Atirah membawa dua biji mug ke ruang tamu. Sebelum ini, dia yang pergi bertandang ke rumah Mak longnya. Tetapi hari ini, maklongnya pula datang ke rumahnya.
"Mana mak kau? " soal Puan Zarina. Mug berisi air milo diambilnya lalu dihirup.
"Balik kampung mak long. Apa cerita datang sini? " ceria Atirah bertanya.
"Kenapa? Aku tak boleh datang sini ke? "
"Eh, boleh tak ada masalah pun. Kalau mak long nak tidur sini pun tak apa. Yang Telah pelik sangat tu sebab hari ni, muka mak long happy aje" kata Atirah.
"Eh, mestilah aku happy.. Aku tak lama nak dapat menantu tau" Puan Zarina tersenyum.
"Ye ke? Ya Allah, tak sabarnya.. Bila langsungnya majlis? Orang mana? " bertalu-talu soalan Atirah. Macam dia pulak nak kahwin.
"Belum lagi, cuma aku suka budak ni. Anak kawan aku" kata Puan Zarina.
"Oh! Ye ke? "
"Tapi kalau boleh tu, aku nak sangat dia jadi menantu aku. Aku tak kira, aku nak Hafzal kahwin dengan budak tu, lepastu aku akan percepatkan perkahwinan diorang" muka Puan Zarina kembali muram. Mukanya seperti marahkan seseorang.
"Bila Hafzal kahwin, dia akan jauh daripada perempuan tu. Aku bukan apa, hari tu aku terdengar yang Hafzal nak ajak perempuan tu kahwin" katanya geram.
"Habis tu, mak long nak buat apa? " makin dekat kedudukan Atirah dengan mak longnya.
"Aku tak buat apa, aku diam aje. Huh! Jangan harap aku nak restu dia kahwin dengan pembunuh tu! Langkah mayat aku dulu! " tinggi suara Puan Zarina.
"Tapi, Hafzal boleh terima ke? Nak ke dia kahwin dengan anak kawan mak long tu? Yelah, dia kan sayang sangat dengan perempuan tu.. Mana tahu kan, kut dia dengar yang mak long nak paksa dia kahwin nanti. Tak pasal-pasal dia lari dengan perempuan tu ke siam" ada saja cerita Atirah ni.
"Berani dia buat macam tu? Aku takkan duduk diam! " tegas Puan Zarina.
"Betul tu mak long, mak long kena buat macam tu. Tirah setuju dengan mak long, mak long kena cepat-cepat buat Hafzal tu dekat dengan anak kawan mak long tu" sokong Atirah.
"Kalau Hafzal masih berdegil, aku tahu macam mana nak buat.. " kata Puan Zarina sambil tersenyum sinis.
"Alah, kalau perempuan tu masuk campur mak long bagi aje sedas dua biar dia sedar diri tu" Atirah mengapi.
"Huh! Kalau dia masuk campur, bukan sedas dua aku bagi. Berdas das aku bagi! " balasnya geram.
"Cantik! Biar dia rasa penangan mak long ni" Atirah turut tersenyum puas.
"Apa yang aku nak aku mesti dapat. Dan aku akan buat apa saja untuk pisahkan diorang. Perempuan tu tak layak nak masuk dalam keluarga aku, dasar pembunuh! " Puan Zarina meluahkan rasa dendamnya.
.............................-.............................
"Suri....awak jangan tinggalkan saya Suri. Saya sayangkan awak" rayu Hafzal.
"Sudahlah! Saya takkan bersama awak lagi. Tolonglah faham perasaan saya, saya tak cintakan awak lagi" Surianna menarik tangannya yang di genggam Hafzal.
"Saya tak boleh terima Suri, saya sayangkan awak! " Hafzal separuh menjerit.
"Tak payah nak ucap sayang lagi pada saya. Sebab saya takkan cintakan awak sampai bila-bila " tegas Surianna.
Hafzal jatuh melutut.
"Selamat tinggal Hafzal, mungkin awak akan bahagia lepas ni" kata Surianna. Tanpa memikirkan keadaan Hafzal yang tengah sedih, dia berlalu dari situ.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...