Part✓5

3.3K 108 0
                                    

Zack Zikri memperlahankan keretanya. lalu masuk ke sebuah simpang jalan yang melalui sawah padi yang menghijau.

Untung lah Abang long nya kalau jadi berjodoh disini hari-hari masa cuti boleh tengok permandangan yang hijau. Udara yang segar. Suasana kampung yang tenang jauh berbeza dari kota kuala lumpur yang sesak dan banyak pencemaran.

"Mana satu rumah Pak Haji ni mama?"

Dia mula bertanya bila tak pasti dimana sepatutnya dia berhenti.

"Depan sikit je lagi. Cuba Angah pandu ke depan sikit"

Jack angguk saja.

"Rasanya rumah hijau tu. Papa pun dah tak berapa ingat. Lama dah tak balik sini"

Suara lelaki yang mengelarkan diri nya Papa pada Jack pula mula bersuara.

"Angah pun dah lupa dah jalan-jalan kat sini. Ingat kat parit tempat Along. Alang. ngan Angah selalu mandi je dulu"

"Takde dah parit tu Angah. Pak Haji kata diaorang dah buat empangan jalur untuk sawah tu"

Lelaki lewat 50 an itu bersuara sambil tunjuk satu sawah yang sedang separuh masak. Mungkin tak lama lagi akan dituai.

"Yeke papa? memang tak merasa lah budak kat sini nak berkubang kat parit dah. Sungai sana ada lagikan?"

Tuan Hasbullah angguk kecil.

"Tapi kawasan tu dah tutup Angah. banyak kali dah budak yang hampir lemas"

"Betul tu papa. kawasan tu bahaya. dalam sangat air dia. memang patut kena tutup pun"

"Kalau tak tutup pun. Budak sekarang mane reti mandi sungai. Sibuk pegang handset. Kotnya geli kalau mandi sungai. Bukan macam zaman kamu dulu. Naik jenuh mama nak panggil balik"

Puan Khaleeda sampuk dari belakang.

"Jangan kata budak ma. Tu Alang yang dah kawin tu pun taksub main game. Balik ngumah anak nak bermanja pun tak nyempat nak melayan"

Tambah Jack lagi.

"Sama lah dengan Andak. Nasib kau dan Along je Angah yang tak taksub main game macam diaorang"

Kata Tuan Hasbullah pada Jack hanya mengukir senyuman.

"Angah keja shif. Mana ada masa nak layan game. Kadang sempat top up mata kejab je"

Jack mula berhentikan kereta didepan sebuah rumah warna hijau.

Tuan Hasbullah dan Puan Khaleeda keluar dahulu. Sementara Jack masih lagi di dalam kereta mengambil masa sedikit mahu keluar. Dia check coversation Along Luqman. Update yang mereka dah sampai melaka. Sepatut nya Luqman sendiri turun melaka. Namun dia pula yang diwakilkan.

Konon takde beza pun kalau dia ada atau takde. Mungkin saja nak mengelak. Tengok reaksi Luqman pun macam nak tak nak dengan rancangan papa dan Mama dia nak jodohkan Along dengan anak kawan lama Papa.

Dia tahulah Along dah hilang kepercayaan pada wanita lepas perkahwinan pertama dia gagal dan berakhir dengan penceraian. Mudahan sahaja kali ini Luqman bertemu jodoh yang serasi dan dapat kembali kepercayaannya pada perempuan. Mudahan juga jodoh Luqman yang satu ni menepati kriteria idaman Luqman.

"Assalamualaikum"

Salam diberikan tak lama kemudian ada seorang lelaki berbaju melayu siap berkopiah turun dari rumah hijau lalu turun dan sambut kedatangan mereka. Lama tak berjumpa kawan lama. Keduanya sama-sama pamer rasa rindu dan gembira.

"Waalaikumusalam"

Haji Saini terus sambut Tuan Hasbullah dengan pelukan mesra. terpancar kegembiraan diwajah bila sambut kehadiran kawan lamanya yang hampir sepuluh tahun tak berjumpa.
Alhamdullilah mereka kembali bertembung di bandar tempohari dan mereka hanya sempat bertukar nombor.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now