Part✓10

3.5K 98 1
                                    

Auni terus masuk dalam sebuah pasaraya. ada sedikit barang yang dia perlu beli. Langkah menuju mendekati rak makanan ringgan. depan tv dekat rumah sewa memang kudapan ni sangat diperlukan untuk dia dan Fara.

Dia capai apa yang menarik selera kedalam bakul. tekun dia memilih sebab Fara jenis alergik perisa makanan laut.

Dia baru mahu keluar dari lorong bahagian tersebut. matanya masih ralit perhati makanan diatas rak. tanpa sedar sebuah troli yang baru disorong masuk datang dari arah depan. sikit lagi dia mahu terlanggar troli yang disorong pasangan tersebut. Keduanya serentak pandang pada dia. bila hujung bakul yang Auni jinjing terhentak pada troli mereka.

"Eh! sorry"

Kata Auni spontan kerna terkejut bila bakul yang dijinjing berlaga kuat dengan troli milik pasangan depan dia.

"It's okay cik"

Wanita depan dia memberi respon positif. mesra. cantik orang nya. putih. Auni hanya mampu mengukir senyuman. Pandangannya dibuang pada lelaki yang membatukan diri disebelah wanita cantik itu.

Auni terkedu tatkala wajah mereka bertembung. air liur ditelan terasa berpasir. Wanita tadi dah kembali sibuk mencari-cari barang dirak sebelah kanan mereka di biarkan berlalu.

Alamak! Syed Yazzer. lama mereka beradu pandangan. namun Syed Yazzer kelihatan betul-betul tak selesa.

"You nak makan yang ni tak?"

Wanita tadi panggil Syed Yazzer membuatkan keduanya tersentak dari berpandangan. Auni cepat-cepat beredar.
sekali lagi dia rasa gementar namun cuba untuk menoleh kembali pada keduanya.

"Oh betul lah dia dah kahwin. gila kau Auni. kau tengoklah bini dia jauh lebih lawa dari kau!"

Keluh Auni tambah kesal lagi. mana tak. kalau tahu Syed Yazzer dah berkahwin. takde lah dia nak hantar hadiah pada Syed Yazzer sampai macam tu sekali. Hari ni malang pula bila mereka bertembung disitu. bukan main cuak lagi muka Yazzer tadi. Auni Farisha mengeluh kecil. Dia rasa mahu beredar cepat dari situ sebelum bertembung sekali lagi. dia laju berjalan ke ruang kaunter bayaran.

"You okay tak?"

Zalikha pandang Yazzer yang sempat termenung sekejap sambil menunggu dia memilih barang.

"Eh okay sayang"
Dia sorong troli sampai pada Zalikha.

"Kita pergi tengok makanan basah kejap"

Ajak Zalikha. Syed Yazzer hanya ikutkan sahaja sempat dia menoleh ke belakang. Nasib sahaja gadis itu ikut rentak nya tadi dengan berbuat taktahu. Risau timbul salah faham pula. Mana tidak dia jarang bersapa dengan perempuan lain kecuali saudara terdekat dan kawan rapat sejak mereka mendirikan rumah tangga. Zalikha memang bukan lah seorang yang cemburu buta. Dia okay sahaja namun Yazzer sendiri yang lebih suka macam begitu.

Jack merunggut seketika handphone dah berbunyi sekian tadi akhirnya dicapai. Bukan nak menjawap malah icon merah di slide ke tepi dengan rengusan kasar.
Wajah berkerut memaparkan riak bosan dengan panggilan itu.

Dia ralit kemas barangan peribadi didalam lokar. Kunci kereta turut dicapai. shif pagi sudah hampir selesai. Pagi tadi hanya ada satu kes kecemasan kucing tersepit dalam enjin kereta. Alhamdullilah kucing selamat pemilik kereta tu pun dah boleh guna kereta.

Sesekali dia berselisih dengan Syed Yazzer yang baru nak keluar dari kereta. dia sengaja tunggu sehingga Yazzer keluar dari perut kereta untuk bertegur dengan sahabat nya.

"Yaz awal masuk. lagi 10 minit?"

Tegur Jack tatkala Yazzer senyum pada dia yang tengah start kunci. panaskan enjin kereta.

"Awal lah. aku hantar Zal tadi dia ada dinner dengan kawan dia"

"Ouh"

Jack mengaru pelipis nya. kemudian dia betulkan side mirror.

"Jack apasal kau left dalam group whatsApp uitm semalam?"

"Erk. apa masalahnya kalau aku left?"

Soalan dibalas soalan segaris senyuman terukir dibibirnya.

"Lah tanya balik? bukan kau banyak awek ke dalam tu?"

"Malas lah aku bro. buat semak handphone aku je. motif? apehal nak buat group ex student uitm kira dalam tu dah berkahwin semua. Habis aku yang single ni nak jadik bahan je ke?"

Yazzer tergelak sambil mengeleng kepala.

"Nanti aku left juga lah. Nora yang add kita kan. bukan dia awek kau ke dulu?"

Jack tersenggih sekejap. memang betul lah tu. Nora. Raudhah. Hananum dan Sharifah. Nama kampung tapi lawa-lawa jugak minah Uitm dulu lagi dalam jurusan perbankan. ramai juga awek Uitm yang dia pasang. cuma sekarang dah kurang sikit dia. Lain cerita di kolej saito dia banyak fokus pada kerjaya dari benda mengarut semua tu.

"Tu dulu. Nora sekarang dah ada boyfriend. Aku taknak lah ingat balik barang lama. antik sangat dah boleh jadik fosil sejarah"

"Kau macam nilah. semua je taknak entah siapa kau tunggu ni?"

Usik Yazzer seraya lock kereta dia.

"Aku bukan taknak. kalau Nora tu single aku okay je. Dia pun lawa tapi kalau nak serious tu maybe tak kut"

"Kau ni lain macam sekarang eh?"

Yazzer ketawa lagi dia berkerut pandang Jack. Hairan kadang nampak macam buaya tapi dalam hati siapa tahu. sebab takde pula kekasih kekal. tak pernah dia lihat Jack ni serious dan kekal dengan satu perempuan. Mudahan dah jumpa jodoh nanti boleh lah berubah sekilas dipandang nya Jack yang mula masuk kedalam kereta.

"Gerak dulu bro. Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam. drive safely"

"Okay bro"

Jack beredar dan angkat tangan pada Yazzer yang perhati dia. Kereta dipandu laju bunyi handphone kembali memekak kan telinganya. sesekali dia mengeluh bila pandang sekilas tatap screen handphone

"Apa masalah perempuan nih!"

Keluh dia kereta diperlahankan. nombor yang memanggil terus saja diblock dari aplikasi whatsApp dia. Kemudian dia kembali beri perhatian pada pemanduan nya. wajah dia berkerut masih gusar. Kalut dia dengan perangai perempuan yang satu ni.

Lama-lama dia boleh mati kena tertekan jiwa kalau menghadap benda yang sama setiap hari.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now