Part✓13

2.8K 96 0
                                    

Zalikha duduk atas katil. Wajah dia hening. Sesekali handphone Yazzer atas meja jadi sasaran mata dia. Dek kerana keinginan untuk tahu makin menebal laju dicapai iPhones milik suaminya. Dia tahu Yazzer takkan bagi dia jumpa perempuan tu.

Sekali lagi WhatsApp Yazzer di periksa. Tiada apa yang mencuriga masih seperti yang sebelum ini.

Kemudian dia bagai terfikir sesuatu. Dia periksa laman messenger masih tiada coversation dari perempuan tu. Mungkin Yazzer dah awal-awal padam. jari nya ralit mencari list people messenger Yazzer. Mata dia terpaku. Kemudian dia berfikir sejenak.

"AFarisha?"

Dia periksa lagi Facebook Yazzer. Instagram Yazzer. Semua ada nama yang sama menjadi friend list suami dia.

Cepat-cepat dia ambil keputusan screenshot dan hantar hasil dari pencarian kepada whatsApp milik dia.
Sebelum handphone Yazzer dikembalikan ditempat asal. Semuanya dia padam dari di curigai Yazzer.




"Auni Farisha. Saya dah banyak kali dengar staff lain complain pasal awak"

Auni hanya diam tak berani dia nak pandang wajah Encik Bachtiar selaku pengurus utama di bahagian kitchen department atau Abang Fara. Semalam dia buat silap besar sebab tertukar menu untuk dinner sebuah syarikat karporat. Jenuh Encik Bachtiar minta maaf bagi pihak dia. Dia kesiankan Auni sebab Auni ni kawan Fara. Tapi kesilapan gadis tu dah buat reputasi hotel hampir tercemar. Dia bertanggungjawap pada pekerja dia.

"Awak kerja rajin. Tapi tak boleh ke awak fokus Auni?"

Tambah Encik Bachtiar seolah kesal. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali juga peluang diberikan pada gadis itu. Naik pening pula dia dengan perangai Auni ni.

"Maafkan saya Encik Bachtiar"

Keluhan berat dilepaskan. Wajah gadis itu dipandang seketika. Dan ayat maaf lagi dan lagi. Dia tak dapat nak jelaskan apa lagi pada pihak hotel. Mereka dah sepakat buat keputusan.

"Macam ni lah Auni. Awak hantar surat berhenti jelah kat saya. Nanti gaji awak saya minta tolong pihak hotel bayar full payment untuk sebulan. Saya dah tak boleh nak kekalkan awak kat sini. Cik Shafika dah usul surat pemecatan awak pada Dato. Perbuatan awak semalam hampir rosakan reputation hotel ni"

Auni terkedu seketika. Berdendam betul Cik Shafika pada dia. Tak kan usul untuk pemecatan dia? tergamak Cik Shafika nih. Dia dah merayu. Namun hampa keputusan pihak hotel nampak dah muktamad. Memang tak dinafikan semalam keadaan teruk bila semuanya jadi huru hara. Dia tak tahu kenapa dia boleh tersilap ambil kertas menu untuk buffet pula untuk majlis kaporat syarikat tersebut.
Ya-allah kenapa satu-satu benda yang aku ada ni mula hilang. Aku dah jadi malang ke sebab sikap cemerkap aku? Keluh Auni lemah.


"Kalau dah kena buang keja tu pasal nak dok kuala lumpur lagi. Balik jelah kampung. Adik nak tunggu apa kat sana?"

Auni mengeluh halus. Apa dia nak buat dikampung balik rumah tunggu orang meminang lagi. Memang taklah dia dah serik tau. Kesian abah dan ibu juga.

"Esok kalau adik nak balik. Ibu suruh abah pinjam kereta Pak Lang kamu dulu. Biar along ambik adik kat sana"

"Haissh tak payah lah ibu. Nanti adik nak balik tau lah adik ambik bas. Adik cuba cari keje dulu. Kalau takde rezeki Adik balik lah"

"Kamu tu spm je ada. Keje apa je kamu nak buat lagi?"

"Cleaner ke. keje sales assistant ke. Apa-apa je lah ibu. Asalkan halal dan adik tak menganggur"

"Nanti kalau nak balik. Mesej Along"

"Baik ibu. Adik nak makan ni. I love you ibu. Assalamualaikum"

Lantas panggilan diputuskan. Mesti ibu bising kat sana sebab dia letak macam tu je.

Kasihan pula pada ibu. Tapi dia taknak lah balik kampung sekarang. Kat kampung apa dia nak buat? Usaha dulu nanti kalau tak dapat sebarang perkerjaan dia balik lah. Takkan nak duduk melangguk je. Dia tak biasa.

Ting!

Satu notification dari laman mesengger
1 new message request.

"Yazzerzal? Kenapa dia add aku dari akaun lain pula?"

Auni terpempam sekejap. Seram pula dia nak accept ni. Auni mengeluh kecil. Takpelah accept je. Kalau lelaki tu berkeras nak bagi balik hadiah yang dia bagi. Dia layankan je.

Dengan agak ragu icon accept ditekan. Biarlah dia bukan ada niat apa-apa lagi.

👋Yazzerzal is waving at you
     Tap to wave back

Auni baru letak handphone atas meja dikisi katil. Satu lagi notifications masuk. Kali ini dia yang baru nak lelapkan mata. Auni bangun semula setelah baca paparan screen handphone dia. Auni sekali lagi terpanggut resah.

Yazzerzal {Assalamualaikum Farisha. firstly sorry to bother you tonight.

Kenapa Yazzer nak chat bagai ni. Auni dah rasa lain macam. Jangan lah dia nak ajak aku skandal pula. Aku memang suka dia. Tapi kalau dia dah kawin takkan aku nak layankan dia je. Berdosa tau robohkan masjid orang lain.

Yazzerzal{ Miss Farisha. Sorry I tiba-tiba text you. Actually I ni bukan Yaz. I'm he wife. Zalikha. You can call me Zal.

Membuntang bola mata Auni Farisha.
Hah isteri Yazzer pula dah. Astagfirullahaladzim. Auni dah rasa menyesal sangat sebab accept. Rasa nak hantuk je kepala kat dinding. pening jangan cerita lagi lah. Cuak gelabah gerun semua dah bergabung.

Auni mengigit bibir. Dia binggung. Adui patut lah semacam isteri Yazzer rupanya.
Kalut Auni nak balas apa.

Apa pulak dia nak jawap sekarang pada isteri Yazzer ni. Yazzer cerita ke pasal dia bagi hadiah tu semua. Kenapa Yazzer ni macam ni hah?

Pergi cerita kat bini tu apasal? kalau tahu Yazzer tu dah kawin. Dia pun tak selera lah nak minat kat Yazzer.

Dia tak terfikir pun yang crush dia suami orang. Kalau ibu tahu ni memang kena hampok seratus kali.

Diaorang bergaduh ke sebab aku? Jangan-jangan aku dah buat sesuatu yang mungkin jejaskan hubungan mereka. Auni jadi risau kalau pasangan tu bergaduh besar disebabkan dia.

Auni merenggut menyesal. Agak dia patut jelaskan pada isteri Yazzer perihal yang sebenarnya ke tak? Dia taknak hancurkan rumah tangga orang lain. Memang salah dia yang dah tersilap besar. sebab minat pada Yazzer yang dah berkahwin. Auni tenung handphone dia lama. Dia tengah fikir macamana dia nak jernihkan keadaan sekarang.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now