Part✓55

5.9K 130 1
                                    

Zalikha capai tombol pintu. Belum sempat nak keluar. Mereka bertembung. Yazzer juga berada didepan pintu dan mahu masuk. Yazzer hanya melalui Zalikha tanpa bersuara. Wajah nya tak seperti selalu dia macam tak berminat mahu bercakap dengan Zalikha. Zalikha hanya pandang Yazzer yang bersikap agak dingin.

"You dari mana Yaz?"

Soal Zalikha memeluk tubuh sendiri.
Yazzer pandang Zalikha lalu senyum kelat.

"Kenapa you kisah Zal? I sendiri tak tanya pun you nak pergi mana"

Kata Yazzer mahu melangkah naik. Zalikha dah tergamam macam tak percaya. Dia ekori lagi sedikit langkah Yazzer.

"You keluar dengan Farisha? You dah sedar perempuan macam tu lagi sesuai dengan you?"

Soal Zalikha sombong. Yazzer patah balik pandang Zalikha. selama ni dia sayang Zalikha. Sayang sangat sampai apa yang ada pada Zalikha semua sempurna dimata dia.

"Farisha dengan you. I think Farisha jauh lebih baik dari you. You jangan nak kaitkan I dengan dia lagi. I takkan tergamak caras isteri kawan I sendiri. Jack dah cukup baik sebab tak report pasal you!"

Bentak Yazzer tuding kasar wajah Zalikha dia cuba tahan amarah nya. Sebelum balik tadi. Jack dah pesan pada dia jangan berkasar pada perempuan selagi perempuan tu masih isteri yang sah. Yaz tarik nafas semula tenangkan diri agar tak gunakan kekerasan pada Zalikha dia istighfar dalam hati.

"What! Isteri? Farisha tak kawin lagi. Kalau dia dah kawin kenapa I tak tau? I kan kawan dia?"

Soal Zalikha sudah dipamit rasa cuak.
Yazzer ketawa kecil namun cukup sinis.

"Keje you nak back stabber orang je kan. kalau you betul rapat dan ikhlas nak kawan dengan dia. Dia tak akan sembunyikan pasal pernikahan dia pada you. Sebab you tak layak jadi seorang kawan pun Zal apa lagi isteri"

Sindir Yazzer. dia naik ke atas mahu mengelak perbalahan mereka dari berpanjangan.

"Jawap dulu Yaz. Dengan siapa dia kawin? You kan rapat sangat dengan dia"

Zalikha menghalang langkah Yazzer. Yazzer mengeluh malas.

"You jangan pura-pura Zalikha. You yang rancang nak kenakan I dengan Farisha kan. Tapi jebak kan Jack dalam ni. I bersyukur mereka dah bahagia bersama walau pun diaorang cuma mangsa dari perbuatan you"

Kata Yazzer terus berlalu tinggalkan Zalikha yang terkesima dengan kata-kata lelaki itu. Zalikha terkedu tak berganjak.

"Jack dan perempuan tu dah nikah?"

Zalikha menekup bibir dia yang kian bergeletar. Sukar untuk dia percaya apa yang dia sudah dengar dari mulut Yazzer.

"Farisha tak guna! kau tipu aku kan!"

Zalikha merenggus marah. Amarah nya sudah membahang api dendam. Nafas dia turun naik tidak teratur bila mengenangkan Farisha sudah menipu dia sampai begitu sekali.




Hajjah kamisah menyelesaikan kerja nya dengan pantas. itu lah rutin yang dia lakukan sehari-hari. Pingan yang siap di lap bersih mahu dibawa ke rak penyimpanan.

Malang tidak berbau kaki nya tersadung disebabkan tikar mengkuang didepan dia.
PLINGGGGG!!!!!

Habis berderai semua pinggan seramik nya mencium lantai. Hajjah Kamisah jatuh menyembah lantai. Pinggang nya terasa sakit. Suami nya baharu pergi kebendang menguruskan sawah yang bakal di bajak semula. Yang ada hanya dia dan Arifin.

"Ibu.. Ya Allah ibu bunyi apa tu?"

Arifin datang bertopangkan tongkat dengan kelam kabut. Membulat mata Arifin melihat ibu nya kesakitan sambil mengurut pinggang. Arifin lihat pingan yang sudah pecah dilantai dan dia dapat memgagak apa yang dah berlaku, Cepat-cepat dia bantu ibu nya walau pun dia sendiri pun nasih terkial-kial mahu mengerak kan tubuh dengan bergantung harap dengan sepasang tongkat sahaja.

"Ni ibu tersadung Long. Biasa buat tak pernah tersadung macam ni habis semua pingan yang adik beli untuk ibu dah pecah"

Hajjah Kamisah menyuarakan rasa terkilan melihat hampir 5 dari 7 pingan yang pecah kerana kecuaian diri sendiri.
Arifin tarik kerusi suruh ibu nya rehat sekejap.

"Takpe ibu biasa lah barang murah mudah pecah. Nanti Along dah kerja Along belikan ibu piring brand Corelle"

Pujuk Arifin. Hajjah Kamisah sebak. Tubir mata di lap dengan hujung kain lengan baju kurung.

"Ni bukan pasal murah ke mahal Long. Ibu yang cuai pingan ni adik beli untuk ibu. Guna gaji pertama dia. dia sanggup beli di K.L bawak sini guna bas dengan mangkuk cawan semua dia beli. Sebab dia tahu ibu suka pingan mangkuk corak yang sama ni"

Arifin hela nafas panjang. Dia usap bahu ibu nya lembut.

"Ibu bukan sedih pasal pingan kan? ibu sedih sebab adik tak call ibu sejak dah nikah ni kan?"

Duga Arifin. Hajjah Kamisah diam kali ini hujung tudung digunakan untuk mengesat airmata.

"Dia ada WhatsApp Along. Selalu tanya ibu. Dia cuma kata dia busy sikit uruskan suami. Dia kena keje sebab majikan dia tengah cari orang tuk gantikan dia. Hari tu dia call ibu. Ibu tengah solat Along pun terus lupa nak bagitahu"

Beritahu Arifin membuat Hajjah Kamisah lap sisa airmata hingga kering.

"Ibu harap adik baik-baik lah kat sana. harap suami dia jaga dia. Adik tu cemerkap. Along ingat tak dia jatuh pokok. Jatuh sungai semua tu sebab dia cuai. nasib Along selalu ada tengok kan dia masa penyakit cuai dia datang"

Kata Hajjah Kamisah mengenangkan perangai anak bongsu dia Auni Farisha.
Arifin hanya tersenggih. Dia ingat sesuatu kejadian dulu ketika Auni lemas di sungai sebab ikut dia menangkap ikan dan jatuh dari pokok sebab ikut dia juga mencuri buah manggis ketua kampung. Dia tak tahu dia atau Auni yang cuai sebenarnya.   Dia tak berani bagitahu ibu sampai sekarang. Auni tu anak emas. Anak bongsu. Dia sendiri pun sayang sangat pada adik dia yang satu tu.

"Along nanti tanya khabar adik ye. Ibu rasa tiba-tiba tak sedap hati lah"

Kata Hajjah Kamisah pada Arifin yang kian mengangguk.

"Baik bu"

Hajjah Kamisah bangun dan kutip sisa-sisa pinggan seramik yang sudah hancur. Arifin bantu ambik tong sampah dan kutip apa yang dia mampu gapai.





Zalikha pandang gerak-geri Auni yang sibuk keluar masuk dari bilik tailor dari ruangan butik nya.
Kerja memeriksa kain yang sampai dia memang serahkan terus pada gadis itu. Kalau salah dia tinggal maki je. Auni keluarkan kain dari kotak. Dia susun empat jenis kain yang sampai hari ni.

Jenis Japanese cotton. chiffon Georgette. crepe dan dull satin dia asing kan mengikut jenis kain. Hampir dua bulan banyak yang dia belajar tentang kain. Patut lah buat baju mahal-mahal sebab bukan semua jenis kain senang dijahit. Kain satin meskipun licin tapi tailor Zalikha kata paling mudah untuk dijahit di Jaga dan tahan lama. Harga dia jangan cerita memang agak mahal.

Auni bawa masuk kain satin yang dia siap periksa. Tinggal nak simpan dalam rak dalam bilik tersebut.

Zalikha hanya kerling langkah Auni dengan tajam. Hati dia jadi panas bila mengenangkan siapa Auni. Handphone Auni bergetar di atas meja. Zalikha pura-pura bangun dia curi lihat skrin Auni. membuntang matanya melihat nama pemanggil "my husband calling. Dp si pemanggil melalui Whatsapp tu benar-benar buat Zalikha naik angin. Gambar Auni bersama pose lentok kepala di bahu Zack Zikri buat dia terkedu. Lelaki yang dia gilakan selama ini. Cinta pertama yang buat dia kemaruk siang dan malam tu dah jadi suami perkerja dia. Zalikha mengengam kuat handphone Auni. Dia geram campur sakit hati. Nafas nya sudah tidak teratur  Kerana marah yang menguasai diri dia menghempas telefon pintar Auni dengan kasar. Dia rasa dipermainkan Auni tak patut berhenti dari butik dengan tangan kosong. Zalikha mengukir senyuman penuh makna. Dia kerling lagi Auni yang sibuk menyusun kain didalam. Auni dan Zack zikri dah tipu dia dan sembunyikan hubungan mereka.

"Jack tergamak kau lukakan hati aku tanpa rasa bersalah. Luka hati aku mungkin tak berdarah. Tapi rasanya lebih sakit. Aku nak tengok kalau aku lukakan hati kau dengan darah sebenar. Kau boleh terima atau tak hah Jack?"

Kata Zalikha bagai sudah hilang pedoman diri. Hatinya rasa dicarik-carik bila mereka buat dia macam tu. Gunting tajam yang Auni guna untuk buka tali kotak tadi dipandang penuh maksud yang tersirat.
"Kau dah melampau Jack!"

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now