Part✓51

5.3K 140 6
                                    

Jack mengeluh sendiri hilang terus mood dia nak beli oden. Ingatkan dia nak singgah hantarkan makanan pada Auni yang sudah dua hari masuk kerja di butik perempuan didepan nya. Jangan Zalikha buli isteri dia sudah. Kalau dia tahu Zalikha buli. Memang minta dia jentik dahi Zalikha sampai jadi jendul.

"You buat apa kat sini?"
Soal Zalikha pada Jack yang sudah pamer riak tak suka.

"Beli makanan lah. You ada nampak orang pergi familymart nak mandi manda ke?"

"I tanya je. Manalah tau you masuk sini sebab nampak I ke?"

"Mulut you ni macam kuntau tau. Peloyse nak melayan. Tau kuntau tu apa idok? Penyodok sampah. Cakap macam takde akal. Lemaih lah I dengar isteri orang cakap macam ni"

Herdik Jack benggang. Dia cepat-cepat melangkah keluar. Niat nak beli oden di lupakan. Zalikha terkedek-kedek ikut dia dari belakang.

"Jack.."

Terasa tangan dia ditarik Zalikha. Cepat-cepat Jack tarik semula semak pula dia dengan perangai Zalikha ni sikit-sikit nak pegang.

"Kalau you kacau I lagi. I report polis sebab lakukan sexual harrasment.

Bentak Jack bila Zalikha mahu sentuh dia lagi. Zalikha tergelak sinis pandang Jack.

"You ingat diaorang tu percaya. Kes tangkap khalwat you pun tak selesai lagi.

"Tak kisah lah. Takde kaitan dengan you. wait atau you dalang semua ni?"

Teka Jack membuatkan spekulasi berdasarkan instinct nya yang begitu kuat menyatakan perihal tersebut memang ada kaitan dengan Zalikha.

Zalikha diam terpinga-pinga.

"You jangan nak tuduh I. You tak rasa Farisha yang saje nak perangkap Yaz. you pun tau kan Farisha tu psycho. Dia dari dulu nakkan Yaz. Tengok dengan you dia taknak kawen pula. Kalau dengan Yaz dia kena tangkap malam tu. Comfirm dia claim nikah dengan Yazzer"

"Mana you tahu kami tak nikah?"

Soal Jack sudah berkira-kira mahu buat pengakuan tentang hubungan dia dan Auni. Dia berang betul bila Zalikha rendah kan maruah isteri dia. Sedangkan mereka kena perangkap bukan sebab lakukan benda terkutuk tu.

Nafas Zalikha sudah turun naik menahan amarah.

"Kalau you sampai nikah dengan dia I bunuh dia. I bunuh Auni Farisha!"

Ugut Zalikha sudah naik angin dengan Jack. Dia terus berlalu. Jack terkedu tak bergerak. Hati dia sudah terasa begitu terkesan dengan ugutan Zalikha. Mana tidak Auni isteri dia berada disana. berkerja dengan Zalikha. Risau kalau nanti sampai jadi apa-apa pada isteri nya. Dia tak akan maafkan diri.

"Patut ke aku terus terang dengan Auni pasal Zalikha ni. Nanti dia benci aku pula Ya Allah bantu aku."

Desis Jack kesal dengan kelakuan Zalikha yang makin melampau. Zalikha ni memang dah level psycho!

Auni lihat Zalikha balik dalam keadaan wajah yang masam mencuka. Mujur lah dia ada seminggu lebih sahaja baki mahu berkerja dengan Zalikha. Kalau tak emosi dia pun boleh terganggu tengok Zalikha ni kejap okay. Kejap tak okay.

Telefon pintar beri isyarat ada WhatsApp yang masuk.

My husband :Assalamualaikum..nanti awak balik. Saya jemput tau. jaga diri kat sana. kalau boleh awak jangan cerita pasal kita pada Zalikha dulu. Saya sendiri akan bagitau Yazzer dan Zalikha kelak. sampai rumah nanti saya ada benda nak bincang. Miss you cinta hati Saya😘"

Auni mengukir senyuman bila baca WhatsApp Zack Zikri. Apa lah yang hendak dibincangkan Jack pada dia nanti. Hati dia dah berbunga namun dalam masa yang sama bercampur cuak.

Auni: Waalaikumusalam baik. Miss you too Abang🤭

My husband : Taip muahh dengan huruf besar boleh?

Auni : MUAHHHH 😅

My husband : okay MUAHHHH!!! take care cinta

Zalikha dah kerling Auni dari meja nya. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati bila lihat Auni ni selalu berwhatsApp dengan seseorang. Sebelum ni Auni takde lah pegang handphone macam tak lepas. ni kejap-kejap dia check handphone. Macam orang dilamun cinta. Zalikha dah syak yang kata-kata Jack tu benar. Jangan sahaja mereka bernikah tanpa beritahu sesiapa termasuk Yazzer. Zalikha mengepal tangan sendiri sambil merenung Auni yang leka membuatkan kerja. Dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena.

Fikiran nya dah kusut. Dia nak keluar sekejap untuk cari mood dia. Zalikha capai handbag nya yang tak sampai 10 minit dia lepaskan dan terus melangkah keluar. Auni hanya mampu pandang kelibat Zalikha. Baru balik dari luar lepas tu keluar lagi. Auni pun naik pening tengok cara Zalikha uruskan butik.

"Cik Farisha saya balik dulu"

Tailor part time Zalikha sudah pamit padanya. Auni mengangguk. Di jeling sekilas jam hampir 6 petang. Auni mula kemas barang. Simpan fail yang dia sudah selesai catat di meja Zalikha. Tiba-tiba pintu ditolak. Auni dengar sahaja dia masih ralit menekan remote air cond dan matikan suhu.

"Maaf lah kami dah nak tutup"

Kata Auni seraya menoleh. Mata nya terpaku seketika melihat wajah didepan pintu. Dia mula dah pamer riak tak selesa.

"Tau cik Farisha pukul 6 kan jam awak balik"

"Puan Zalikha dah balik awal Encik Yaz. Saya pun dah nak balik"

Kata Auni cepat-cepat capai handbag. Kunci dicapai dan dia tunggu Yazzer didepan pintu. Yazzer akur dia keluar dari butik Zalikha dan perhatikan gadis itu yang tergesa gesa kunci pintu tersebut.

"Awak balik lah Encik Yaz. Puan Zalikha dah balik"

Kata Auni bila Yazzer masih pandang dia. Entah kenapa pula lelaki itu tercegat disitu.

"Saya tunggu awak ni cik Farisha. Saya nak ajak awak minum-minum sekejap"

Hati Auni dah berdetak laju. Mimpi apa ya Yazzer ni?  Tiba-tiba macam lain sangat perangai dia bisik Auni dalam hati.

"Maaflah Encik Yazzer. Saya banyak benda nak buat"

Tolak Auni lembut. Dia mahu melangkah tapi Yazzer tetap ekori dari belakang dan akhir nya mengejar langkah dia. Auni termanggu saat Yazzer halang langkah dia.

"Kenapa awak macam dah tak suka saya cik Farisha?"

Duga Yazzer membuatkan Auni tak berkutik dia diam lama pandang Yazzer. Sejujurnya dia sudah tiada perasaan pada Yazzer sekarang. Sebab dalam hati dia dah ada seseorang yang dia rasa. Orang yang paling layak dan sepatutnya untuk dia sayangi dan cintai.

"Iam sorry encik Yaz. Saya dah ka-"

"Yazzer!"

Suara dari arah bertentangan dari mereka membuatkan Auni tak jadi melanjutkan kata-kata. dia dan Yazzer menoleh serentak kearah suara tersebut. Hati Auni dah mula rasa bersalah bila mata nya beradu dengan seseorang yang berada di hadapan mereka.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now