Part✓18

2.8K 90 4
                                    

Auni termenung seketika. Sedih rasanya bila dengar Along asyik risau pasal bengkel dan moto yang belum habis bayar. Dulu masa dia patah tangan Along yang banyak tolong dia. Suapkan dia makan kalau ibu sibuk. Layan kan dia nak makan itu ini. Sampai Along tak jadi beli bola yang Along nak sebab layankan tekak dia.
Abah memang dah didik mereka berdua jangan boros. Kalau ada duit simpan. Jangan guna beli benda tak berfaedah.
Makan apa yang abah sediakan. Tapi masa sakit tu Along yang banyak layankan kemahuan dia. Sanggup along ajak kawan yang takde lesen moto bawa along pergi bandar belikan kfc untuk dia.

"Masa ni lah aku kena tolong Along. Apa guna aku Adik dia kalau Along tengah susah aku tak dapat bantu"

Putus Auni dalam hati. Kalau Along dah Operation nanti dia kena rehat dulu dari berkerja makan masa nak sembuh. Mungkin dalam tiga ke enam bulan sebab Doktor kata angggota badan bawah macam kaki memang makan masa nak sembuh sebab kena bawa bebanan tubuh. tapi bergantung pada komitmen pesakit ketika menjalani rawatan dan menghadiri rawatan fisioterapi.

Along memang taknak susahkan abah. Dia pun faham Abah dah selalu pesan simpan duit. Rasanya dia nak cari kerja balik. tolong along sikit-sikit.

Tapi kat kampung ni kerja jaga kedai runcit pun dapat ke 500 ke 600 ratus macam tu. Lagi satu takde pengangkutan.

Nak naik teksi hari-hari alamat nya sia-sia lah kerja. Tolak duit pengangkutan. Lagipun dia tak biasa kerja disini. Dia lebih suka cari kerja jauh sikit biar orang tak kenal. Tak kisah lah kerja cleaner ke apa je asalkan bukan di tempat sendiri.

Bukan lah malu tapi memang dia lebih selesa macam tu. Malas nak sapa-sapa orang. Pastu kena perli bukan takde pengalaman dah. Kalau ingat balik boleh berwap otak. ah malas lah kerja dekat-dekat.

Auni mengetap bibirnya dagu di usap-usap.

"Aku rindu K.L. Tapi aku malu betul mengenangkan kisah aku kat sana. Adui kisah tersuka husband orang tu. Perit betul nak hadam.





Zalikha masuk kedalam sebuah restaurants. Langkah nya menuju kesalah satu meja yang diduduki seorang gadis muda yang begaya,

"Shima lama tunggu?"
Pipi dilaga mesra sebaik sahaja gadis itu bangun menyambut kedatangan Zalikha.

"Duduk lah Zal"

Perlawa gadis itu pada dia. Zalikha terus melabuhkan punggung didepan gadis yang dipanggil Shima. Minuman segera dipesan untuk membasahkan tekak.

"Apahal you tiba-tiba ajak I jumpa babe?"

Soalan Shima memang yang Zalikha tunggu-tunggu. Dia ada perkara penting untuk minta tolong Shima.

"Actually babe I ada benda nak you buat"

Zalikha pandang Shima penuh makna. Wajah Shima dah berkerut seribu. Dia pandang airmuka Zalikha yang simpan sesuatu yang sukar untuk di tebak.

"What! you nak I palsukan laporan pasal you tak boleh pregnant?"

Ternonong Shima seketika dengar permintaan Zalikha. Dia memang doktor tapi itu suatu kesalahan besar. Jika timbul masalah. Klinik dia boleh disaman dan itu melanggar policy. Kenapa Zalikha macam ni? Terlalu penting kan diri.

"Yes. I cuma nak bagi pada Yazzer. I nak dia kahwin lain sebab I tak dapat bagi dia anak"

"Correction. you not can't Zal. But you don't want to get pregnant. Habis yang you minta I buat family planning untuk you selama ni kenapa?"

Berkerut-kerut wajah Shima. Zalikha tertunduk lama.

"I don't love him. I can feel anything. I tak boleh tipu diri I sendiri. I dah cuba sedaya upaya I"

Suara itu bertukar serak. Shima mengeluh berat segera bahu Zalikha di rangkul lembut.

"Habis kenapa you nak Yazzer kahwin lagi?"

Zalikha mengesat airmata dia. Wajah diangkat namun masih ada sisa airmata yang berbekas dipipi nya.

"I tahu dia sangat sayangkan I. Dia tak akan tinggal kan I. Kalau dia dah kawin lain. I harap dia boleh bahagia dengan orang yang ikhlas sayangkan dia"

"You nak jadikan perkahwinan Yazzer yang kedua tu sebagai alasan you nak cari kesalahan Yazzer? dan tuntut penceraian dari dia. Then you masih nak kejar Zack Zikri bekas boyfriend you tu?"

Teka Shima bagai tak percaya. Namun Zalikha sendiri tanpa segan silu mengangguk. Shima makin binggung. Kenapa cinta Zalikha pada lelaki bernama Zack Zikri ni tak pernah padam. Sekali dah berubah tangga pun masih nama Zack Zikri meniti dibibir dia. Padahal Yazzer dah cukup sempurna untuk jadi suami dia.

Shima mengeluh lagi. Kenapa lah Zalikha boleh jadi sebegini. Semua yang dia lakukan bagai di luar kotak pemikiran. Cinta itu buta. Buta sampaikan membutakan wanita seperti Zalikha. Shima mengeleng kecil.

"Please Shima. Tolonglah babe untuk kali ni je. Tolonglah I"

Rayu Zalikha dengan wajah suram. Shima tak menjawap. Berdolak dalik hati nak membantu Zalikha. Kalau Syed Yazzer tahu. Silap-silap klinik dia boleh disaman dan dia akan menghadapi pertuduhan memalsukan laporan.

Zalikha pula kawan rapat dia tak kurang yang dia laburkan dalam bentuk kewangan ketika dia mula membuka klinik dahulu. Sedikit sebanyak dia rasa terhutang budi. Zalikha kau cantik ada segala nya. Tapi kenapa kau jatuh cinta pada orang yang salah pada waktu yang salah? Kenapa Zal? keluh Shima dalam hati dia bila lihat keadaan Zalikha.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now