Yazzer menolak daun pintu. Zalikha yang masih berada di sofa dirapati semula.
Zalikha hanya menjeling hairan dari ekor Mata. Tak sampai sepuluh minit Yazzer dah balik semula. Dia dah hantar Farisha ke tidak. Apa agaknya respon Yazzer bila bersemuka dengan Farisha? Hati Zalikha rasa tak tenteram. Kenapa sekejap sangat Yazzer keluar hantarkan Farisha?"You okay. Meh sini I picit kepala you"
Dahi Zalikha terus disentuh. belum sempat kerja dilanjutkan. Zalikha bersuara."You cepat nya?"
Soal Zalikha dengan nada nya sengaja dia lemahkan.
"I tak sampai hati nak tinggalkan you. I minta tolong Jack tutup butik dan hantarkan pekerja you balik"
"Hah!"
Terbangun Zalikha dari baringan. wajah dia cemas. macam hilang terus sakit di kepala. Hati nya pula berdebar tak menentu mendengar kata-kata Yazzer.
Yazzer hanya terpinga-pinga melihat reaksi Zalikha yang tadi lemah semacam tapi suara dari kali ini agak kuat pula.
"Apa! you minta tolong Jack?"
"Ya sayang. dia ada singgah amik kunci tadi. tu yang abang tunggu luar sekejap. nanti dia adalah singgah lagi. pass kan kunci"
Masih tergamam Zalikha tak berkedip mata. lain yang dia rancang sebaliknya pula yang berlaku. Yazzer berkerut menatap Zalikha yang sudah membatu lama.
"Kenapa dengan you ni sayang?"
Soal Yazzer agak cuak melihat Zalikha. wajah isteri dia nampak cemas sekarang.
"Err.. I nak naik atas sekejap nak mandi"
Tukas Zalikha terus bangun dan beredar. Yazzer masih berkerut tak sempat bertanya lagi. Aik tadi sakit macam tak larat nak bangun. sekarang tiba-tiba okay pulak?
Zalikha berlalu ke atas. laju dia mendial nombor telefon Auni. terkial-kial dia cuba hubungi nombor milik gadis itu. Namun hampa dia mendenggus geram dia duduk dibirai katil sambil otaknya ligat berfikir macam-macam.
"Kenapa Farisha tak angkat?"
Gumam dia lalu membaling kasar handphone atas katil. dia mengeluh geram. mendengar derap kaki diluar yang semakin hampir Zalikha lekas-lekas bangun dan pergi kebilik air.
Dia bersandar dibalik daun pintu. Mata dipaksa untuk pejam seketika. mujur lah Yazzer tak nampak kelakuan dia tadi."Kenapa Jack pula yang kesana?"
Keluh nya mengigit bibir. dia kecewa sendirian dibalik pintu.
"Sayang you tak apa-apa?"
Suara Yazzer diluar pintu bilik mandi membuatkan Zalikha terus menekup mulut. dia risau Yazzer dengar dia sebut nama Jack.
"Okay. er I okay you"
Zalikha mengeluh halus. dia terus melangkah mahu bersihkan diri. biarlah apa nak jadi. dia ingatkan nak Yazzer kesana. tapi nasib tak sebelahkan dia pula nak temukan Yazzer dengan gadis tu semula. mudahan lah Jack terus hantarkan pekerja dia balik.
Zack zikri berhentikan kereta. selepas memerhati sekeliling dia mula keluar dari perut kereta.
Dia pandang sign card masuk butik itu sudah closed. Sambil atur langkah perlahan dia sempat mengamati dari cermin diluar tiada siapa didalam. Tangan dia cuba menolak sliding glass door ketepi. mujur lah tak berkunci dari dalam.
"Assalamualaikum abang dah sampai ni?"
Tegur Jack memerhati kedalam butik.
baru beberapa langkah dia dengar suara sayup-sayup seperti ada orang yang menanggis. sekaligus membuat dia meremang pula bulu roma.
YOU ARE READING
Hanya Yang Kedua
RomanceAuni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan...