36

119 4 0
                                    

Hafzal masuk ke dalam bilik. Dia perasan isterinya hanya diam sahaja hari ini. Tak banyak cakap seperti selalu.

"Suri... " Hafzal duduk di birai katil bersebalahan isterinya.

"Eh, abang. Mana Afiq? " soal Surianna.

"Dia dekat bilik kak Nabila. Suri kenapa ni? Ada masalah ke? " Hafzal pula menyoal.

"Masalah? Eh, tak adalah mana ada. Kenapa abang tanya" Surianna melindungi rasa sedihnya.

"Abang tengok Suri muram aje. Tak bestlah macam ni" Hafzal melentokkan kepala di bahu isterinya.

"Suri.. Sebenarnya rasa tak sedap badanlah.. " kata Surianna.

Hafzal terus memanggungkan kepala. Terus dahi isterinya dipegang.

"Suri demam ke? " risau suaranya.

"Tak adalah.. Mana ada, bukannya tak sedap badan sebab demam. Tapi rasa penat.. Abang janganlah risau" Surianna memegang tangan suaminya.

"Macam mana abang tak risau? Abang tak nak jadi apa-apa pada Suri" kata Hafzal.

"Jangan risaulah.. Suri ok aje" balas Surianna. Surianna mengukirkan senyuman walaupun di dalam hati dia sangat sedih.

Hafzal lega apabila melihat isterinya tersenyum.

"Hah! Macam tulah isteri abang. Senyum, ceria selalu. Baru semangat abang" gembira suara Hafzal.

"Dah! Jom kita pergi makan" ajak Hafzal. Dia sudah menarik tangan isterinya.

"Suri tak seleralah. Abang pergi ajelah makan" tolak Surianna.

"Kalau Suri tak nak makan, abang pun tak nak makanlah" Hafzal kembali duduk di atas katil.

"Jangan mengada boleh tak? " Surianna mencubit pipi suaminya.

"Kalau Suri tak nak makan, Suri teman abang pun dah cukup. Jomlah! " ajak Hafzal.

Surianna akhirnya mengalah.

"Yelah.. Jom" Mereka bangun dan sama-sama menuju ke dapur.

Keluarga Hafzal termasuk Afiq sudah berada di meja makan.

"Hah! Baru aje nak pergi panggil" kata Puan Zarina.

"Duduk Suri" Hafzal menarik kerusi untuk suaminya. Surianna melihat Puan Zarina menjeling tajam padanya, dia duduk juga. Hafzal duduk di sebelah isterinya.

Nabila perasan akan lirikan mata uminya. Kesian kak Suri. Nabila memandang simpati pada Surianna.

Afiq mengubah tempatnya, dia duduk di sebelah mamanya.

"Suri tak makan? " soal Encik Rahman apabila menantunya tidak mejamah makanan. Dia hanya menyuap Afiq sahaja.
"Suri.. Dah kenyang abah" balasnya.

"Eh, mana boleh macam tu. Suri kena makan sikit, nanti masuk angin perut tu" tegur Encik Rahman.

"Makan sikit ye? " Hafzal menyendukkan nasi ke dalam pinggan isterinya. Surianna terpaksa juga menjamah.

"Suri ni kenapa? Muram aje, tak sihat ke?" Puan Zarina menyoal dengan suara yang dilembutkan.

"Ok je umi" balas Surianna perlahan.

"Ingatkan Suri tak sihat.. Yelah muram aje" kata Puan Zarina.

Nabila mengerling uminya. Bilalah umi nak berubah?

Puan Zarina memandang benci menantunya. Mesti dia saja nak bagi orang tahu yang dia buat kerja teruk kat rumah ni. Nanti kau! Puan Zarina menyumpah di dalam hati.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now