27

76 3 0
                                    

Surianna sudah selesai makan bersama keluarga Aryan. Dia berasa puas mendapat layanan yang cukup baik daripada keluarga Aryan. Selepas makan, Surianna dan Aryan duduk berehat di taman hiasan.
"Terima kasih Encik sebab sudi jamu saya. Saya suka sangat family Encik. " kata Surianna.

"Alah, kalau awak nak datang boleh aje selalu. Mama saya ada aje kat rumah" balas Aryan.

"Besar rumah Encik, beruntung tau perempuan yang jadi isteri orang kaya macam Encik ni" Surianna tersenyum sambil melihat persekitaran rumah banglo milik papa Aryan.

"Siapa yang jadi isteri saya, saya akan hargai mereka. Saya akan jaga mereka, dan sayang mereka. Saya nak isteri saya bahagia bila bersama saya" katanya.

Aryan menoleh memandang Surianna. Gadis ini tidak pernah menjadikan dia puas melihatnya.

"Suri.. "

Surianna menoleh apabila namanya diseru lembut oleh Aryan.

"Saya bawak awak datang sini untuk jumpa family saya dan satu lagi.. Saya bawak awak ni sebenarnya.. " Aryan terhenti. Dia rasa malu pula hendak menuturkannya.

"Sebenarnya apa? " Surianna ingin tahu.

"Dah lama saya pendam perasaan ni.. " kata Aryan.

"Perasaan apa ni? " Surianna tidak faham.

"Sebenarnya.... Saya.. Cintakan awak Suri"

Surianna bagaikan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Aryan. Betul ke ni?

"Saya cintakan awak. Suri.. Sudi tak awak..jadi isteri saya? " Aryan membuka kotak yang berisi cincin lalu dihurkan kepada Surianna.

Surianna terpegun, dia serba salah. Dia tak boleh serahkan perasaan cintanya pada Aryan.

"Suri? " seru Aryan apabila Surianna mendiamkan diri.

"Saya mintak maaf.. " ucap Surianna perlahan.

Aryan mengerutkan dahi.

"Saya mintak maaf sangat-sangat.. Saya tak boleh terima" kata Surianna sebak.

"Suri.. Kenapa awak tak nak terima? Saya ada buat apa-apa salah ke? Atau keluarga saya.. " Aryan menyoal. Bimbang dia ada buat apa-apa salah pada Surianna.

"Tak, Encik tak buat apa-apa salah pun pada saya. Keluarga Encik pun tak ada buat apa-apa salah. " kata Surianna. Sedaya upaya dia menahan air mata.

Aryan memandang Surianna.

"Saya tak boleh terima Encik bukan bermakna saya tak suka Encik. Tapi saya, cintakan orang lain" akhirnya gugur juga air mata Surianna. Dia sedih kerana rasa bersalah pada Aryan.

"Saya mintak maaf.. " Surianna menekup mulutnya menahan tangis.

Aryan perlahan-lahan mengukir senyuman. Dia perlahan-lahan memegang bahu Surianna.

"Suri, pandang saya.. "

Surianna mengesat air matanya. Dia perlahan-lahan mengangkat mukanya memandang Aryan.

"Buat apa awak nak mintak maaf? Awak bukannya buat apa salah pada saya pun" kata Aryan.

"Saya.. Saya takut Encik terasa hati" ujar Surianna.

"Tak adalah, saya takkan terasa hati. Suri, saya langsung tak marah kalau anak tolak. Sekurang-kurangnya awak jujur.. " kata Aryan.

"Apa maksud Encik? "

"Saya tak kisah kalau awak tak cintakan saya. Saya takkan paksa awak untuk terima pinangan saya ni. Cinta mana boleh dipaksa" ujarnya.

"Terima kasih Encik. Sebab faham hati saya. Insyaallah, Encik orang yang baik. Moga nanti Encik dapat jodoh dengan perempuan yang baik" ikhlas kata Surianna.

Cinta Yang TerhalangWhere stories live. Discover now