Sudah setahun Hafzal melayari bahtera hidup bersama anak dan isterinya, mereka sangat bahagia.
Hafzal yang tenang memandu itu sesekali menoleh sekilas pada isterinya. Mereka baru sahaja pulang dari menziarahi kubur arwah Puan Zarina.
"Suri ok tak ni? " soal Hafzal.
"Ok aje bang. Kenapa? " soalnya hairan
" Tak adalah.. Sejak balik dari kubur tadi Suri diam aje "
"Tak adalah.. Suri cuma teringatkan arwah" balas Surianna.
"Walaupun Suri tak pernah dapat layanan yang elok. Tapi macam mana pun, Suri tetap sayangkan dia. Suri tetap anggap dia sebagai seorang ibu" kata Surianna.
Hafzal menganggukkan kepala perlahan.
"Ermm abang.. Jadi tak esok? " Surianna bertanya suaminya.
"Jadi apa? "
"Pergi tengok Ikmal lah. Esok kan dia konvo" kata Surianna.
"Oh! Mestilah jadi. Bukan senang tau nak tengok hari bahagia macam tu. "
"Itulah dapat juga dia habiskan belajar. Ika pun katanya dah dapat tawaran kerja. Hmm.. Sunyilah rumah tu" kata Surianna mengingatkan adik-adiknya yang sudah berkerja.
"Afiq kan ada. Lagipun, Afiq dah biasa rapat dengan mama dan ayah. " balas Hafzal.
Surianna menghela nafas, dia ingin melelapkan mata tetapi niatnya terhenti apabila suaminya tidak membelok ke jalan rumah mereka.
"Abang.. "
"Erm? "
"Abang nak pergi mana ni? " soal Surianna.
"Adalah.. "
"Abang seriuslah. Abang nak pergi mana ni? Kenapa tak balik rumah? " Surianna tak puas hati.
"Abang nak bawak Suri pergi ke tempat special "
"Special? Kalau ye pun, baliklah rumah dulu" Surianna mengeluh.
Hafzal tidak mengendahkan kata-kata isterinya itu. Dia hanya menfokuskan pada pemanduannya.
Dalam beberapa minit, Hafzal memberhentikan kereta dia sebuah tempat yang kelihatan seperti tempat beriadah.
Surianna memandang sekeliling tempat ini. Di hadapan ada tasik, dia pernah macam kenal tempat ini.
"Jom" Hafzal membuka pintu di sebelah tempat duduk Surianna. Bila masa dia keluar pun tak tahu, Surianna tak perasan.
Surianna keluar dari kereta, Hafzal memimpin tangan isterinya."Awak ingat tempat ni? " soal Hafzal.
"Err.. Saya tak berapa nak ingat lah" Surianna menggaru kepala.
"Jom ikut Abang.. " Surianna mengikut langkah suaminya. Tidak lama kemudian, mereka sampai di satu tempat yang ada sebuah bangku.
Barulah Surianna ingat tempat ini. Tempat bermulanya perkenalannya dengan Hafzal. Tempat mereka selalu berjumpa suatu ketika dahulu, dan tempat inilah saksi pengakuan cinta mereka.
Surianna memandang suaminya. Hafzal melemparkan senyuman manis buat isterinya.
"Abang.. "
"Duduk sini.. " Hafzal menarik tangan isterinya untuk duduk di bangku itu.
"Sekarang ni, Suri ingat tempat ni? " Hafzal menyoal lagi.
"Mestilah ingat abang. Tempat ni bermakna sangat pada Suri" balas Surianna.
Hafzal memeluk bahu isterinya.
"Suri tahu tak, dulu tempat ni lah jadi saksi luahan hati abang. Bila abang sedih, bila abang kecewa abang datang sini" ujar Hafzal.
Surianna hanya memandang suaminya.
"Abang luahkan semuanya kat sini... ?" soal Surianna.
"Ye, abang luahkan semuanya kat sini Suri. Bila abang puas, abang rasa tenang aje. " Hafzal memandang tasik di hadapannya.
"Abang.. " Surianna memegang tangan suaminya.
Hafzal menoleh memandang isterinya semula.
"Suri nak mintak maaf atas segala salah dan dosa Suri pada abang selama ni. Suri dah banyak sangat buat dosa pada abang" ucap Surianna. Air mata sudah bergenang di pelupuk mata.
"Suri, abang tak pernah salahkan Suri pun. Perkara dah lama, abang tak nak ingatkan lagi. Sekarang ni abang hanya fikirkan pasal masa depan kita. Kebahagian, itu aje yang abang tengah fikir sekarang ni. "
Hafzal mengusap lembut pipi isterinya.
"Terima kasih abang. Kasih dan cinta abang, Suri akan bawak sampai mati. Suri sayang abang, Suri tak nak kehilangan abang" sayu suara Surianna. Air matanya terus gugur.
"Hei.. Kenapa menangis ni? " Hafzal mengesat air mata isterinya.
"Jangan menangis sayang.. Suri, abang janji akan jaga Suri hingga ke akhir hayat abang. Suri begitu bermakna dalam hidup abang, cinta kita akan kekal tanpa ada apa-apa halangan. Hanya maut yang boleh memisahkan kita" ucap Hafzal.
Surianna terus memeluk suaminya. Hafzal membalas pelukan isterinya, cara pelukannya seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
"Jangan menangis.. " pujuk Hafzal.
Surianna merengangkan pelukan. Dia mengesat air matanya.
"Tengok, kan dah sembap mata tu. " tegur Hafzal.
"Suri...tak nak ke tambah lagi sorang? " soal Hafzal dengan kerlingan nakal.
Surianna mengerutkan dahi.
"Apa maksud abang ni? Tambah? Tambah apa? " Surianna tak faham.
"Tak nak bagi Afiq adik ke? " gurau Hafzal.
Surianna menjegilkan mata, perut suaminya dicubit.
"Tengok tu dah datang balik perangai dia. Gatal eh! " geram pula Surianna.
"Taklah, betul apa. Bagi adik dekat Afiq tak sunyi sangat sekurang-kurangnya ada kawan untuk dia main. Kita pun tak sunyi"
"Pandailah abang cakap. " Surianna menjeling manja."Alah... Merajuk pulak dia.. " Hafzal merangkul erat isterinya. Dagunya diletakkan di bahu isterinya.
"Abang sayang Suri.. Sayang sangat-sangat" bisik Hafzal.
"Suri pun sayang abang" Surianna mencium pipi suaminya. Bahagia Hafzal, dia rasa cukup bahagia. Wajah isterinya dipandang dengan getaran cinta di jiwa.
Cinta yang terhalang.. Kini hanya maut yang boleh memisahkan mereka. Moga cinta mereka kekal hingga ke jannah..
>TAMAT<
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...