Puan Zarina menghempas beg tangannya di atas meja. Panas hatinya, bertambah panas apabila dia mendengar pengakuan Nurin padanya.
"Ada apa auntie nak jumpa Nurin? " soal Nurin seraya duduk di kerusi berhadapan Puan Zarina. Terkejut juga apabila tiba-tiba sahaja Puan Zarina datang ke rumahnya.
"Auntie saja aje datang, nak melawat mama kamu. Lepastu auntie nak jumpa kamu, lama dah tak jumpa kamu" kata Puan Zarina. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Gadis manis di hadapannya begitu membuat dia ceria.
"Oh, ingatkan ada apa tadi. Sebab auntie datang ni mengejut. Selalunya kalau nak datang mesti auntie bagitahu mama atau Nurin" Nurin turut beramah mesra.
"Nurin apa khabar, sihat? "
"Alhamdulilah sihat aje auntie" Nurin tersenyum manis.
"Nurin. Auntie nak tanya sikit ni" Puan Zarina memulakan bicara.
"Apa dia auntie? Tanyalah"
"Nurin dengan Hafzal macam mana? " tiba-tiba sahaja Puan Zarina bertanya.
"Macam mana lagi auntie, biasa aje. " balas Nurin.
"Nurin ni.. Maksud auntie, perasaan Nurin terhadap Hafzal tu macam mana. Suka ke?"
Nurin mengerutkan dahi. Tidak faham.
"Auntie ni bukannya apa, auntie sayang sangat dekat Nurin. Walaupun auntie baru aje kenal dengan Nurin, tapi auntie sayang. Itulah, muka Nurin ni cantik sangat berseri" ceria Puan Zarina memuji Nurin.
"Auntie ni puji-puji Nurin pulak. Tak adalah auntie, Nurin biasa aje" kata Nurin.
"Auntie nak sangat Nurin jadi menantu auntie. Kalau Nurin tak sudi, auntie jadi rugi sebab tak dapat nak bermenantukan gadis baik dan mulia macam Nurin ni" Puan Zarina menyedihkan suara di akhir ayatnya."Auntie, Nurin ni bukannya sempurna sangat. Nurin ada juga buat kesilapan, auntie tak rugi kalau tak dapat bermenantukan Nurin. Insyaallah suatu hari nanti auntie akan dapat menantu yang lebih baik daripada Nurin" tenang sahaja Nurin berbicara.
"Kenapa Nurin cakap macam tu? Nurin tak nak jadi menantu auntie ke? " Puan Zarina bimbang.
"Bukan auntie, Nurin bukannya tak nak jadi menantu auntie. Tapi perasaan Nurin ni, " Nurin terhenti.
"Kenapa? " soal Puan Zarina.
"Sebenarnya, Nurin hanya anggap Hafzal tu sebagai kawan aje auntie. Tak lebih daripada tu" Nurin berterus-terang.
"Nurin dah berbincang dengan Hafzal, Hafzal pun kata benda yang sama. Dia pun tak pernah simpan apa-apa perasaan pada Nurin. Dia tak cintakan Nurin, dan Nurin pun tak cintakan dia. Hubungan kami cuma sebagai seorang sahabat sahaja" terang Nurin.
Waktu itu, wajah Puan Zarina nampak sedih.
"Nurin mintak maaf, Nurin tahu auntie terasa dengan pengakuan Nurin. Apa-apa pun, auntie jangan terlalu memaksa Hafzal. Kesian dia.. Biar aje dia bersama orang yang dia sayang" kata Nurin sambil memegang tangan Puan Zarina.
"Maaf maklong! Ada orang call Tirah tadi" suara Atirah menyedarkan Puan Zarina daripada lamunan panjang. Perbincangannya dengan Nurin hilang begitu sahaja.
"Ni kalau muka dah masam ni. Mesti ada apa-apa ni? " kata Atirah. Puan Zarina mengeluh.
"Aku sakit hati tahu tak. Ingatkan boleh reda sakit hati ni. Tapi lagi sakit dia bagi" Puan Zarina merengus geram.
"Kenapa pulak? " Atirah terus duduk di sebelah Puan Zarina.
"Ni semua salah perempuan lahanat tu! Semua yang jadi ni salah dia! Aku takkan maafkan dia sampai aku mati!! " turun naik dada Puan Zarina menahan geram. Geram dengan Surianna, kalau ikutkan hati mahu saja dia bunuh Surianna tu.
"Kenapa? Dia buat apa dekat mak long? "
"Dia yang jadi punca semua ni. Kerana dia lah, Nurin tolak untuk jadi menantu aku! Kerana dia lah Hafzal tak boleh rapat dengan Nurin! Dasar perempuan bamgsat!! " hambur Puan Zarina.
"Haih.. Tunggu apa lagi mak long? Pergi aje serang dia. Bagi sedas dua, baru dia sedar diri dia tu" balas Atirah.
"Aku tunggu masa yang sesuai aje, sekarang ni susah sikit aku nak jumpa dia. Aku akan balas dendam balik pada dia, tengoklah! Kalau aku dapat dia, aku nak tampar muka dia! Aku nak tonyoh muka dia kat tanah biar bengkak-bengkak badan! " kata Puan Zarina sambil mengetap gigi.
Atirah memegang dagunya, dia sedang memikirkan sesuatu.
"Mak long, Tirah ada satu idea. Tapi tak tahu lah mak long boleh terima ke tak.. " Atirah memandang Puan Zarina.
"Apa dia? "
"Mak long nak balas dendam kat perempuan tu kan? "
"Iyelah, kalau boleh aku nak aje pijak tengkuk dia tu! "
Atirah tersenyum.
"Macam ni, hari tu mak long kata Hafzal nak kahwin dengan dia. Apa kata mak long biar aje diorang kahwin" Atirah memandang ibu saudaranya untuk meminta kepastian.
"Eh, aku takkan biarkan dia kahwin dengan anak akulah! " Puan Zarina menolak.
"Mak long, mak long kenalah terima sebab apa tahu tak. Nanti bila dia kahwin dengan Hafzal, mesti dia akan tinggal situ. Mak long bolehlah ajar dia! " Atirah mencadang.
Puan Zarina diam, seperti memikirkan sesuatu. Tidak lama kemudian, senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya.
"Bagus jugak idea kau ye. Tapi, dia mesti kerja. Susahlah sikit.. " kata Puan Zarina.
"Apa salahnya, paksa Hafzal untuk suruh perempuan tu berhenti kerja. Kan senang" balas Atirah sambil tersenyum lebar.
Puan Zarina tersenyum sinis, dia akan balas dendam pada perempuan itu.
"Tapi, maklong kena sabar dulu. Mak long buat berlakon baik depan diorang. Bila diorang dah yakin dengan mak long. Apa lagi, teruskan aje niat mak long tu. Nikahkan diorang, lepas tu mak long nak panggang perempuan tu ke, salai dia ke. Buat puas-puas! Biar dia rasa" ujar Atirah.
Berguna juga Atirah ni ye, Aku akan balas dendam pada kau Surianna. Aku nak kau rasa terseksa macam mana aku terseksa hilang anak aku. Kata Puan Zarina penuh dendam.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terhalang
RomanceCinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertam...