Part✓26

3.2K 85 2
                                    

"Along ada call adik tak?"

Hajjah Kamisah mula duduk di birai katil Arifin. Kebelakangan in sejak Auni pergi ke KL. Arifin lah teman dia berborak. sebelum ni jarang mereka dapat masa begitu. Arifin sibuk dengan bengkel nya. Bengkel yang dia usaha sendiri selama tiga tahun ini. Pergi KL cari kerja pun tak sampai dua bulan dah berhenti.

Orang macam Arifin ni memang jenis tak boleh berkerja dibawah orang. Guna kepala angin sendiri. Hajjah Kamisah mengeluh kecil mengenangkan perangai anak bujang yang seorang ni.

"Ada ibu. Along tanya khabar. adik kate semua baik. Dia kerja kat butik anak Dato ibu. Bukan main ghetok lagi dia. Tapi last nak habis citer. Teresak-esak nanggis pula dah. Rindu ibu lah tu"

Arifin tergelak mengenangkan perbualan dia dengan Auni semalam. Entah kenapa Walau Auni bercakap besar. Dengar sahaja Auni menanggis buat dia jadi sebak juga. Mana tak Auni jenis yang suka sembunyikan perasaan. Risau sebalik nya pula yang berlaku disana.

"Dia risau ke kamu lah tu Along. Along kena rajin buat senaman kat rumah juga. Takut tulang tu tak boleh nak kiaw dah. Doktor kata buat selalu. Cepat elok nanti"

"Dah buat ibu. Tapi sakit lagi rasa nya nak bergerak. Along pun dah bosan menaun dok ghumah nih. Patah kandau dibuatnya. Bengkel Along tu dekat setengah bulan tak bukak"

"Tawakal je lah Along. Ada rezeki ada. Dah takde daya lain dah. Nanti dah sembuh jangan begau asik duk bawak moto laju-laju. Bukan boleh sampai ke bulan pun"

Seloroh Hajjah Kamisah. Arifin tergelak kecil. Memang boleh hilang punca pendapatan kalau lama-lama terlantar dirumah saja. Kata doktor kena tunggu enam bulan baru sembuh sepenuh nya. Masalahnya dia larat ke nak tunggu enam bulan lagi?

Tak kan lah nak harapkan Auni sahaja uruskan pasal bayaran motorsikal dan sewa bengkel. Auni pun ada keperluan sendiri. Kalau dah sembuh rasanya tiga bulan lepas ni dah boleh cuba buka bengkel. Ambik service repair yang mana dia mampu buat.

"Nasib ke bulan ibu. Kalau ke liang lahad. Hilang la sekor anak ibu yang handsome ni"

PAP!

Spoontan kaki Arifin ditampar ringgan. Namun Arifin sempat mengaduh kecil. berkerut wajahnya memandang Hajjah Kamisah yang mengumam geram dengan kelancangan mulut dia tadi.

"Aduh! sakit ibu. mende lompang orang ni?"

Soal Arifin gosok kaki dia. Kebas sikit bukan sakit sangat pun saja nak manja dengan ibu. Biasa si budak bongsu tu yang selalu dimanjakan.

"Tu la mebobok yang bukan-bukan. Ibu pergi masak sup haruan dulu. Along rehat-rehat la. Jangan duk kuar masuk bilik. Nanti dah sihat suka hati along nak merayap dah"

Nasihat Hajjah Kamisah seraya bangun.

"Baik ibu. Masak lah along dah lapar ni, sejak oku ni makin kuat pula nafsu along nak makan"

"Makan je lah Along. Kamu tu kan kurus. Biar masa kat ghumah ni naikan sikit berat kamu tu. Perempuan tak suka badan macam biskut kering nih. Biar sado sikit badan kamu tu"

"Salah tu ibu perempuan sekarang lebih suka poket gemok la ibu. Badan takde hal punya. Ha macam tu ibu buatkan sambal belacan sikit lah baru berselera along nak makan banyak nanti. buleh yea ibu?"

Hajjah Kamisah tidak menjawap hanya mempamerkan reaksi malas melayan permintaan anak lelaki nya. kaki baru je baru lepas operate nak pekena belacan pula. Memang tak lah dia turutkan. Arifin ni kata nak sembuh cepat. Tapi makan tak jaga. Kejap lagi waktu dia masak. Berjalan lah dia ke hulu hilir. Tak boleh duk diam sejak dah boleh guna tongkat ni.
Hajjah Kamisah mengeleng kepalanya.




Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now