Part✓17

2.8K 91 1
                                    

Bunyi ringtone lagu senorita memecah kesunyian. Auni capai handphone atas meja dengan malas.

Mata yang masih berat dilayan kan saja. Lepas makan tadi seronok pula tido jam 3:00 petang macam ni. Syurga betul bila duduk di rumah ni makan puas-puas tido pun cukup. Ah indah nya dunia.

Handphone diletakkan ditelinga setelah dijawap.

"Hello"

Samar suara disana lalu diperiksanya handphone dia. Dalam keadaan terbalik. Ah mengantuk punya pasal ni.

"Hello adik. Dengar tak? ni Pak Lang"

"Ye Pak Lang ada apa?"
Dia masih mamai lagi kepala digaru-garu disertakan dengan nguapan menunggu Pak Lang bercerita.

"Dengar ni adik. Kasi tahu dengan abah. Along kamu excident moto ni kat pekan"

Tersentak Auni seketika terus terbuntang bulat mata dia. Astagfirullahaladzim.

"Ya Allah Along okay ke Pak Lang?"

"Tu nak cakap. Pak Lang dah bawa dia pergi hospital. teruk juga adik. Dah tak boleh jalan. Dia tak nak kasi tau abah kamu tadi. tu yang call Pak Lang"

"Hospital mana Pak lang. Nanti adik kasi tahu abah dan ibu"

"Hospital kat pekan ni. Pak Lang amik kamu lah dulu. Nanti adik kasi tau elok-elok kat abah ye. Jangan buat dia marah. Pak Lang taknak along tu rasa Pak Lang tak jaga amanah. Sebab dah patah kaki macam tu. takkan nak sorokan dari abah kamu lagi"

"Teruk nau bunyi nya Pak Lang. Takpe kejab lagi adik ngan abah sampai guna teksi. Pak Lang takyah ambik. Pak Lang jaga along tau. Along tu degil nanti Pak Lang pandai-pandai lah hadap dia. Assalamualaikum"

"Ye Adik taulah Pak Lang ngajau kalau dia degil. Waalaikumusalam"

Auni pantas bersiap-siap ambil baju Along yang patut. Bawak sedikit makanan untuk alas perut.

Auni berlari turun terus dia masuk kedalam sawah yang kadang menyakitkan kulit lengan nya. Abah Haji Saini masih leka dengan kerja menyabit rumput. Auni redah sahaja dia cuba panggil abah dia Namun abah melilau ditempat lain pula dah. Dia dari belakang langsung tidak ditoleh tercungap nafasnya.

"Abah!"

Panggil Auni masih menahan penat berlari. nafas nya masih sesak akibat larian marathon tadi.
Abah dia menoleh baru dia perasan suara yang sayup-sayup kedengaran itu suara anak gadisnya. Dipandang nya Auni yang masih tak cukup nafas. Tangannya saja gigih cuba tunjuk satu arah. Haji Saini hanya berkerut tak faham dengan isyarat yang Auni cuba gunakan.

"Kenapa dengan kamu ni?"

Auni tegakan badan. Dia patut lebih bertenang. Ingat pesanan Pak Lang tadi. Bagitahu elok-elok kat abah. Lagipun jangan buat abah cemas. Abah ada darah tinggi. Auni menarik nafas dalam dalam.

"Abah tenang yea. Jangan terkejut atau terbakau darah"

Pujuk Auni cuba tenangkan abah dan termasuk diri dia sendiri.

"Apa kena kamu ni adik?"

"Tenang Abah tenang"

Pinta Auni wajah Haji Saini hanya berkerut gagal nak hadam. Lari macam ada hantu yang mengejar anak gadis nya boleh pula minta dia tenang. Tambah risau hati Haji Saini pandang wajah anak gadisnya.

"Ha.. cakap lah!"

"Abah rileks. Along -along dia?"

Kata-kata Auni mati tatkala wajah tua abahnya pandang dia dengan khusyuk. kasihan pula pada abah. Auni tarik nafas semula. Walaupun tak sampai hati. Dia kena juga bagitahu abah keadaan abang sulung dia.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now