku kali ni"

"Aku tak tahu. Yang aku tahu perempuan tu pemilik butik. dia yang rancang nak kenakan suami dia dan perempuan kampung tu"

PANG!

Jack tampar kuat dahi Azam hingga Azam merasakan mata dia dah kabur sikit.

"Pala hotak! Perempuan kampung tu bini aku lah sekarang ni"

Marah Jack. Yazzer termanggu bila menangkap cerita Azam.

"Zalikha. Perempuan tu nama Zalikha?"

Soal Yazzer merapati Azam. Jack hanya terpaku. Dia pandang wajah Yazzer yang seakan dipenuhi rasa kecewa yang mendalam.

"Ye betul. Zalikha yang suruh. Aku cuma ikut arahan bos aku"

Ujar Azam pada Yazzer. Jack memang dah agak. Dia rasa mahu tumbuk Azam lagi. Namun Yazzer menegah dia minta Jack lepaskan saja Azam dan dia sedar isteri dia punca segala yang berlaku pada Jack malam tu.

Mereka duduk ditepi jalan. Sambil Yazzer sudah tertunduk menekur simen. Jack tepuk bahu Yazzer dia nak Yazzer rileks dan tak kusut.

"Aku minta maaf bro. Aku tak sangka Zalikha tergamak buat macam ni pada aku dan yang jadi mangsa nya kau bro. Kau kena gantung kerja sebab perbuatan isteri aku. Aku malu dengan kau"

Ujar Yazzer meraup wajah rambut disebak kebelakang. Jack diam seketika dipandang hadapan jalan yang kosong dia mengeluh berat.

"Kau tak salah bro. Aku tak pernah salahkan kau bagi aku semua ni dah ditakdirkan macam ni. Kau kena ingat bro kau dengan aku dah berkawan lama. Susah senang lapar dahaga sakit dan sihat kau dan aku harungi bersama. Cuma aku tak boleh blarr kau gelar aku gay"

Kata Jack membuatkan Yazzer gelak.

"Jadi kau nak buat report tak pasal Zalikha tu. aku tak kisah bro. Dia dah buat salah. Biar dia tanggung sendiri aku pun rasa makin lama makin tawar hati dengan perangai dia"

Kata Yazzer perlahan.

"Aku tak akan buat report Yaz. Kau kawan aku. Aku taknak kau susah bro nak hadap mentua kau pulak"

Yazzer tersenyum nipis.

"You are my man bro"

Kata Yazzer tumbuk bahu dia. Jack hanya mengangguk.

"Jangan nak my man sangat. Dah aneh kau ni?"

Seloroh Jack ketawa. Yazzer ikut ketawa besar. Inilah yang dia maksudkan persahabatan pun penting pada dia. Takkan dia nak lupa pada kawan yang banyak susah payah dengan dia bukan untuk segulung ijazah tapi dua gulung ijazah dia di Uitm dan Kolej Saito yang meletak mereka ditempat yang sama sekarang.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now