Part✓53

5.5K 145 4
                                    

Auni susun hasil biskut semperit yang mereka dah siap buat dan mahu bakar. Jack yang mencuci pingan di pandang sekilas. Dia senyum.

"Awak biar dia rehat dulu baru bakar takut dia hancur karang. Tak nampak kelopak biar dia rehat lama-lama pon tak pe. Lagi lama dia terdedah pada angin lagi kukuh dia nanti"

Kata Jack. Auni hanya angguk kecil.

"Oh..okay. Patut saya buat selalu hancur. Sebab bakar terus lepas ditekan ye?"

"Ye buat semperit yang elok ni tak susah. Cuma perlukan kesabaran nanti biar dia dalam setengah jam macam tu pun okay"

Jack capai minuman nya dan berlalu ke ruang tamu. Baru duduk sekejap dia rasa bosan. Dia capai gitar nya lama dia tak main gitar. Dulu masa muda sikit dia selalu petik gitar dikampung sandar di pokok, kadang bila dah bosan lepak macam tu. Dia dan seorang lagi kawan pergi mandi di sungai dengan Luqman dan Badri. Seronok masa tu.

Jack mula susun chord intro C kemudian dia lanjutkan dengan chord F em dan dm. dia susun beberapa kali. Lama tak main gitar sejak dia bertugas sebagai pegawai Bomba. Bila jari dia dah mula tangkas semula dia dah susun chord dalam otak kepala dan menikmati dengan wajah yang fokus.

Auni menjenguk dan mengukir senyuman melihat Jack bersandar main gitar di sofa ikea yang mereka dah upgrade pada sofa yang lebih panjang dan selesa. Takkan hari-hari nak duduk berhimpit. Jack ni kalau duduk mesti nak duduk dengan dia Nasib lah dah halal jadi dia tak ambil port sangat walau kadang creepy dengan sikap lelaki itu.

Auni atur langkah dia menghampiri Jack dan duduk disebelah lelaki itu yang fokus main gitar. Pandang dia serious tapi otak dia macam tengah fikirkan sesuatu. Dia cuba susun chord lagu yang di mainkan. Auni dah senyum-senyum pandang wajah Jack yang serius macam dia tengah baca buku sembahyang sunat.

"Lagu apa tu"

Soal Auni bila dia dengar petikan tu sedap.
"Lagu Dan sheila on 7. Lagu ni lagu pertama yang saya belajar masa beli gitar ni"

Terang Jack.dia mula sandar badan dia pada bahu Auni. Jack terus petik gitar dan rasa tenang sebab dapat hiburkan hati dia sambil sandar pada Auni Farisha.

Auni hanya mengukir senyuman. Jack lain dia ada daya tarikan yang tersembunyi. Sikap dia menenangkan. Auni hanya diam dan nikmati petikan acoustic dia tahu jiwa Jack ni macam ada seni,dia suka kartun. Suka masak. suka ketenangan. Jarang dia kelam kabut walau pun terlajak masa subuh. Auni gelak sendiri bila kenangkan perangai Zack Zikri.

Selepas habis lagu Dan Jack main lagu nirvana pula The Man who sold the world. Lagu favourite dia ni. Auni hanya melorek senyum bila Jack tenung dia. Serba serbi boleh juga suami dia ni. Puji Auni dalam hati.

Auni menatap jam sedar tak sedar dah lebih setengah jam mereka begitu dia mula beredar ke dapur untuk sambung bakar semperit yang mereka buat tadi. Jack buat doh dia tekan je. Sebab tak yakin dia mampu buat doh cantik selalu tak jadi. kadang hancur. kadang keras. Tapi dia banyak belajar benda baru lah nak buat biskut dari suami dia.

TOKK!! TOKK!!

Pintu di ketuk membuatkan Jack bingkas bangun dan letak gitar kat tepi.
Dia jengguk Auni masih sibuk adjust suhu oven. Dia terus menuju ke pintu depan. Pintu di tarik pantas.

"Jack.."

Seraya itu pula dia rasa pinggang dia dirangkul. Jack terkejut sampai tak sempat nak mengelak dia rasa macam nyawa dia hampir tercabut. Namun dia cuak kalau Auni sampai nampak ni. Mahu naya jadinya.
Nauzu billahi min zalik.

"Zal..err.. Apa kau ni?"

Jack cuba tahan suara. Dia kelam kabut leraikan pelukan Zalikha. Siot! Zalikha ni.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now