Part✓37

4K 104 5
                                    

Zalikha mundar mandir menanti panggilan. Telefon pintar ditatap nya beberapa kali. Dia jadi ragu boleh percaya ke dengan hasil kerja orang dia suruh? Jangan-jangan Yazzer telah cedera teruk di pukul.

Hati nya tiba-tiba merasa bimbang. Kenapa dia rasa tak sedap hati. ah kenapa dia kisah kan Yazzer pula? bukan kah lelaki itu selalu membuat dia rasa tersepit dalam perasaan serba salah. dia nak akhiri semua ni. Dia cuma nak cari kebahagiaan dia.

"I buat semua ni. Untuk kebaikan you juga Yaz. tak mungkin I dapat paksa diri ni nak cintakan you. You patut dapat seseorang yang ikhlas sayangkan you. I harap you maafkan I "

Desis Zalikha mula hening. dia rasa bersalah bila terpaksa buat semua ni. tapi dia tak tahan hidup dalam kepuraan. Perasaan itu memaksa dia untuk melakukan sesuatu untuk hubungan mereka. Zalikha sempat mengeluh panjang.

Telefon pintarnya mula memecah kesunyian. nama Yazzer tertera di skrin handphone buatkan hati Zalikha tambah berdebar-debar. walau panggilan itu yang dia nanti. tapi jari nya cukup berat untuk menjawap.

"He- hello abang"

"Helo Zal kat mana? Kenapa Zal tak datang menyusul kat apartment tadi?"

Zalikha terdiam. terketar-ketar dia mahu berbohong pada Yazzer.

"Zal nak pergi. tapi tiba-tiba rasa tak sihat. Zal terus balik rumah sebab tak larat nak drive. Kepala Zal sakit"

Zalikha mencari apa sahaja alasan yang boleh dicapai dek akal. talian sepi seketika. Jantung nya berdegup laju menanti Yazzer membuka bicara.

"At least inform abang dulu sekarang abang ada masalah ni"

Suara Yazzer lemah. Zalikha masih diam kelu nak berkata apa setelah dengar bicara Yazzer. Dia adalah dalang semua ini. Dia cuma risau Yazzer syak. Nasiblah sahaja mereka berbual di talian. Kalau berhadapan pasti Yazzer sudah syak wasangka dengan kelakuan nya yang agak gelabah.

"Ma-masalah apa?"

"Abang kat balai polis ni"

Hati Zalikha lega. nampak nya kerja orang dia upah tidak mengecewakan. Mesti mereka kena ikut prosedur dulu dan kena tahan dibalai.

"Abang bu-buat apa kat sana?"

Zalikha cuba bertenang dan pura-pura bertanya

"Abang nak uruskan hal ikat jamin"

Termanggu Zalikha  ingatkan dia yang kena ikat jamin Yazzer. kenapa Yazzer pula yang boleh berbuat sedemikian. Zalikha mula rasa ada yang tak kena. tapi dia cuba berfikiran positif disebalik perasaan dia yang gusar.

"Kenapa abang yang kena ikat jamin? Bukan abang call Zalikha. nak Zal buat sesuatu ke?"

Ah kerana hati yang ingin tahu. Dia sudah terlanjur  bertanya perkara yang boleh mengundang syak pada Yazzer.

"Kenapa Zal? abang call Zal sebab abang nak Zal ambik abang kat balai. kalau Zal tak sihat. Takpe abang naik teksi"

"Kereta abang mana?"

Zalikha sudah keliru dengan nada Yazzer yang terkawal. Dia dah pening dengan respon Yazzer yang begitu tenang.

"Kereta abang tak dapat start tadi"

Zalikha termanggu dia gagal memahami. Lama dia berfikir mencari jawapan.

"Habis abang pergi jengguk Farisha tadi macamana?"

Terdengar keluhan berat Yazzer dihujung talian.

"Ni yang masalah nya. Kereta abang tak dapat start tadi. Abang dah suruh budak-budak tengok kereta. tapi tak sangka banyak benda yang diaorang kena bukak"

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now