Puan Suhaila mengetuk pintu bilik anaknya, dia tahu Surianna berada di dalam. Dari luar masih kedengaran sedu-sedannya.
"Suri, keluar nak. Dah-dah lah tu, jangan nangis lagi" kata Puan Suhaila.
Surianna membuka pintu, dia terus memeluk mamanya. Air mata pantas mengalir membasahi pipi. Dia benar-benar sedih saat ini. Sedih mengenangkan nasibnya. Sudah 5 tahun Irham pergi tinggalkannya.
"Kenapa ni? " Puan Suhaila menyeka air mata anaknya.
"Salah Suri ke abang Am meninggal? " soal Surianna.
"Tak, bukan salah Suri nak. Dah ajal dia, Suri jangan salahkan diri Suri" pujuk Puan Suhaila.
"Suri cuba ma, tapi tak boleh. Suri asyik teringatkan kemalangan tu. Suri rasa bersalah sangat ma" makin lebat air matanya.
Puan Suhaila menarik anaknya duduk di sebelahnya. Surianna duduk di birai katil bersebalahan mamanya.
"Suri, jangan sentiasa salahkan diri tu. Suri solat tenangkan diri. Minta petunjuk.. " Puan Suhaila mengusap belakang anaknya.
Surianna mengesat air matanya. Dia rasa sedikit tenang.
"Suri.. " Surianna memandang mamanya.
"Mama nak tanya sikit ni. Maaf kalau mama tanya ni. Emm.. Suri tak nak cari penganti Irham? " Puan Suhaila bertanya.
"Buat masa ni Suri tak nak fikir lagi pasal hal ni. Hati Suri dah tertutup ma, Suri rasa serik ma. Suri hilang orang yang Suri sayang. Lepastu, Suri terpaksa kahwin dengan orang yang Suri tak cinta.. " sayu suara Surianna.
Puan Suhaila diburu rasa bersalah. Hal ini terjadi juga salah dia dan suaminya yang memaksa Surianna mengahwini Irham. Puan Suhaila memandang wajah sayu anaknya.
"Maafkan mama nak.. " Puan Suhaila memegang tangan anaknya.
"Salah mama juga. Mama yang paksa Suri kahwin dengan Irham. Kalau mama tahu yang Suri dah berpunya, mama takkan paksa Suri kahwin dengan dia.. " Puan Suhaila mengusap rambut ikal anaknya.
"Tak apa ma..Suri tak salahkan mama dalam hal ni. Tapi sekarang, Suri tak nak lagi fikir pasal hal ni.. Suri cuma nak fikir pasal kerja Suri dan family aje.. " balas Surianna.
"Tak apalah.. Mama ikut aje apa yang Suri fikir. Dah, jom kita pergi dapur kesian dekat Afiq. Mesti dia lapar tu.. " ajak Puan Suhaila.
Mereka berdua bangun lalu berjalan beriringan menuju ke dapur. Kelihatan Afiq sedang sibuk bermain permainan video di dalam tablet miliknya.
Surianna duduk di sebelah anaknya. Kepala anaknya diusap perlahan, Afiq sudah masuk 8 tahun.
"Mama! " Afiq memeluk mamanya sebaik Surianna duduk.
"Mama menangis ke? " soal Afiq.
"Eh, mana ada mama menangis. Mata mama masuk sampahlah" balas Surianna. Dia tidak mahu tunjuk kesedihan kepada anaknya.
"Eh, Hafiz lapar ke? Mama masakkan ye" Surianna menukar topik. Afiq mengangguk. Surianna bangun lalu mengambil makanan untuk dimasak.
Saat itu, Surianna teringatkan Hafzal, tiba-tiba dia terimbau kenangan dia bersama Hafzal.
Surianna duduk di bangku, sambil itu dia melihat keindahan tasik di hadapannya. Tengah seronok melayan keindahan, seseorang datang lalu menutup matanya.
"Cinta ke rindu? " soal Hafzal. Tangannya masih menutup mata Surianna.
"Dua-dua. "
"Tak boleh kena pilih satu aje. "
"Ofcos lah cinta. Saya kan cintakan awak" kata Surianna sambik tersenyum.
Hafzal membuka mata Surianna. Dia duduk di sebelah Surianna. Wajah ayu kekasihnya dipandang.
"Cinta? Emm... Tapi saya tak cintakan awak" seloroh Hafzal. Surianna terus memandang pelik ke arah Hafzal.
"Tapi I love you! " kata Hafzal sambil ketawa.
Surianna buat muka menyampah. Dia mencubit manja lengan Hafzal.
"Apa bezanya? " soal Surianna.
"Eh, beza perkataan dia beza. Saya bahasa inggeris, awak bahasa Melayu. Kan beza tu" seloroh Hafzal lagi. Dia ketawa.
"Seronoklah dapat kenakan saya? " Surianna jeling manja.
"Alah.. Janganlah merajuk. Saya gurau ajelah. Jom kita makan, penat tau saya kejar food truck tu semata-mata nak beli nasi ayam ni dekat awak" Hafzal membuka polisterin yang berisi nasi ayam itu.
"Iyelah tu, poyo sangat. Agak-agaklah.. " Surianna tersenyum juga.
Hafzal sudah menyuakan sudu yang berisi nasi dan secebis daging ayam kepada Surianna. Surianna membuka mulut lalu Hafzal menyuapnya.
"Sedapnya.. Sini, saya suap awak pulak" kata Surianna. Dia mahu mengambil nasi ayam itu daripada Hafzal.
"Tak payah, saya yang akan suap awak. Nanti bila kahwin pun saya akan suap awak jugak" kata Hafzal.
Surianna tersenyum. Macam-macam lah Hafzal ni.
"Kahwin? "
"Yelah kahwin, kenapa? Awak tak nak kahwin dengan saya ke? " soal Hafzal.
"Mestilah, kita kan dah rancang dari sekolah lagi. " kata Surianna.
"Saya tak nak berpisah dengan awak, Suri saya cintakan awak" Hafzal menggengam erat tangan Surianna. Surianna membalas gengaman Hafzal.
"Saya pun cintakan awak.. " balas Surianna. Saat itu, mata mereka bertentangan. Surianna ada nampak keikhlasan Hafzal mencintainya.
"Mama! " panggilan Afiq menyedarkan Surianna daripada lamunannya.
"Ye, kenapa sayang? " soal Surianna.
"Cepatlah masak, Afiq lapar.. " kata Afiq.
"Ok, ok Afiq duduk dulu ye. Mama masakkan ye.. " balas Surianna lalu menyambung kerjanya. Pada masa yang sama, dia teringatkan Hafzal tetapi cepat-cepat dia singkirkan daripada kepalanya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...