Auni melangkah kedalam kedai serbaneka Dah siap transfer duit pada along. Dia rasa mahu membeli sesuatu untuk keperluan sendiri dia membelek losyen keluaran nivea.
"Oh you darimana?"
"Dari klang"
Suara lelaki dan perempuan dirak sebelah sipi-sipi tarik perhatian Auni.
Namun dia masih fokus memilih antara losyen nivea extra white atau orange blossom. Dua-dua pun dia suka. Cuma dia nak sesuatu yang baru."Patut lah"
"Patut lah kenapa?"
"Patut lah I klang kabut bila tengok you tadi"
Auni senggih sendiri dengar lelaki itu sibuk berpikap line dengan gadis promoter. Langkah dibawa ke rak bersebelahan tempat lelaki itu jual minyak dagu sambil gadis promoter itu malu - malu di pancing dengan ayat manis. Auni rasa sedikit ganjil dengan situasi macam ni. Awek promoter tu memang lawa. Macam muka Reen rahim.
"You nak beli yang mana yang bau sweet vanilla ni pun wangi juga"
Promoter itu membuka sebotol minyak wangi lalu disembur pada pergelangan tangan nya. Auni hanya jeling sekilas. Dia bukan berminat nak ambil tahu pasal keduanya. Cuma dia lalu mereka. Dia pandang lah.
"Meh I bau"
Promoters itu tersenyum lebar dengar permintaan lelaki itu. Hati Auni dah berbulu dengar suara miang lelaki itu. promoter itu layankan sahaja dah memang Kerja dia promotion barang dia.
"Eh pelik ye"
Lelaki itu buat muka berkerut setelah memejam mata hidu aroma wangian yang ada pergelangan tangan gadis itu. Auni dah geli gelaman pandang sekilasa pada keduanya.
"Kenapa?"
"You tadi sembur wangi yang bau manis tu kat tangankan. Tapi apesal muka you yang manis I tengok sekarang ni"
Auni tiba pamer muka toya annoying sungguh. Nak muntah rasa berada dilorong yang sama dengan duaorang perangai macam tapir ni. promoter nih pun satu layankan saja perangai entah apa-apa lelaki itu. Auni jadi geram sendiri.
Auni melangkah melalui mereka. Bukan nak berhenti makin menjadi-jadi pulak gelak tawa mereka. Tak sedar ke dia pun ada kat situ. Buat dia macam tak wujud pulak.
"Ya Allah tak tahu malu ke?"
Komen Auni emosi sendiri.
Auni berpatah balik semula. Dia ada idea nak tegur keduanya yang buat dia macam tak wujud.
"Maaf cik. Sini ada jual ridsect ke?"
Soal Auni pada promoter itu yang mula berpaling pada dia.
"Oh sebelah kiri cik. Lepas tu jalan lurus je. Cik tengok atas rak racun serangga tu yea"
"Okay terima kasih"
Auni kerling lelaki itu yang dah tersenggih-senggih pandang dia dari ekor mata saja dia menangkap. Ha baru tau dia wujud kan.
"Hai. Ingat abang tak?"
Mata Auni membutang. Dia ni kawan Yazzer kan. Adui lelaki rebung ni semua nak disapu ye. Bahas Auni dalam hati.
Auni buat tak tahu sahaja. Terus sahaja dia berlalu. sorry dia anti sikit dengan lelaki yang mudah membiak macam ni. Bukan sombong atau apa. Dia taksuka lelaki jenis semua nak try.
"Eh I pergi dulu ye minyak wangi ni I nak dua botol ye"
"Wah dua! Thanks you. I bagi you less okay. Nanti you jangan lupa follow I balik kat ig tau"
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...